Sunday 27 April 2014

SOKONG 101% TINDAKAN YB FUZIAH SALLEH NAIB PRESIDEN KEADILAN HALANG "ANGGOTA" PARTI YANG PERNAH BERTANDING SEBAGAI CALON BEBAS DI PRU 13 LALU!!!!


Mengikut perlembagaan KeADILan mana-mana jua anggota parti yang bertanding sebagai calon bebas dimana-mana Pilihanraya Umum (PRU) atau Pilihanraya Kecil (PRK) menjadi pencadang, penyokong parti lawan secara automatik gugur keahliannya ... ITU AMAT JELAS  .. Perkara itu diketahui oleh semua anggota KeADILan.

Jadi istilah tidak tahu atau ignoran mengenai peruntukan itu langsung tidak boleh di terima dan tidak masuk akal..

Jika nama masih tersenarai dalam pemilihan parti itu lebih kepada masalah teknikal .. Yang pastinya keanggotaan partinya gugur secara automatik .. Tidak perlu nak tunggu surat rasmi atau apa-apa pun.

Apakah bila melawan keputusan parti masih boleh dianggap anggota parti????? .. Jangan timbulkan isu remeh teknikal hanya untuk menyerang pemimpin parti yang bersikap tegas, pantas tetapi tuntas dan tepat.

Satu undi tidak membawa perubahan kepada keputusan pemilihan pun tetapi prinsip dan perlembagaan parti keramat KeADILan mesti dipertahankan.

Omak Kau mengambil sikap .. Yang Benar Jangan di Sorokkan .. Yang Salah Jangan DiPertahankan.

Ini ekoran dari isu remeh yang cuba di bingitkan mengenai YB Fuziah Salleh Naib Presiden KeADILan yang menghalang seorang bekas anggota KeADILan untuk membuang undi dalam pemilihan KEADILAN 2014 di Kuantan, Pahang semalam. .. Ribut dalam cawan cuba di ledakkan sebagai Puting Beliung Melanda Negara.

Berikut ini kenyataan tegas dari KeADILan mengenai anggota parti yang bertanding sebagai calon bebas pada PRU 13 lalu .. Faham dan hadamkan.

PETALING JAYA: Kira-kira 20 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk beberapa ketua cabang berdepan tindakan dipecat kerana bertanding sebagai calon Bebas, kata pemangku ketua disiplin parti, Zulkefly Omar.

"Ahli-ahli yang didapati bertanding sebagai calon Bebas dipecat secara automatik daripada parti.

"Bagaimanapun, parti itu memberi masa sehingga 5 petang ini kepada mereka untuk meminta maaf dan menarik diri daripada bertanding untuk mengelakkan daripada dipecat," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, Rabu.

Zulkefly berkata, terdapat kira-kira 20 ahli yang bertanding sebagai calon Bebas termasuk 'seorang atau dua' ketua cabang parti itu.

Tambahnya, mereka perlu menarik diri daripada bertanding dan mengeluarkan jamin bertulis kepada parti bahawa mereka tidak akan berkempen untuk diri sendiri.

Naib Presiden PKR, Tian Chua yang turut hadir pada sidang media itu, memberi amaran kepada ahli-ahli yang berkempen menentang parti atau berkempen untuk calon parti lawan atau calon Bebas bahawa mereka akan dipecat serta merta.

6 comments:

  1. Ini sumer poyo..... haktuihhhhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah3 hantu poyo bani adam dah komen poyo nyer.... Jgn byk sgt mludah nanti kering liur ko terr

      Delete
    2. Babi salah masuk kandang

      Delete
  2. Ko Mat Poyo..mabuk ketum ke..atau sebenarnya ko perasit belaan UMNO.
    cau ko dari sini..komen macam haram jadah...ambek upah setakat je yg ko tauuu.

    ReplyDelete
  3. Tiada Maaf Bagi Mu.

    ReplyDelete
  4. Babi salah masuk kandang

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...