Friday, 31 May 2013

EDISI KELUHAN RAKYAT: AHLI PARLIMEN KAPAR PEKA TENTANG RUNGUTAN RAKYAT ISU SISTEM PENGANGKUTAN AWAM YANG KURANG EFISEN...




Isu pemindahan operasi pengangkutan awam dari Bandar Klang ke Terminal Bas Klang Sentral telah banyak mengundang bantahan dan kenyataan pelbagai pihak. Sebelum ini pihak Kerajaan Negeri telah pun mengarahkan pihak MPK untuk menyelesaikan masalah yang timbul, namun masih ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

Terbaru terdapat keluhan dan rungutan dari pengguna-pengguna bas ulang alik mengenai kelewatan yang amat ketara sehingga menyebabkan mereka terpaksa menunggu lebih kurang 30 - 45 minit untuk mendapatkan bas seterusnya diantara waktu puncak awal pagi dan pulang kerja.

Atas keprihatinan itu YB Manivanan Gowin merupakan Ahli Parlimen Kapar telah turun ke lokasi untuk mendengar sendiri rintihan pengguna-pengguna demi untuk diperbaiki ke arah yang lebih baik dan dapat menangani isu ini dengan lebih efisen serta memuaskan hati semua pihak.

Antara alasan yang diperolehi dan mendukacitakan adalah kuantiti bas tidak mencukupi dan selalu rosak. Alasan picisan ini sepatutnya tidak digunakan lagi dalam era globalisasi ini, rakyat memerlukan kepantasan dan kecepatan dalam menuju ke destinasi khususnya ke tempat kerja. Sikap tidak prihatin syarikat pengusahan bas di Bandar Klang ini secara tidak langsung boleh memberi imeg negatif kepada pengurusan bas yang telah dipermitkan untuk penumpang-penumpang bas di Klang.

Semoga dengan sikap keprihatinan Ahli Parlimen Kapar ini akan memberi nafas baru kepada pengguna-pengguna pengangkutan awam ini tentang keselamatan, kelewatan dan muatan yang macam ikan sardin ini.

Saya omakkau melapurkan untuk media Parlimen Kapar.




Thursday, 30 May 2013

GEMPAR!!!... ISU NURUL IZZAH DI HALANG MASUK SABAH.....AHLI PARLIMEN KINABATANGAN DATUK BUNG MOKHTAR RADEN BELASAH KAW-KAW KETUA MENTERI SABAH!!!!!



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden menyifatkan tindakan menghalang Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dari memasuki Sabah merupakan satu kesilapan dan malapetaka.

Menerusi akaun twitternya, Bung Mokhtar berkata beliau tidak faham kenapa Nurul Izzah tidak dibenarkan memasuki Sabah.

Bung Mokhtar juga menyifatkan tindakan menghalang Nurul Izah dari memasuki Sabah itu merupakan satu kesilapan besar yang perlu diperbetulkan.

Menjawab satu soalan apakah yang akan beliau lakukan jika menjawat jawatan Ketua Menteri dalam kes seperti yang dialami Nurul Izzah, Bung Mokhtar hanya menjawab, malangnya beliau tidak memegang jawatan tersebut.

Nurul Izzah ditahan oleh Jabatan Imigresen Sabah dan diarahkan pulang. Beliau dimaklumkan arahan tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sabah.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ke Sabah untuk bersama rakyat sabah menyambut Pesta Keamatan.

ISU DAKWAT KEKAL YANG TIDAK KEKAL!!!!!... AHLI PARLIMEN KAPAR YB MANIVANAN GOWIN TAMPIL MEMBUAT LAPORAN POLIS DI BALAI POLIS KLANG UTARA!!!



Lokasi: Balai Polis Daerah Klang Utara
Waktu:  2.20 petang

Ahli Parlimen Kapar YB G. Manivanam pun dah menjalankan tanggung jawab sebagai warga negara yang patuh dan hormat kepada keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara. mengenai dakwat kekal yang tidak kekal dan mudah tertanggal.

