PERLUKAH PEMBERIAN BR1M DITERUSKAN?
Saya ke hospital melawat saudara, sedih melihat katil yang sesak. Saya ke Kuala Lumpur, gelisah melalui jalan yang sibuk. Saya balik kampung, sedih mendengar cerita penoreh getah yang susah.
Saya melihat data ekonomi negara, sedih melihat hutangnya banyak.
Maka, saya terfikir bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Tentunya tidak mudah untuk kerajaan mengatasi kesemua masalah di atas kerana memerlukan belanja yang banyak. Lalu, terlintas di hati saya tentang BR1M. Perlukah kita pada BR1M?
BR1M diperkenalkan dalam kempen pilihan raya yang lalu dengan tujuan untuk membantu rakyat miskin. Tidak cukup dengan itu, mahasiswa juga diberikan baucer buku dan anak-anak sekolah diberikan wang poket di awal tahun untuk meringankan beban ibu bapa.
Belanja BR1M bukan sedikit. Pada Februari lepas, sejumlah RM3 bilion dibelanjakan kerajaan untuk BR1M. Dengan belanja sebanyak itu, apakah kesannya kepada rakyat?
Saya tidak nampak kesan yang BR1M boleh mengurangkan beban hidup, apatah lagi kemiskinan rakyat.
Yang saya nampak ialah kenaikan harga meningkat, cukai yang meningkat dan lainnya. Di pihak penerima pula, yang saya nampak ialah mereka gembira buat sehari dua dan selepas itu kembali hidup dalam kesusahan.
Lebih dari itu, yang saya nampak ialah BR1M menjadi momokan pembangkang bahawa pembayarannya adalah semata-mata untuk kerajaan mendapat keuntungan politik.
Perlukah BR1M diteruskan?
Saya tidak merasakan keperluannya, jikapun itulah janji kerajaan kepada rakyat. Ini kerana pengagihan BR1M ini tidak juga meringankan beban rakyat, sebaliknya menyusahkan pengurusan ekonomi dan kewangan negara.
Betul, kerajaan telah berjanji untuk meneruskan pemberian BR1M. Tetapi buat apa meneruskan jika ia tidak menguntungkan dan tidak mencapai sasarannya untuk mensejahterakan rakyat.
Rakyat lebih sejahtera sekiranya kita mempunyai hospital yang baik, jalan raya yang baik, sekolah yang baik dan lain-lain kemudahan infrastruktur yang baik.
Maka, hentikan BR1M dan gantikan peruntukan BR1M itu dengan membaiki dan menyediakan kemudahan prasarana yanag lebih baik. Jika ada lebihannya, gunakanlah untuk membayar hutang negara.
Bila hutang negara sedikit, ekonomi negara tidak terbeban. Bila ekonomi negara tidak terbeban, maka kerajaan tidaklah perlu mengurangkan subsidi barangan asas dan bercakap tentang rasionalisasi subsidi. Dan kerajaan juga tidak perlu lagi memikirkan kenaikan cukai.
Bagaimana Membantu Orang Miskin?
Menghapuskan BR1M bukan bererti kerajaan tidak membantu rakyat miskin. Kerajaan perlu terus membantu, tetapi bantuannya adalah melalui jabatan, agensi kerajaan, Pusat Zakat dan badan-badan kebajikan. Rakyat miskin yang tidak mampu, mengadulah kepada badan-badan ini.
Begitulah sepatutnya cara bantuan kepada rakyat miskin diberi, iaitu dengan negara membantunya secara yang tersusun.
Wakil rakyat pula tengoklah rakyat miskin di kawasan masing-masing. Kumpulkan data dan maklumat mengenainya, bukan sahaja sibuk mengumpul data mengenai sokongan pengundi.
Apakah Menghapuskan BR1M Menyebabkan Kerajaan Hilang Sokongan?
Saya tidak nampak kaitannya. Dalam politik, cara mendapatkan dan mengekalkan sokongan bukanlah dengan kaedah membantu rakyat melalui BR1M, tetapi dengan membuktikan kerajaan peka kepada masalah mereka, menghormati mereka, memahami mereka, mendengar suara mereka dan berlaku adil kepada mereka.
Rakyat hanya mahukan kesejahteraan. Majoriti rakyat melihat BR1M bukanlah penyelesai masalah kepada tekanan kehidupan mereka. Sudah ramai rakyat yang melihat BR1M sebagai projek gajah putih, tetapi tidak berani menyuarakannya. Mereka menyimpannya secara diam biarpun mereka terhimpit.
Maka, kali ini jikapun dengan menghapuskan BR1M ada segelintir rakyat yang marah, biarkahlah.
Hentikan pemberian BR1M, dan sebagai gantinya, gunakan peruntukan tersebut untuk memastikan katil hospital dan jalan raya tidak sesak, kenaikan harga barang terkawal baik, harga komoditi getah ditambat, hutang negara diturunkan, dan lihat, apakah reaksi rakyat?
Yakinilah, rakyat tidak akan marah dengan menghapuskan BR1M, malah akan terus menyokong jika kerajaan mendengar jeritan mereka. Bertindaklah.
Ini sumer poyo.... haktuihhhhhhh
ReplyDeleteHaluuuuuuu. ........
ReplyDeleteLagi parah ku nan gendut bilang ramai yg menghabiskn wang brim di mja judi...smakin dibri brim sbenarnya semakin miskin kehidupan rakyat...smenjak brim broom bremmm ada smakin bnyak cukai diknakan dn smakin tenat ekonomi negara...pueee umnongok yg ngok. ...
Khak tuih
kemudian jika bila BR1M dihentikan omakkau lah yang paling bising dan garitnya menuduh kerajaan tak tepati janji!!!!
ReplyDeleteKaaaah kih kiiiihh..
