Seorang murid lelaki tahun empat cedera apabila pipi kanannya ditembusi sebatang besi sedalam lima inci ketika sedang bermain di luar pekarangan sebuah sekolah di Kota Kinabalu.
Difahamkan ketika kejadian, mangsa yang menunggu bas di kawasan parkir selepas tamat waktu persekolahan, terpijak besi penghadang longkang sepanjang semeter yang tercabut mengakibatkan murid berkenaan mengimbangi badan dan terjatuh.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendi K. Ramin berkata pihaknya menerima laporan pada 12.51 tengah hari dan lapan anggota Balai Bomba Kota Kinabalu dikerah ke tempat kejadian.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Nordin Fauzi berkata mangsa kemudian dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas.
Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Jame Alip pula berkata Jabatan Pendidikan Negeri akan mengarahkan pihak pengurusan semua sekolah memeriksa dan memperbaiki kawasan yang boleh membahayakan pelajar.
"Pihak sekolah diminta oleh Pengarah Pendidikan Negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya tentang aspek keselamatan pelajar sepanjang masa," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu.
J
ame turut melawat mangsa di hospital, yang kini dalam keadaan stabil dan menemui ibu bapa murid berkenaan. – Bernama
harap2 budak ni cepat sembuh
ReplyDeletedan harap2 jgn ada komen bodoh dr username keturunan nabi adam
bukan nabi adam...bani adamlah.....Bani Wak Adam kut......BWA....hihihihihi
DeleteSetuju....
ReplyDeleteInilah Malaysia...sudah kena baru mengarah.....senangnya menjadi Pengarah.....
ReplyDeleteSetuju
DeleteSatu hari 15 tahun kemudian,
ReplyDeleteAzeman: cikgu, cikgu, cikgu
C. Suhaimie: eh azeman dari kelas 6C kan, dah besaq hang no, la ni jadi apa?
Azeman: sya ikut jejak langkah cikgu la, belajaq x pandai masok maktab jadi cikgu nak didik anak bangsa jadi pandai.
C. Suhaimie: aik mcm xkena ja azeman, tapi cikgu dulu pun luluih lukisan ja, la ada degree tima kasih najis.
Azeman: itulah yg sya cuba terapkan kpd murid2 sya cikgu, buat apa belajaq rajin2 buat rugi dpt 1A sudah la kan cikgu. Biaq cina india dah la jdi pndai.
C. Suhaimie: btui tu azeman.
...
kesian adik ni.. semoga cepat sembuh..
ReplyDelete