Beliau merasakan rakyat di negara ini telah tertipu dengan janji Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)  Malaysia bahawasanya, dakwat kekal yang diguna pakai pada PRU 13 akan kekal paling kurang 1 minggu bersamaan 1 hari sedangkan hakikatnya boleh hilang pada hari yang sama.


Pihak Pakatan Rakyat akan membawa salinan-salinan ini untuk dibawa ke Mahkamah bagi mencabar SPR.

Ahli Parlimen Kapar sudah membuat laporan, anda bila lagi?? 



TIPU PILIHANRAYA RAKYAT TURUN KE JALAN RAYA!!!!!






INILAH TWEET NURUL IZZAH DI HALANG MASUK KESABAH UNTUK HADIRI PESTA KEAMATAN!!!!



Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar ditahan  dan dihalang dari memasuki Sabah oleh pihak Imigresen negeri tersebut.

Menerusi akaun twitternya, Nurul Izzah memaklumkan diarahkan pulang oleh Pejabat Ketua Menteri Sabah.

Ketika dihubungi, Nurul Izzah memaklumkan beliau cuba mendapatkan penjelasan tetapi pihak Imigresen memaklumkan ia adalah rahsia.

"Saya cuba bertanya siapa lagi yang dihalang memasuki Sabah tetapi mereka (Imigresen) memaklumkan perkara tersebut adalah rahsia dan  ini arahan Pejabat Ketua Menteri Sabah.

"Kejadian ini merupakan pertama kali dalam sejarah hidup saya," katanya yang dijangka akan dihantar pulang dengan penerbangan malam ini.

Beliau memaklumkan ke Sabah untuk menghadiri Pesta Keamatan yang akan dirayakan tidak lama lagi.

Difahamkan ini merupakan lawatan pertama ahli parlimen Lembah Pantai itu selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Pada PRU-13, Nurul Izzah berjaya mempertahankan kersui parlimen Lembah Pantai setelah mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

PERLANTIKAN 4 ADUN WANITA MENJADI EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR DAN SEORANG MENJADI SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI, MEMBUKTIKAN PR TUNAIKAN JANJI UNTUK AGENDA WANITA MALAYSIA!!!!!



Pada 14hb September 2012 yang lalu di Shah Alam, n Pakatan Rakyat (PR) telah melancarkan satu agenda yang menjanjikan pembaharuan dalam dasar wanita, memperkasakan dan kesaksamaan jantina sebagai sebahagian daripada rancangan mereka untuk menawan Putrajaya.

Dalam ucapan perasmian pelancaran tersebut, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Agenda Wanita Malaysia menerima sokongan penuh kepimpinan PR dan menggesa wanita PR untuk turun ke bawah dan mempromosikan kepada wanita di kawasan luar bandar.

“Cabaran bagi kita terletak terutamanya dalam mendekati wanita luar bandar, dan kita memerlukan semua orang dalam pakatan untuk bekerja bersama-sama jika kita mahu mengambil Putrajaya.

“Saya mempunyai keyakinan bahawa kita boleh mencapai matlamat ini jika kita membuat sedikit dorongan untuknya,” kata Anwar.

Agenda mengandungi tujuh bidang tumpuan utama yang termasuk perubahan dalam dasar-dasar kerajaan dan pendidikan yang hanya boleh dijalankan jika PR membentuk kerajaan.

Dalam ucapan mereka, ketua wanita dari PKR, PAS dan DAP menekankan keperluan kuasa, mengakui, dan menangani jurang gender yang mendiskriminasikan wanita di negara ini.

“Kita mesti bukan sahaja membantu wanita, tetapi juga datang dengan cara-cara untuk memberi kuasa kepada mereka untuk menggerakkan negara ke hadapan,” kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan Wanita Pakatan Rakyat (PR) semasa pelancaran Agenda Wanita Malaysia malam itu di Shah Alam.Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusoff berkata bahawa agenda yang ditawarkan adalah untuk “menyelamatkan Malaysia”.

“Ia adalah untuk membangkitkan wanita kepada standard yang lebih tinggi, untuk menegakkan dan mengakui peranan mereka dalam kemakmuran berterusan Malaysia,” tambah beliau.

