Sunday 27 April 2014

BERITA YANG UTUSAN DAN BERITA HARIAN TIDAK AKAN KELUARKAN .... OBAMA DALAM SATU SIDANG MEDIA BERSAMA NAJIB RAZAK BERKATA BELIAU PERIHATIN NASIB YANG MENIMPA DSAI!!!!!


Apa lagi macai-macai UMNO mahu spin????? .. Najib berjaya kengkang pengaruh DSAI ... Obama sudah tidak percayakan kata-kata DSAI???? ... DSAI bukan lagi ejen Amerika Syarikat??? .. Amerika Syarikat sudah jumpa badut baru dari malaysia ganti DSAI?????

Presiden AS Barack Obama berkata keputusannya untuk tidak mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kunjungannya ke Kuala Lumpur tidak bermaksud bahawa beliau tidak mempedulikan keadaan yang dialami oleh ketua pembangkang itu.

Dalam satu sidang media bersama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, beliau diminta menjelaskan mengapa beliau tidak mengulas mengenai sabitan kes Liwat II ke atas Anwar.

“Kenyataan bahawa saya tidak bertemu Anwar tidak menunjukkan kurang peduli,” katanya menurut laporan BBC.

Pemimpin PKR sebelum ini membangkitkan bahawa Obama harus bertemu Anwar sebagai pengiktirafan kepada Pakatan Rakyat yang memperolehi 52 peratus undi popular dalam pilihan raya umum lalu.

PKR juga mahu pertemuan itu menjadi pengiktirafan bahawa sabitan kes Liwat II bermotifkan politik.

Walau Obama tidak akan membuat pertemuan dengan Anwar, penasihat keselamatan AS Susan Rice dijangka akan bertemu Anwar tidak lama lagi.

Hakikat bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama tidak bertemu dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rangka lawatannya ke negara ini bukannya kerana beliau tidak bimbang tentang isu -isu kebebasan awam di Malaysia.

Obama berkata beliau tidak berjumpa dengan ramai orang dan subjek kebebasan awam merupakan salah satu agenda utamanya semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Apa yang saya telah berkongsi adalah kepercayaan teras bahawa masyarakat yang menghormati kedaulatan undang-undang, kebebasan bersuara, hak pembangkang untuk menentang walaupun ia menyusahkan, kebebasan berhimpun, menghormati rakyat berbilang kaum dan falsafah politik, adalah baik untuk mengukur bagaimana masyarakat akan berjaya dalam abad ke-21, "kata Obama dalam sidang media bersama Najib di Putrajaya petang tadi.

Sementara itu, Najib yang mengulas tentang kes liwat Anwar berkata kerajaan bukannya menentang Anwar tetapi ia dilakukan demi keadilan.

"Perkara ini berada di mahkamah dan tidak sesuai untuk saya mengulas apa-apa lagi mengenainya," kata Najib.

Najib berkata lebih banyak kerja yang perlu dilakukan dari segi kebebasan awam di negara ini dan masyarakat perlu bersedia untuk perubahan.

"Malaysia komited untuk kedaulatan undang-undang, kebebasan badan kehakiman, dan untuk kebebasan awam, "kata Najib.

11 comments:

  1. Haluuuuuuu. ......

    Telus...adil....kes altantuya gimana ye pak..motif pembunuhan x penting kata hakim ....

    Khak tuih

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Dulu lagi dah umno egen amerika dan yahudi. Najib dulu kata...klu undi PR maka itu adalah undi amerika. Jadi sekarang umno dah jadi munafik bertengkek2. Bangkai babi punya umno.

      Delete
  3. biar beto ni omakkau

    ReplyDelete
  4. Ini sume poyo.....haktuihhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  5. Dulu cakap kes liwat tidak melibatkan kerajaan. Sekarang mengaku bahawa kerajaan melakukan demi keadilan. Sendiri menafi sendiri mengaku.

    ReplyDelete
  6. sebut jugak psl Anwar Obama ambil peduli rupanya
    ingat Obama ini taraf presiden perkasa ke? maknya dia tahu apa yg berlaku dlm kes anwar

    ReplyDelete
  7. korg semua nie x letih ker dgn kebencian, cuba minta doa dgn Allah. x der manusia yg blh menjanjikan kebahgiaan dunia akhirat, termasuk anuar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 08:33. Salah ke kalu benci kat org yg mencetuskan kemungkaran? Salah ke kalu benci org yg ada ciri2 firaun?

      Delete
  8. Ini sumer poyo.... haktuihhhhhhhhh

    ReplyDelete
  9. Selagi boleh korner ...korner lah .....di dunia u boleh korner selagi u berkuasa......tapi di yamaul kiamah {omputeh kata Judgement Day) nanti no korner2 business .....betul janattul firdaus salah neraka jahanam....ameen ya rabal alamin...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...