Deletenasib la sapa suruh kerajaan buat janji bangang bodoh tolol cikedis..terima la kutukan dr pembangkang disebabkan perlaksanaan keputusan paling bangang...puiiii... bdak yg belajar ekonomi SPM pon tau BRIM x relevan...
DeleteMasalah najib tu xde otak mana tahu nak fikir mcm ni.mulut pun berbuih dok fikir pasal komisen je.
ReplyDeletekikiki
Ini sumer poyo.... haktuihhhhhhh
ReplyDeleteSatu pandapat yang bernas dan tepat.
ReplyDeletePuan Blogger,
ReplyDeletePendapat yang bernas namun berat sebelah. Saya telah menetap lama sejak tahun 90an di Seksyen 8, Shah Alam, Selangor. Saya rimas melihat begitu banyak jalan berlubang di sekitar bandaraya pusat pentadbiran negeri Selangor, terutamanya jalan utama sekitar taman tasik shah alam dan jalan berlubang melalui hadapan kompleks PKNS. Saya rimas dengan kesesakan yang berlaku di sekitar bulatan seksyen 11. Saya gelisah sambil menadah air di musim catuan sejak bulan lalu. Saya rimas beratur panjang dan menunggu lama ketika berurusan di Pejabat Tanah di bangunan SUK. Saya berasa takut untuk melalui kawasan laluan pejalan kaki di sekitar sekyen 8 yang penuh dengan semak dan mungkin menjadi laluan haiwan berbisa. Saya berasa khuatir terhadap keselamatan adik saya yang saban pagi menunggu bas di pondok hentian bas yang sudah uzur, berkarat dan berlumut, menanti roboh di kebanyakan tempat di Shah Alam. Untuk pengetahuan, saya tidak meminta sesen pun daripada kerajaan Selangor, namun masih berharap "masalah-masalah kecil" sebegini diselesaikan terlebih dahulu. Saya harap tolong sampaikan kepada pemimpin yang punya kuasa untuk bertindak, sebelum "masalah-masalah kecil" ini mendapat liputan meluas media massa yang dikuasai BN. Bertindak sebelum terlambat. Saya yakin beratus aduan telahpun dibuat sebelum ini. Buktikan PR jauh berbeza dengan kerajaan BN. Buktikan kerajaan PR jauh lebih layak memerintah daripada kerajaan BN.
Sedara.....alangkah baiknya kalau brim yg nilainya rm3 billion setahun tu dimansuhkan dan digunakan utk baiki jln raya berlubang di sek 8 shah alam. Slain itu ambik sikit utk beli mesin sedut air tasik utk bantu masalah catuan air di sek 8 shah slam. Ambik sikit lagi duit 3 billion tu utk baiki masalah banjir di sek 8 shah alam. 3 billion bg brim tu bukan tahan 1 bulan pun....kan lebih baik klu duit 3 billion tu gunakan utk robohkan tol yg melambak jumlajnya kat shah alam turr...
Deletekeza
Anony 12:04 syabbaas. Inilah bntuk komen yg d prlukan. Kritik yg mmbina tnpa mnonjolkan idology politik. Sntiasa mnjadi suara pngimbang tnpa mlihaat parti mana yg perlu d tgur skali lg ayabbas. Yg lain ambil iktibar
ReplyDeleteTerima kasih Anon 12:48, namun ini hanyalah luahan dari saya rakyat yang tidak punya apa-apa kepentingan politik. Untuk pengetahuan, saya perhatikan dari dulu hingga kini pemimpin-pemimpin kita di atas asyik sibuk berpolitik. Saya faham ini semua lumrah sifat sebenar manusia yang tamakkan kuasa, darjat serta pangkat dan wang. Saya seru semua pembaca budiman di sini, termasuklah Puan Blogger sekali supaya kita ambil keberkatan penghulu sekelian hari ini, agar kita masing-masing muhasabah diri. Politik keterlaluan membinasakan pertalian hati-hati kita sesama muslim. Apakah bezanya kita yang menunding jari ke pekung di badan pihak lawan namun punya kudis bernanah di badan sendiri? Kepada para pemimpin, semak-semaklah sama ada sudah tertunai segala tanggungjawab kepada diri Tuhan dan diri sendiri setidak-tidaknya, sebelum melangkah keluar menunaikan amanah kepada rakyat. Buktikan kita mampu mentadbir dan menanggung amanah, sebagaimana manifesto yang dijanjikan kepada rakyat dahulu. Itu lebih penting daripada menjaga kepentingan DIRI SENDIRI.
ReplyDeleteBeza dengan pemimpin UMNOOO kata.. kalau tak suka boleh pergi negeri lain.. kikikikiki
ReplyDeleteIni sumer poyo.... haktuihhhhhhh
ReplyDeleteDai tambi peerah. Chaiik. Peerah. Caiiik.
ReplyDeleteKat sbh srwk murid2 masih blajar dlm pondok buruk.dah ada yg baik nk lg yg baik.itulah sifat manusia yg x pernah rasa cukup.
ReplyDeleteKat sbh srwk murid2 masih blajar dlm pondok buruk TAPI jgn lupa, bilik fully aircond. Textbook and exercise book tak digunakan lagi sebab murid2 dibekalkan dgn e-Book.
ReplyDelete-Che'gu Asha'ari-
Econ kepala votoh atok ko,dinding pun xde.jln lubang2 kt shah alm, kt sabah kete pacauan 4 roda pun separuh kete tenggelam dlm lumpur.
ReplyDeleteSetuju sesangat prof.....kerajaan keluar 3bil untuk BR1M......kemudian dalam diam, kerajaan tarik blik dari rakyat 4bil.....akhirnya yg susah rakyat juga
ReplyDelete