Ketua Wanita DAP, Chong Eng berkata, walaupun lelaki dan wanita mempunyai perbezaan, sepatutnya tidak ada sebarang jurang dalam kesaksamaan.

“Kini terdapat lebih wanita daripada lelaki di universiti, tetapi kurang wanita dalam tenaga kerja, mereka menerima gaji lebih rendah untuk pekerjaan yang sama dan adalah terhad lebih tinggi anda melihat tangga korporat,” katanya.

Rakannya, pemimpin parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata bahawa kerajaan telah tidak menunaikan janji-janji mereka kepada wanita.

“Perdana Menteri yang juga menjadi menteri untuk wanita harus mempunyai ‘standard yang tinggi’, tetapi sebaliknya ia telah menjadi titik terendah hak-hak wanita di Malaysia,” kata Lim dalam ucapannya.

Zuraida kemudian memberitahu pemberita semasa sidang akhbar bahawa wanita PR akan bermula berkongsi agenda ini kepada orang ramai pada 23 September, bermula dengan negeri Selangor.

Nah!!!! Sekarang Pakatan Rakyat sudah tunaikan janji... Cakap serupa bikin... Bikin lagi serupa cakap.

BARISAN AHLI MAJLIS MESYUARAT (EXCO) KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR 2013.



Barisan Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) Kerajaan Negeri Selangor 2013 -

YAB Dato’ Menteri Besar Selangor:

YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim
ADUN Pelabuhan Klang

Portfolio

• Kewangan
• Pembangunan Tanah & Pengurusan Sumber Alam
• Majlis Tindakan Ekonomi Negeri
• Penerangan
• Jawatankuasa Adat Melayu


Wakil PAS:


YB Tuan Iskandar Bin Abdul Samad
ADUN Cempaka

Portfolio
• Perumahan
• Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar

YB Tuan Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi
ADUN Sijangkang

Portfolio
• Belia Dan Sukan
• Infrastruktur Dan Kemudahan Awam

YB Puan Dr. Halimah Binti Ali
ADUN Selat Klang

Portfolio
• Pendidikan Dan Pendidikan Tinggi
• Pembangunan Modal Insan

YB Tuan Sallehin Bin Mukhyi
ADUN Sabak

Portfolio
• Hal Ehwal Islam
• Permodenan Pertanian
• Pembangunan Desa

Wakil DAP

YB Tuan Ean Yong Hian Wah
ADUN Sri Kembangan

Portfolio
• Pelaburan, Perindustrian Dan Perdagangan
• Pembangunan Kampung Baharu Dan Pemutihan Kilang Haram

YB Tuan Ganapathi Rao A/l Veraman
ADUN Kota Alam Shah

Portfolio
• Pekerja Ladang
• Kemiskinan
• Kerajaan Prihatin

YB Dato’ Teng Chang Khim
ADUN Sungai Pinang

Portfolio
• Kerajaan Tempatan
• Kajian Dan Penyelidikan

Wakil PKR


YB Puan Dr. Rodziah Binti Ismail
ADUN Batu Tiga

Portfolio
• Kebajikan
• Hal Ehwal Wanita


YB Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
ADUN Sementa

Portfolio
• Kesihatan
• Pembangunan Usahawan
• Sains, Teknologi Dan Inovasi


YB Puan Wong Keat Ping @ Elizabeth Wong
ADUN Bukit Lanjan

Portfolio
• Pelancongan
• Hal Ehwal Pengguna
• Alam Sekitar

Dewan Negeri Selangor:

YB Puan Hannah Yeoh
ADUN Subang Jaya

Portfolio
• Speaker Dewan Negeri Selangor

YB Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
ADUN Seri Setia

Portfolio
• Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor

 Omak Kau rasa cukup terharu dan gembira dengan barisan baru Exco Kerajaan PR Selangor..

1) Sebab 3 ADUN dari kawasan Parlimen 109 Kapar dimana Omak Kau adalah AJK PKR Cabang Kapar telah dilantik iaitu 1) Dr Halimah Ali ADUN Selat Kelang  2) Dato' Teng Chang Kim ADUN Sungai Pinang dan 3) Dr Daroyah Alwi ADUN Sementa.

