Tuesday, 22 April 2014

AKAR UMBI NEGERI PAHANG DAN TERENGGANU MENYOKONG PADU AGENDA REFORMASI TULEN DAN POLITIK BERTERASKAN NILAI!!!!
















BIARLAH RAKAMAN GAMBAR-GAMBAR BERBICARA ,,, MAJLIS MALAM BERTAUT KASIH BERSAMA DATO' MENTERI BESAR SELANGOR YAB TAN SRI KHALID IBRAHIM DAN YB HAJAH RODZIAH ISMAIL DI KUANTAN PAHANG.

Dari pengamatan Omak Kau selaku pengamal blog, pengiat politik dan aktivis parti melihat akan sambutan yang diberikan oleh pimpinan parti peringkat negeri dan cabang Negeri Pahang dan Terengganu malam tadi di Acara Malam Kasih Bertaut Bersama Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim calon Timbalan Presiden KEADILAN dan YB Rodziah Ismail Calon Ketua Wanita Pusat KEADILAN memberikan suatu isyarat jelas betapa anggota di akar umbi mahukan suatu perubahan demi melonjakkan parti merampas Putrajaya dari kerajaan bobrok zalim UMNO/BN.


Kehadiran rombongan Tan Sri Khalid Ibrahim dan YB Rodziah Ismail malam tadi disambut mesra penuh kekeluargaan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Pahang sendiri merangkap Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Rahman sambil melontarkan harapan agar kunjungan ini tidak dipersia-siakan oleh setiap anggota akar umbi KEADILAN berani dan tekad melakukan perubahan demi kebaikan dan kecemerlangan parti tiba PRU 14 nanti.

Ternyata sekali dalam ucapan penghargaan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dan YB Rodziah Ismail sedikit tidak kata-kata serangan dihamburkan kepada para pesaing mereka.

Lebih menekankan apa tawaran, visi dan misi jika diberikan amanah dan mandat membantu pucuk pimpinan parti khususnya DSAI selaku Ketua Umum dan DSWA Presiden Keadilan untuk merampas Putrajaya dari tangan UMNO/BN.

Omak Kau cukup tersentuh sekali cara berkempen mereka termasuk juga calon Naib Presiden Sdr Mustaffa Kamil Ayub.

Sebagai politikawan yang sudah lama bergelumang dalam politik, sudah pasti YB Dato' Fauzi Rahman sudah mampu membezakan antara kaca dan berlian .. antara pemimpin yang mampu memikul amanah dan menjalankan tugas dengan mereka yang sekadar berjanji dengan slogan yang cukup hebat bunyi.

Kemampuan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Ketua Eksekutif negeri terkaya negara dalam urus tadbir dalam kepompong tatakelola yang baik hingga mendapat pujian sekutu dan seteru sudah terbukti ... begitu juga YB Rodziah Ismail selaku seorang Exco Kanan menjaga Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Selangor dipuji rakan dan lawan.


Anggota parti akar umbi maukan para pemimpin mereka terutamanya di saf tertinggi mereka yang mampu dan kuat bekerja ... melebehi rakyat dan parti bukannya diri sendiri dan kroni ... ikhlas, bersih, cekap, telus dan berintegiriti yang tiada bagasi politik sambil mengamalkan politik berteraskan nilai bukannya berteraskan bantai dan tibai tidak kira sesama sendiri maukan rakan dalam gagasan Pakatan Rakyat.

Pemimpin yang boleh diajak berunding dan bermuafakat demi kebaikkan rakyat .. tahu membezakan masa bila berpolitik masa bila kena berkhidmat ... tiada bersikap terlalu menjaga protokol dan rigid ... tahu kemahuan dan inspirasi rakyat bawahan.
.. tenang tidak mudah melatah dan bersikap berang menyerang ... amat berhati-hati dalam menjaga kata-kata dan juga harta negara.

Jangan kita ulangi kesilapan lampau kerana jika sejarah berulang maka sejarah akan menghukum kita untuk kali kedua dengan lebih teruk lagi... sebab itu antara janji Tan Sri Khalid Ibrahim dan YB Rodziah Ismail tiada lagi calon payung terjun terjang pintu kawasan ikut pintu belakang sebagai proksi.

Melakukan kesilapan adalah sifat lumrah manusia tapi mengulangi kesilapan yang sama tiada bezanya kita dipatuk patuk dilubang yang sama oleh ular yang sama dua kali berturut-turut.

2 comments:

  1. Hoiiii UMNO!!!baik korang lepaskan si nuar tu.....hahahahahaha....please let the dog out!!!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...