Thursday 24 April 2014

HUKUM HUDUD .. NAJIB KANTOI MENIPU!!!


ALOR SETAR: Datuk Seri Najib Razak, menegaskan Kerajaan Pusat tidak pernah menolak hudud, namun mengakui masih banyak yang perlu diselesai dan diperhalusi sebelum undang-undang itu dapat dilaksanakan.

Justeru, Perdana Menteri menjemput semua ulama pondok untuk sama-sama memperhalusi dan melakukan ijtihad baharu berhubung hudud, supaya keadilan yang menjadi matlamat induk pelaksanaannya terjamin.
"Kerajaan Pusat sokong mana-mana pihak sekali pun yang ingin melaksanakan hudud...namun sebelum itu perlu dipastikan masyarakat Islam benar-benar memahaminya secara mendalam... begitu juga bukan Islam.

"Mereka perlu dipastikan memahaminya supaya tak wujud salah anggap terhadap hukum-hakam Islam yang suci ini," katanya ketika berucap sempena perasmian penutupa Ijtimak Pondok Malaysia 2014, di sini, sebentar tadi. 


TETAPI REALITI DIA BERBELIT ....

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata  undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.
   
"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah.
   
Najib berkata kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip "Maqasid Syariah" iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.
   
"Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan," kata Najib.

Beliau berkata matlamat sebenar perlu dicapai, yang antaranya memastikan rakyat dan negara ini sentiasa aman serta sejahtera.
   
Perdana menteri juga menyifatkan langkah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat memutarkan kembali cerita lama mengenai hudud sebagai taktik parti itu bertujuan menagih perhatian rakyat.
   
Beliau berkata taktik ini dilakukan selepas parti itu menerima kritikan hebat daripada rakyat negara ini ekoran kenyataan timbalan presiden parti itu Mohamad Sabu yang mempertikaikan peranan anggota polis dalam peristiwa Bukit Kepong dan menyanjung pengganas komunis sebagai pejuang tanah air.

"Saya nampak ini taktikal, sebab parti PAS sudah menerima pukulan cukup hebat ekoran daripada kenyataan Mohamad Sabu yang menidakkan pejuang-pejuang nasionalis yang terbunuh dalam insiden Bukit Kepong dahulu. Ia telah menimbulkan kemarahan yang begitu dahsyat dalam kalangan orang Melayu.

"Mereka sedar bahawa sokongan kepada mereka dah merosot dengan begitu ketara, jadi mereka cuba timbulkan isu hudud ini dengan harapan bahawa isu Mohamad Sabu itu akan tenggelam dan cuba muncul sebagai parti memperjuangkan Hudud dan menawan hati orang Melayu," katanya.
   
Najib berkata isu hudud ini turut memperlihatkan kemelut persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang sudah tidak dapat ditutup lagi dan beliau yakin rakyat bijak menilai kelemahan mereka.
   
"Dalam soal undang-undang hudud ini, telah timbul satu keadaan di mana perbezaan ideologi mereka sudah tidak boleh ditutup lagi, tidak boleh diselindung di hadapan mata rakyat.
   
"Saya berharap ini dapat disedari oleh rakyat, kita tidak boleh meletakkan harapan kepada satu gabungan yang tidak sehaluan daripada segi prinsip dan ideologi.
   
"Walaupun mereka cuba mengaburi mata rakyat, tetapi lambat laun ia akan timbul bukan sahaja daripada segi hudud tetapi juga pembahagian jawatan dalam "Kabinet Bayangan" mereka. Mereka belum berani merangka Kabinet mereka," katanya.

Di majlis itu, Najib yang ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sempat meluangkan masa memancing udang galah di sebuah kolam bersama-sama masyarakat sekitar Tanjung Tualang yang terkenal sebagai Pekan Udang Galah.

- Bernama

20 comments:

  1. 'hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan'.

    keseimbangan jumlah masyarakat pun tak izinkan gst & apa ka jadah lagi dikuatkuasakan, awat buat jugak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu nak harap keseimbngan masy, jgn harapla hudud nak dilaksana. Kapirun ngan puak sesat tu klu boleh solat 5 waktu pun diorang tak bagi nak buat.

      Delete
    2. Sejak merdeka sampai kini tak nampak pun ada usaha kejaan persekutuan utk memahamkan ttgg hudud bukan saja kpd org kafir mahupun org Islam. Yg ada kita nampak cuma usaha memburuk-burukkan hudud kpd org ramai.

      Delete
    3. Dah lebih stgh abad memerintah tak ada jugak usaha menyuruh ulamak, ustaz, mufti utk duduk sama kaji dan berijtihad bg membolehkan hudud dilaksana dgn adil dan saksama. Yg selalu kita dengar ustaz mufti sibuk pasal bughah dan gst.