2) Kesemua wakil PKR adalah wanita.

3)  Buat pertama kali dalam sejarah seorang wanita di lantik menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri.

4)  Memberi peluang dan ruang kepada pemimpin-pemimpin muda.

EDISI KANTOI LUMAT LUNYAI!!!!...DSAI DI FITNAH KONONNYA SUDAH BERNIKAH DENGAN ISTERI AZMIN!!!!


Inilah perangai juak-juak dan macai-macai UMNO...Nak berhujah secara fakta tidak mampu...nak berdebat guna ilmu langsung tidak tahu...Apa yang mereka pintar dan pakar ialah kerja-kerja menipu cara memfitnah.

Omak kau dapat gambar betapa seorang facebooker UMNO akaun atas nama KEADILAN DIHATI telah membuat gambar super impose gambar asal DSAI bersama-sama dengan YB Nurul Izzah kepada beliau dengan isteri Azmin Ali Shamsidar kononnya mereka berdua sudah bernikah.

Apa punya akhlak pencacai UMNO...adakah ini yang dibanggakan oleh UMNO memiliki siber trooper setaraf begini?

Buat video lucah kantoi... sodomi I kantoi..sodomi II kantoi...buat photoshop lagi kantoi!!!!

Tidak hairan mengapa UMNO tumpas mudah ditangan Pakatan Rakyat dalam pertempuran di alam maya.


Anak-anak muda akan terus meminggirkan diri mereka dengan UMNO.

KOLEKSI GAMBAR ANAK-ANAK MUDA BERKAMPUNG DEPAN PENJARA SUNGAI BULUH TUNJUK SOLIDARITI KEPADA SAFWAN ANANG!!!



Aktivis siswa Safwan Anang adalah antara empat orang pemimpin NGO dan Pakatan Rakyat yang ditahan mengikut Akta Hasutan dalam operasi pada malam semalam dan dituduh di mahkamah sesyen Jalan Duta Kuala Lumpur dibawah Seksyen 4(1)(b) akta yang sama.

Mahkamah membenarkan keempat-empat individu tersebut diikat jamin RM5,000 setiap seorang, namun Safwan enggan diikat jamin.

Seorang lagi aktivis, Hishamuddin Rais yang dikehendaki polis atas dakwaan kesalahan sama, turut menyerah diri di hadapan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.


Beliau mengaku tidak bersalah apabila pendakwaan dilakukan secara berasingan ke atasnya selepas itu, mengikut undang-undang sama.

Kesemua lima individu berkenaan didakwa melakukan kesalahan tersebut di antara jan 8.55pm hingga 11.15pm pada 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Mereka didakwa menyebut kata-kata menghasut, yang didakwa cenderung membangkitkan rakyat untuk mengubah kerajaan dengan cara yang tidak sah.

Safwan Anang telah dibawa ke Penjara Sungai Buluh sebagai membantah tindakan keras kerajaan kepada rakyat yang membantah PRU 13 yang penuh dengan kecelaruan dan kesangsian.

Malam tadi rakyat terutamanya anak-anak muda telah berkhemah depan penjara Sungai Buluh sebagai tanda sokongan solidariti mereka kepada Safwan Anang.

Isteri Safwan, Masturah sempat jua memberikan ucapan sepatah dua kata . Dia rasa sebak dan
terharu dengan sokongan rakan-rakan dan rakyat Malaysia. Ada yang datang sejauh dari Terengganu.

Ini bukan kali pertama suaminya ditangkap sepanjang dua tahun perkahwinan mereka. Pada awal perkahwinan mereka Suaminya pernah ditangkap dan dibelasah teruk oleh polis di hadapan UPSI.

Menurut Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Mohammed Bukhairy Mohammed Sofian, semasa pendengaran perbicaraan, Safwan menyatakan bahawa beliau tetap menjunjung sistem raja berperlembagaan serta menghormati undang-undang dan keputusan mahkamah.

Namun apa yang mendukacitakannya ialah seluruh sistem di negara ini telah menjadi tunggangan untuk kepentingan politik Umno-Barisan Nasional (BN), kata Bukhairy dalam satu kenyataan media hari ini.


