Thursday, 5 December 2013
SUSPEK MENCURI TABUNG MASJID DI BELASAH SEHINGGA MATI ... 4 LELAKI DITAHAN POLIS KERANA KESALAHAN MEMBUNUH.
Seorang remaja lelaki maut akibat dipukul empat lelaki yang berjaya mencekupnya ketika sedang mencuri wang tabung di sebuah masjid di Pandan Indah awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa berusia 20 tahun dikatakan cuba melawan untuk melepaskan diri, namun berjaya ditangkap.
Hasil soal siasat dilakukan penduduk, mangsa mengaku cuba mencuri wang menggunakan dawai sebelum dipukul sehingga setengah mati.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, sejurus menerima maklumat berhubung kejadian 10 minit kemudian, sepasukan anggota unit peronda polis (MPV) dikejarkan ke lokasi dan menahan mangsa selain turut merampas dawai yang dipercayai digunakan untuk mencuri.
“Sebaik tiba, polis mendapati mangsa sudah tidak berdaya dipercayai dipukul.
Pemeriksaan lanjut oleh pasukan forensik yang tiba telah menemui sebatang kayu dipercayai senjata digunakan untuk memukul mangsa.
“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Ampang bagi rawatan dan disahkan meninggal dunia pada jam 11 pagi hari sama akibat kecederaan parah di kepala, badan dan tangan serta kaki dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul,” katanya.
Amiruddin berkata, polis turut menahan empat penduduk terbabit terdiri daripada dua lelaki tempatan masing-masing berusia 27 dan 39 tahun, manakala dua lelaki warga asing berusia 19 dan 20 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Tolak hudud lagi pastu biarkan nafsu binatang bermaharajalela menegakkan hukum rimba.
ReplyDeleteBetul2 melebihi Had yg ditetapkan oleh Allah. Dunia sekarang penuh dgn orang2 yang zalim baik dari kalangan mereka yang mengerjakan solat atau pun dari kalangan mereka yg meningglkan solat. Sama saja.
Deletetakkirelah,ahlussunna,syi;ah,wahabi,muhammdiah,pada zaman nabi semua tu ta'de,yg ade alqur'an dan hadist.kalau tinggalkan sembahyang nerakalah tempat mereka.dan bile mane kita membiarkan istri dan anak2 kita tak sembahyang nerakalah bagi sang suami.bertudung,pakai seluar jean fit nampak pusat,kehidupan zaman modern.masjid penuh jema'ah time raya .time sholat wajib takde jema'ah.di anjurkan bersedekah but melakukan maksiat takut nak larang
Deleteorg masjid pun boleh bertindak macam binatang apatah lg yang lain
ReplyDeleteMencuri walau apa alasan tetap salah. Namun kita tiada hak untuk mengambil nyawa orang lain. Seharusnya dia diadili di mahkamah. Mungkin dia terpaksa mencuri akibat terdesak untuk kelangsungan hidup diri dan keluarga. Kisah ini amat tragis sekali bagi masyarakat keseluruhannya.
ReplyDeleteBR1M tak mencukupi
DeleteLaksanakan hudud...rahmat utk semua
ReplyDeleteSampai msjd pkl 5pg.. Msti nk tunaikan solat subuh.. Tapi blh terbabit memukul org smpai mati.. Apala nk jadi.. Istigfar banyak2..
ReplyDeletesedihnya,kita kena bersangka baik,kdg2 org yang mencuri ni pun bukan niat mencuri tp terpaksa,teringat kisah nenek di indonesia yang mencuri sebiji ubi kerana lapar.hakim yg mengadili menangis tp terpaksa menghukum juga,namun meminta org ramai yg ada memohon sedikit ehsan sedekah.apakah kita mahu hukum mereka yg smacam ni.kenbanyakan yang mencuri ialah org melayu, apakah makna ketuanan melayu sekiranya wujudnya kisah smacam ni...
ReplyDeleteye ke! kebanyakkan yang mencuri ialah orang melayu, maka tidak hairanlah jika dikatakan bahawa UMNO pencuri
Deletebile mne melayu ngan melyu bepecah,islam ngan islam berbalah.yg tinggai,hanyalah kehancuram untuk ugama dan kaum itu sendiri.