      Delete
    4. Sejak 1957 kutuk pas yg cuba laksana hudud tiba2 tahun 2014 beriya2 nak sokong hudud di Kelantan. Dah taubat nasuha ker umno nih?

      Delete
    5. Tak tolak hudud TAPI tak akan laksanakan hudud di malaysia (lepas tu kempen burukkan hudud dgn sup tangan/ kudung tangan)

      Tak terhempas TAPI berakhir di lautan Hindi (lepas tu pakat sibuk ramai2 cari bangkai kapal dan kotak hitam kat lautan Hindi)

      Dia punya konar baring, babi pun bole terbang

      Delete
    6. Dia tak kata dia tolak hudud.
      Dia cuma tak kata dia sokong hudud.

      Ada beza ker???

      Delete
    7. Pelik..........
      Kenapa hudud kat Kelantan aje umno sokong? Hudud kat seluruh Malaysia kenapa tak nak sokong?

      Pelik betul la..........

      Delete
    8. Dia malu alah kat sultan Brunei la turrr

      Delete
    9. Selagi udg2 persekutuan yg menghalang hudud belum diubah, jgn terlalu berharap sangat hudud dpt dilaksanakan. Sila tanya lebai google

      Delete
    10. anon 20:51.. nuar pun cakap macam najib cakap... dia tak tolak hudud tapi dia takmau laksana hudud!!!

      Delete
  2. Najib kena bagi Mahathir faham dulu

    ReplyDelete
  3. jika dulu lg pemimpin umno memerintah dng adil dan amanah patuh pd sistem perundangan dan demokrasi tulen tidak sukar bagi kita memberi kefahaman kpd masyarakat yg jd masalah ialah umno nak guna hudud utk menjadikan org baik tidak makan rasuah tidak menipu dsb sdgkan negara lainboleh melakukan nya tanpa hudud Sultan Brunei melaksanakan hudud bukan nak jd kan rakyat nya baik ttp krn Sultan Brunei nak melaksanakan perintah Allah

    Kira org Islam kita masih ramai yg tak ikut Islam (jahat jahat lagi) krn itu lah hudud di tolak apa kata kalau bukan Islam tny tak cukup ke solat dan puasa jdkan org Islam baik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu Sultan Brunai melaksanakan hudud bukan kerana nak rakyatnya jadi baik, ttpi kerana ta'at kpd perintah Allah S.W.T., pada pendapat gue, ini adalah sangat baik...semoga Allah turunkan pertolongan dan rahmatNya. Aamiiin.

      Delete
  4. klau tak tipu bukan um noo namanya !!

    ReplyDelete
  5. Mase trajedi bkit kpong polis2 tu keje ngan pesuruh jaya british...mase tu kebanyakan org melayu menentang pemerintahan british...bg aku secara jujur org kg mamali lg trajis dri bukit kepong.mat sabu ckp bnda yg btl..separuh kominis adalah org melayu dan beragama islam..aku respek kt samsiah fakir..abdulah c.d..


    Hudud adalah tatacara islam yg ptt kte jalankan..sebagai islam wajib kite berusaha mewujudkan hudud..


    Anak peneroka kahang timur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kau mengarut ni anak peneroka Kahak Timur?!!..bangang!!

      Delete
  6. Nak buat hdud mcm ne dia dlu yg kna potong...Mok Moh pun x tutup srng tebuan nya pasti kna dulu...bnyak mna dia n kroni2 BN songlap penyangat duit rkyt ngara mcm mna nak lksnakn...

    ReplyDelete
  7. DARI BAPAK SAMPAI KE ANAK SAMA JE TAK MAHU HUKUM ALLAH. KALAU DIBIARKAN LAGI SERATUS TAHUN PUN TAK KAN ADE. kALAU ADE PUN MASA TU (100 TAHUN LAGI) YANG JADI PM MUNGKIN ULAMA KETURUNAN CINA ATAU PUN KETURUNAN ACHEH ATAU PATANI ATAU PUN KETURUNAN IBAN. DAH LAMA SANGAT ALLAH BAGI KAT MELAYU BERKUASA TAPI TAK JADI JUGA. TAK HERAN LAH KALAU YANG JADI PM TU ULAMA ORANG MURUT ATAU BIDAYUH. MASA TU MELAYU? BIASALAH ..... MACAM NEGRO KAT US.

    ReplyDelete
  8. Minta Allah tunjukan sapa berkuasa dibumi Allah ni. Pastu tgk pandai pakai jubah Dan kopiah pulak

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...