Menurut Bukhairy, Safwan sempat menyampaikan tiga pesanan penting untuk disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia:


* Penahanan dan dakwaan ini bermotifkan politik. Tindakan saya ini sebagai protes dan memberi signal penolakan terhadap salah guna kuasa untuk kepentingan hayat Umno-BN.

* Tindakan saya juga demi sayangkan negara dan ingin memulihkan demokrasi yang makin tenat.


* Ini juga mesej jelas kepada anak muda bahawa kita benar-benar serius perjuangkan hak kita. Saya di dalam tetapi saya yakin kalian di luar sana tetap akan terus bangkit berjuang lawan penipuan!

Menurut Bukhairy, demi menyelamatkan demokrasi yang kian nazak di Malaysia,

Safwan rela untuk terus dikurung di dalam penjara.


Wednesday, 29 May 2013

RAKYAT ROMPIN, PAHANG NAIK ANGIN SATU BADAN SEBAB DAH LAMA SANGAT JENUH KENA ANGKUT AIR SEJAUH 4KM!!!!!!



RAKYAT ROMPIN MENGELUH DAN MERUNGGUT KERANA JENUH ANGKUT AIR SEJAUH 4KM

ROMPIN - Penduduk Felda Selancar 2, 3 dan 4 berang sekali gus mengadakan protes di tepi Sungai Selancar, di sini kerana terputus bekalan air tanpa notis atau makluman sejak minggu lalu hingga menjejaskan rutin harian mereka.

Lebih menyedihkan apabila masalah yang berlaku sejak November 2012 itu masih tiada penyelesaian sehingga kini.

Peneroka Felda Selancar 2, Rosmi Dollah, 58, berkata, kini masalah air sudah berlarutan selama lima hari sekali gus menyebabkan penduduk terpaksa mendapatkan sumber air untuk mandi dari Sungai Selancar kira-kira empat kilometer (km) dari sini.

Penduduk berisiko terkena jangkitan kuman

Menurutnya, masalah air yang berlarutan ini amat menyusahkan penduduk kerana mereka perlu mendapatkan sumber air di lokasi yang jauh serta diragui tahap kebersihannya.

“Bagi air untuk minum dan memasak pula, kami dapatkan dari perigi di ladang milik seorang peneroka di sini.

“Bila-bila masa sahaja kami berisiko terkena jangkitan kuman kerana terpaksa guna air yang kurang bersih tetapi nak buat macam mana, ini sahaja cara untuk kami dapatkan bekalan air,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Katanya, aduan sudah dikemukakan kepada pihak Pengurusan Air Pahang (Paip), bagaimanapun sehingga kini masih tiada lori tangki air dihantar ke sini bagi membantu penduduk mendapatkan bekalan air.

“Kami ada nampak kakitangan Paip datang ke sini tetapi mereka tidak maklumkan apa-apa kepada penduduk dan masalah ini juga tidak pernah selesai sehingga kini.

“Pihak Paip hanya hantar lori tangki air di Felda Selancar 5 sahaja, tetapi penduduk di Felda Selancar 2, 3 dan 4 tidak terima bekalan tersebut,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati Sungai Selancar kini bagai sebuah lokasi pesta air apabila masyarakat di sini ke sungai untuk mandi dan membasuh pakaian.

Perniagaan terjejas
Penduduk Felda Selancar 3, Sabri Saad, 41, berkata, operasi perniagaannya terpaksa ditutup dalam masa terdekat berikutan tiada bekalan air.

“Saya rasa betul-betul susah untuk berniaga bila tiada bekalan air seperti ini dan pendapatan perniagaan saya terjejas sejak minggu lepas.

“Inilah satu-satunya mata pencarian saya untuk tanggung perbelanjaan keluarga. Sekarang kedai saya masih beroperasi kerana ada baki air tangki simpanan, tetapi mungkin esok saya terpaksa tutup kedai,” katanya.

NEGERI PAHANG SIAPA PERINTAH EK??????.. NEGERI PAHANG BUKANKAH NEGERI NAJIB RAJAK KAN??????

