Tuesday, 22 April 2014
BERITA INI MESTI MACAI-MACAI UMNO SURUH YANG SETUJU DAN PUJI PINDAH KE INDONESIA .... SETIAP CALON PRESIDEN DAN NAIB PRESIDEN INDONESIA TIDAK KIRA DARI PARTI MANA, AKAN DIBERI PERLINDUNGAN KESELAMATAN OLEH SATU PASUKAN POLIS REPUBLIK INDONESIA (POLRI)!!!!
JAKARTA - INDONESIA. Polis Republik Indonesia (Polri) menubuhkan sebuah pasukan bagi menjaga keselamatan calon presiden dan naib presiden yang bakal bertanding pada Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden, 9 Julai depan.
"Seluruh anggota pada masa ini sedang fokus melaksanakan keselamatan dalam pemilihan parlimen mulai dari tempat penjumlahan undi hingga ke Suruhanjaya Pemilihan Umum (KPU) daerah di seluruh Indonesia," kata Ketua Polri Jeneral Sutarman di Kawasan Industri Jababeka Bekasi, Selasa.
Pemilu Parlimen Indonesia berlangsung 9 April lepas dan KPU dijangka mengumumkan keputusan rasmi pilihan raya umum berkenaan dari 7 hingga 9 Mei ini.
Sementara itu, jurucakap polis Indonesia Brigidier Jeneral Boy Rafli Amar berkata setiap calon presiden dan naib presiden yang ditetapkan oleh KPU akan dijaga oleh satu pasukan keselamatan.
"Tetapi, sebelum inipun, kami sudah melakukan langkah-langkah keselamatan kepada individu yang dinyatakan oleh parti masing-masing sebagai calon presiden," katanya.
Beliau berkata perlindungan proaktif pihak polis kepada calon presiden dan naib presiden berkenaan adalah untuk menjaga keselamatan tokoh politik itu ketika melaksanakan aktiviti di tempat awam mengikut peraturan yang ditetapkan oleh KPU.
Dalam pada itu, Polri akan menambah jumlah anggotanya bagi menghadapi Pemilu Presiden dalam usaha mencegah penipuan atau penyelewangan pada pilihan raya umum berkenaan.
Pada Pemilu Parlimen lepas, polis Indonesia menerima 202 laporan membabitkan 57 kes politik wang, pengundian lebih dari sekali (38) dan melanggar tempoh berkempen (19).
Bakinya membabitkan aktiviti kempen di tempat yang dilarang, merosakkan harta benda serta pemalsuan. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Macai ameno/be end ape komen
ReplyDeletePhuiiihhh....
Amk sembrong
Malaysia negara demokrasi palsu.
ReplyDeleteSuara rakyat....
jgn mimpi lah polumno nak ikut cara dan etika polir.
ReplyDeletekalau mayat taukeh cina kaya lalu Bandar besar dan jalan jd sesak byk lampu isyarat polumno tak payah di suruh kawal kesesakan dan laluan lalu lintas supaya tidak menyusahkan org ramai yg mungkin ada urusan lain. mana pdrm semasa mayat mendiang karpal di bawa ke tempat persemadian? Kalau tak nak buat utk karpla buat lah utk org yg ada urusan lain.
dia ada jawatan dalam kerajaan ke??? kalau ADUN PAS meninggal tak kecoh pun suruh PDRM kawal lalu lintas!!!
Delete