Deletecakap tentang undang-undang islam.tapi,dengan hadist dan alqur;an bagai langit dan bumi,realitynya islam dengan islam.melayu dengan melayu saling bercakaran..amat di sayngkan...
kenapa perlu membunuh..hmm
ReplyDeleteLain kali tangkap orang mencuri tu serah kat Dr Mashitah dia boleh bagi kerja kot.. dia kata kalau pakai hukum hudud kesian le kalau kena potong tangan..
ReplyDeleteDr Mashitah tu syiah ke bukan?
Deletenanti ummat NABI MUHAMMAD akan terpecah pada 72 golongan.dan dari 72 golongan cuma satu golongan yg akan masuk surga,yaitu golongan yg hanya berpegang pada hadist dan alqu'an.
Deletementeri curi wang zakat beribu ringgit lepas, rakyat susah mencuri duit masjid dua-tiga ringgit dipukul mati. bagus la macam ni
ReplyDeletebila manusia jatuh hukum.. tak pasal2 kena sabit kes bunuh orang. Orang kata pukul sikit2 sudah.. ni kalau dapat sampai lunyai
ReplyDeleteFailed >>ANTARA FILEM HANTU PALING GAGAL KAT MALAYSIA TERBITAN MIG PICTURE
Artis >>SHILA AMZAH TAK MENGAKU DEMI MARUAH DIRI & KELUARGA
Bertuahnya sipencuri itu kerana menhembuskan nafasnya yg terakhir didalam meajid. Sesiapa yg hendak mati diatas tikar sejadah dlm mesjid sila lah memcuri wang tabung mesjid. he he he
ReplyDeletehmmm. Kawasan Pandan Indah. Dah tentu pencuri tu penyokong tegar PKR. Yang membunuh dah tentu penyokong bangang pkr. Inilah bala dari Allah.
ReplyDeletekegagalan mentarbiyah dari pemimpin pr namanya ni.
ReplyDeleteKalau nak bagi pndangan biarlah yg mmbina. Kalau menuduh org pr lah org pkr lah org umno lah mk kalian pun samalah dgn yg mmukul org tnpa usul periksa....
ReplyDeleteSepatutnya kita tangkap je dia dulu dan siasat apa masalah dia, bukan pukul sampai membunuh. Apa2 pun ajal dia dah sampai di situ. Al Fatihah!
ReplyDeletesalam. remaja yang dipukul sehingga mati ini adalah adik saudara saya. saya tidak ingin menegakkan benang yang basah di sini. saya hanya ingin menyatakan bahawa arwah adalah seorang yang baik. semasa kecil kami terlalu rapat. tetapi apabila saya berumur 12 tahun kami duduk berjauhan dan tidak rapat seperti dulu lagi.
ReplyDeleteMasa arwah berumur 7 tahun, arwah kehilangan bapanya yang meninggal kerana sakit jantung. arwah adalah seorang anak tunggal. pada bulan jun yang lalu, ibu arwah iaitu mak saudara saya pula menghembuskan nafasnya yang terakhir. arwah hidup sebatang kara. tiada siapa di sisi. kami sebagai keluarga hanya dapat membantu apa yang patut kerana keluarga saya bukanlah keluarga yang kaya. kita tidak tahu apa sebab sebenarnya arwah melakukan perkara sebegini. tetapi apa yang saya tahu arwah tidak jadi mencuri duit tabung tersebut di atas sebab sebab tertentu yang saya tak pasti dan mula untuk beredar. lalu pengawal keselamatan ternampak dia dan mula menangkap dan memukul arwah.
Saya berharap kalian dapat sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah adik saudara saya dan juga kepada ahli keluarga kita yang telah meninggal dunia. tidak lupa juga kepada seluruh umat islam di dunia ini yang telah meninggal dunia atau yang masih bernafas. wassalam.
Al-Fatihah. Syurga dan Neraka adalah milik Allah. Bersangka baiklah sesama kita. Sy yakin arwah telah membatalkan niatnya kerana imannya lebih kuat dari nafsunya. Dan dia tidak berdosa selagi tidak melaksanakan niatnya.
ReplyDelete