HIMPUNAN BLACK 505 LEBIH 120,000 BERAKHIR DENGAN AMAN TETAPI PERLAWANAN BOLASEPAK SEPARUH AKHIR PIALA FA TAK SAMPAI 30,000 BERKESUDAHAN DENGAN KEKECUHAN SAMPAI TERPAKSA PERLAWANAN DIBATALKAN!!!

Bukan niat dan hasrat Omak Kau nak mempolitikan isu ini tetapi sekadar mengajak rakyat mencuti sedikit minda untuk berfikira dan menilai.

Mengapa perhimpunan yang dian jurkan oleh Pakatan Rakyat sekadar menutut demokrasi yang adil, telus dan bersih melebehi kehadiran 120,000 orang yang diwar-warkan oleh macai-macai UMNO sebagai pembawa huru hara kepada negara berakhir dengan cukup aman sedang kisahnya cukup berbeza tentang penganjuran Perlawanan Separuh Akhir Piala FA di Stadium Darul Makmur Kuantan antara Pahang lwn Johor berkesudahan dengan hura hara, kacau bilau sampaikan terpaksa perlawanan itu dibatalkan terus.

Perhimpunan Black 505 siap dengan pidato yang berapi-rapi dari para pemimpin PR terutamanya DSAI dan Mat Sabu disambut dengan tepukan gemuruh yang boleh menaikan bulu roma dan semangat rakyat namun sedikit kekecuhan pun tidak berlaku.

Perlawanan separuh akhir Piala FA malam tadi tiada sepatah pun ucapan maupun pidato berapi-api disampaikan.

Diberitakan di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi ada yang mendapat cedera..Pengajuran mendapat kawalan keselamatan yang cukup ketat dari pihak polis dan FRU.

Apakah yang boleh kita pelajari dengan insiden yang memalukan semalam?

Omak Kau tidak meletakkan kesalahan kepada pihak polis dan FRU kerana peranan kedua pihak ini cukup terhad, tetapi lebih kepada sikap para penonton sendiri serta kegagalan pihak penganjur dalam memastikan keadaan di Stadium Darul Makmur aman tanpa dicemari.

PBNP harus menerima tanggung jawab atas insiden semalam. Wajar dihukum sekeras-kerasnya.

AKHIRNYA VETERAN UMNO AKUI PROGRAM HIBURAN YANG DIANJURKAN DI NEGARA INI MELALAIKAN ORANG MELAYU!!!!!



SHAH ALAM – Veteran Umno mahu semua pihak yang terlibat dengan penganjuran hiburan supaya mengkaji semula bentuk program yang boleh melalaikan orang Melayu Islam di negara ini.

Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub berkata, semua pihak yang bertanggungjawab seperti stesen Televisyen, media cetak, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Belia dan Sukan, Jakim, majlis-majlis agama Islam, Majlis Fatwa Kebangsaan dan NGO-NGO Islam didesak supaya dapat mengadakan satu diskusi bagi mencari jalan terbaik membetulkan keadaan ini.

Menurutnya, perkara ini perlu diberi perhatian serius kerana hampir keseluruhan penonton dan peminat program-program seperti ini orang Melayu.

“Veteran bukan anti hiburan, tetapi mesti ada satu garis panduan supaya program-program itu tidak sampai melalaikan dan melekakan golongan muda-mudi Melayu. Bayangkan satu program yang akan diadakan pada jam 9 malam, pengunjung telah memenuhi lokasi hiburan itu sejak jam 4 petang. Masa mana mereka solat Asar dan Maghrib?

“Selain itu program-program itu juga menggalakkan muda-mudi bercampur tanpa had dan sekatan. Ini melibatkan soal moral dan anasir-anasir lain yang boleh menghancurkan pembinaan sahsiah muda-mudi Melayu Islam yang rapuh,” katanya semalam.

Katanya lagi, fenomena suka berhibur dalam kalangan orang Melayu amat membimbangkan dan ia adalah salah satu faktor hilangnya jati diri kerana terlalu terdedah kepada bentuk hiburan yang tidak terkawal dan melampau.

“Muda-mudi Melayu tidak kisah dengan perkembangan negara. Apa nak jadi kepada negara ini mereka tak peduli. Mereka tidak tahu pun nama Menteri Komunikasi dan Multimedia, tapi mereka peduli dengan artis idola mereka.

“Mereka boleh menghafal puluhan lagu-lagu kegemaran mereka, tapi mereka amat sukar untuk mengingati ayat-ayat surah pendek dalam al-Quran untuk solat mereka,” katanya.

TIAN CHUA, TAMRIN, HARIS IBRAHIM DAN HISHAMUDDIN RAIS DISAHKAN KENA TANGKAP DAN AKAN DI BAWA KEMAHKAMAH PAGI INI!!!


Empat aktivis PAKATAN RAKYAT  didakwa hari ini dibawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948


Empat aktivis Pakatan Rakyat yang dibebaskan 24 Mei lalu, ditahan semula dan didakwa di bawah Akta Hasutan hari ini selepas permohonan reman polis diterima majistret semalam.

Mereka yang ditahan sehingga jam 9.30 malam tadi adalah Haris Ibrahim, Tamrin Ghafar, Muhammad Safwab Anang@Talib dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua.

Turut menerima perintah tahanan reman ialah seorang lagi aktivis Hishamudin Md Rais.

Ketua Siasatan jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, berhubung ceramah mereka di Dewan Perhimpunan Cina, di sini, pada 13 Mei lepas yang didakwa berbaur hasutan.

Tuesday, 28 May 2013

DATO' TAMRIN TUN GHAFAR DAN AKTIVIS HARIS IBRAHIM KENA TANGKAP SEMULA DAN KINI DITAHAN DI BALAI POLIS DANG WANGI!!!!

Tweet dari YB Tian Chua kepada peguam YB Gobind Singh Deo menyatakan Dato' Tamrin Tun Ghafar dan aktivis Haris Ibrahim telah di tangkap semula dan kini sedang ditahan di Balai Polis Dang Wangi.

Monday, 27 May 2013

GEMPAR!!!!!... KETUA WIRA PERKASA PULAU PINANG CUBA NAK HALANG DSAI SAMPAIKAN TAZKIRAH DI SEBUAH MASJID DI PULAU PINANG!!!



Dapat info bergambar dimana Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin cuba nak halang DSAI dari menyampaikan tazkirah di sebuah masjid di Pulau Pinang sebentar tadi atas alasan tidak mau masjid di jadikan tempat berpolitik.

Namun difahamkan DSAI tetap juga menyampaikan tazkirahnya.

Berita seterusnya akan menyusul.

OMAK KAU BUAT REPOT POLIS PASAL DAKWAT KEKAL YANG TIDAK KEKAL!!!


Omak Kau pun dah menjalankan tanggung jawab sebagai warga negara yang patuh dan hormat kepada keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara. mengenai dakwat kekal yang tidak kekal dan mudah tertanggal.

Omak Kau merasakan rakyat di negara ini telah tertipu dengan janji Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)  Malaysia bahawasanya, dakwat kekal yang diguna pakai pada PRU 13 akan kekal paling kurang 1 minggu bersamaan 1 hari sedangkan hakikatnya boleh hilang pada hari yang sama.

ISU DAKWAT KEKAL YANG TIDAK KEKAL!!!!!... DSAI SUDAH MEMBUAT LAPORAN POLIS DI BALAI POLIS TROPICANA, DAMANSARA PETALING JAYA!!!


SHAH ALAM - Parti KeADILan Rakyat yang diwakili oleh Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka akan membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Menurut makluman media yang dihantar Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, laporan tersebut akan dibuat berhubung kegagalan SPR melaksanakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

"Laporan polis akan dibuat hari ini pada 12.30 tengah hari di Balai Polis Tropicana, berdekatan dengan ibupejabat PKR," katanya.

" SAYA ANWAR BIN IBRAHIM NO KAD PENGENALAN 47010075095/0977280 TELAH MENGUNDI DI DALAM PRU KE-13 PADA 5/5/2013 DI DAERAH MENGUNDI KUBANG SEMANG, PARLIMEN PERMATANG PAUH PADA JAM 9.30 PAGI . SAYA BASUH JARI YANG DICALIT DAKWAT KEKAL PADA JAM 5.00 PETANG PADA HARI YANG SAMA DAN MENDAPATI SEMUA DAKWAT YANG DICALITKAN PADA JARI SAYA TELAH HABIS TERTANGGAL.

SAYA MEMBUAT LAPORAN INI UNTUK MENYATAKAN DAKWAT ITU TIDAK KEKAL. INI BERTENTANGAN DENGAN KENYATAAN PENGERUSI SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR) MALAYSIA YANG MENYATAKAN DAKWAT ITU KEKAL SEPERTI PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG PILIHANRAYA.

INI ADALAH SATU PENIPUAN  SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR)."

SEKIAN. TERIMA KASIH.

TANDA TANGAN DSAI.

RAKAMAN GAMBAR NAIB KETUA AMK DI LOKAP MAHKAMAH SESYEN SEREMBAN TUNGGU PROSES JAMINAN RM5,000, TERSEBAR DI ALAM MAYA!!!


Nazree Yunos Naib Ketua AMK merangkap Ketua AMK Negeri Sembilan pagi tadi telah dituduh di Mahkamah Sesyen Seremban dibawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung dengan Perhimpunan Black out 505 yang dianjurkan di Seremban pada 17hb Mei 2013 yang lalu kerana didakwa gagal
memaklumkan polis dalam tempoh 10 hari sebelum menganjurkan perhimpunan.

Nazree Yunos tidak mengaku salah dan diminta dibicarakan dan dibenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.


Rakaman gambar ini dirakamkan ketika urusan jaminan sebanyak RM5,000 sedang diuruskan.
Kalau takut pada risiko jangan bicara pasal perjuangan.

CHE'GU BARD DAPAT NOTIS SERAH DIRI DI BALAI POLIS YANG DITEMPEL DI PINTU RUMAHNYA!!!


Sebaik saja Chegu Bard sampai dirumahnya di Seremban, Negeri Sembilan yang berpagar, beliau telah jumpa satu notis dari polis mengarahkan beliau menyerah diri terselit dipintu depan rumahnya.

Dipercayai ada kaitan dengan siasatan di bawah Akta Hasutan 1948.

Semoga Chegu Bard akur dengan kehendak pihak polis dengan memberikan kerjasama yang sewajarnya.

Sunday, 26 May 2013

GAMBAR PERNIKAHAN DIPERCAYAI USTAZ AZHAR IDRUS YANG BARU DIKIRIMKAN PAGI TADI OLEH SAHABAT OMAKKAU!!


Khabarnya baru saja melangsungkan pernikahannya pagi tadi, info lanjut belum diperolehi apa-apapun omakkau ucapkan tahniah dan semoga berbahagia hendaknya. Mohon pencerahan sendiri dari mulut Ustaz.

Menyingkap al-Quran dan as-Sunnah dalam menyebutkan tentang hukum poligami, maka akan didapati bahawa hukum berpoligami sunnah bagi yang mampu. Dalam firmanNya, Allah s.w.t telah menyatakan :
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا
“ Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim ( apabila kamu berkahwin dengan mereka ), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan ( lain ): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil ( di antara isteri-isteri kamu ) mak ( berkahwinlah dengan ) seorang sahaja, atau ( pakailah ) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat ( untuk mencegah ) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.” (Surah An-Nisa’:3)

RAKAMAN GAMBAR TERBAIK PERHIMPUNAN SUARA RAKYAT 505 DI PADANG DATARAN MERDEKA DEPAN AMCORP MALL, PETALING JAYA SELANGOR!!!


Penganjur himpunan aman
" PERHIMPUNAN SUARA RAKYAT 505" di Padang Dataran Merdeka depan Amcorp Mall, Petaling Jaya, Selangor memastikan bahawa semua sampah sarap dibersih dan dikutip..tugas ini diamanahkan kepada beberapa sukarelawan bagi memastikan nama penganjur tidak tercemar dan mau bertanggung jawab tentang kebersihan lokasi setelah digunakan.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...