Friday, 18 April 2014

KEMATIAN NGERI MENDIANG YB KARPAL SINGH .... ANTARA AKHLAK DAN FITNAH.



Awal pagi semalam negara digegarkan dan dikejutkan  dengan kematian seorang tokoh politik dan peguam berprofil tinggi, YB Karpal Singh akibat satu kemalangan ngeri di lebuhraya PLUS.

Pembantu peribadi beliau turut maut dan pemandu serta anaknya turut cedera dalam kemalangan itu.


Berbagai-bagai reaksi terbit dari berita kematian ini. Ada yang simpati dan ada yang bersorak, bahkan mengambil peluang untuk meluahkan dendam politik dan kemarahan dengan lontaran kata-kata tidak bermoral seperti ‘mampus’ dan sebagainya ke atas mendiang.

Lebih menyedihkan ialah ungkapan sebegitu dikeluarkan oleh golongan pemimpin Melayu/Islam ‘bergelar’ yang menjadi cerminan rakyat.


Semua tindakan yang tidak enak ini amat menyedihkan kerana ia jelas membuka ruang fitnah terhadap kesucian agama Islam yang tidak mengajar umatnya bersikap begitu.

Ramai juga yang membacakan hadis tertentu yang menegur keterlanjuran pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Lebih menyedihkan bila melihat perbalahan sesama sendiri dengan insiden ini.


TAKZIAH KEPADA KAUM KERABAT DAN KELUARGA MENDIANG


Omak Kau mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Karpal Singh. Tabahlah menghadapi kematian mendiang.

Kita semua juga akan mati bila sampai waktunya. Itu adalah ketentuan hidup.


Sementara itu, kepada pembaca bukan Islam yang terbaca artikel ini, Omak Kau bagi pihak mereka pohon dengan rendah hati agar dapat memaafkan segelintir individu yang bertindak keterlaluan dan jauh terpesong dari norma agama Islam yang suci ini.

Mereka ini telah bertindak keterlaluan mengikut nafsu, akibat ketaksuban mereka dalam urusan politik dan agama. Islam adalah agama sederhana dan tidak mengajar umatnya berlebih lebihan.


Sekalipun anda tidak mahu maafkan mereka, Omak Kau pohon agar kalian tidak memfitnah agama ini sewenang-wenangnya hanya dengan melihat perilaku beberapa individu yang tidak bermoral ini.


Kepada mereka yang terlanjur pula, Omak Kau seru agar jangan malu untuk tampil memohon maaf, demi menyelamatkan maruah agama kita. Ingatlah perbuatan mencela si mati bukan satu anjuran agaama Islam.


KEMATIAN ITU SATU KETENTUAN


Ini adalah satu pelajaran besar yang harus kita zikirkan. Setiap insan pasti akan mati dan kembali menemui Tuhannya.

Ada yang sengaja menempah mati, ada yang memang diketahui bakal mati dan ada pula yang tiba-tiba mati dengan mengejut.


Ingatlah bahawa kita tidak mungkin boleh hidup selama-lamanya. Dewasa ini, kita semua tahu bahawa ramai di antara kita yang terlalu keras hati dan berani melanggar perintah Allah SWT.

Hari demi hari kita dengar berbagai-bagai ungkapan yang terang-terang memperolok-olokkan dan persendakan  perintah Allah SWT.

Ada yang sampai dengan angkuh dan terang-terangan mengaku sanggup masuk neraka pun. Oleh itu ambillah pelajaran dari peristiwa ini. Sentiasalah ingatkan mati agar hati kita yang keras boleh menjadi lembut semula.


Tidak kira samada kita orang biasa atau berpangkat, kaya maupun miskin, mati tetap akan menemui kita pada bila-bila masa saja.

Kita baru sahaja diuji dengan tragedi misteri MH370 yang juga terkait dengan mati atau hilang secara ‘mengejut’. Di dalamnya ada si kaya yang sihat dan bijak pandai belaka. Dan begitulah kematian menemui setiap yang hidup hari demi hari. Kita hanya menunggu giliran sahaja.


KEMATIAN NGERI DAN MENGEJUT


Apa yang menimpa mendiang YB Karpal Singh ini ada pelajaran bagi kita. Janganlah cuba tipu diri sendiri.

Sebagai insan, Omak Kau yakin kita semua merasa simpati dengan keadaan jenazah akibat kemalangan ngeri yang dihadapi. Bahkan jika ia berlaku terhadap kucing sekalipun akan membuatkan kita merasa simpati, inikan pula manusia seperti kita.


Omak Kau cukup yakin dan percaya bila melihat tragedi ini, jauh di sudut hati kita semua akan berdoa, “Ya Allah, jauhkanlah diriku dan saudara saudaraku dari mengalami tragedi seperti itu”.

Itulah tindakan yang wajar bagi seorang manusia yang dewasa, beragama dan waras.. betul atau tidak?

Jawablah sendiri dalam hati...


Oleh itu wajarkah atas alasan apa sekalipun kita lontarkan pelbagai kutukan dan cemuhan terhadap mendiang YB Karpal Singh yang sudah mati?


AKHLAK DALAM PEPERANGAN


Kalau sekalipun kita bermusuh dengan mendiang, ingatlah bahawa Islam mengajar umat agar berakhlak tinggi dan berprinsip dalam perjuangan,hatta dalam peperangan sekalipun, jika musuh sudah tidak berupaya, atau sudah jatuh atau tidak bersenjata, kita dilarang membunuhnya.

Pejuang Islam diperintahkan agar tidak mengikut nafsu. Harus sentiasa berada dalam asas basmalah, iaitu berbuat atas nama Allah, atas rahmat dan petunjuk Allah SWT.


Islam melarang kita membunuh musuh sekalipun kita mampu jika ia kerana nafsu amarah dan dendam. Ini banyak diriwayatkan dan kita semua memang sedia tahu.

Begitu mulia dan murni sekali adab peperangan dalam Islam. Jika musuh yang masih hidup sahaja pun dilarang kita membunuhnya atas dasar nafsu, wajarkah kita melakukan serangan bertalu-talu dan bertubi-tubi kepada musuh yang sudah mati?


Di sinilah terlihatnya kehebatan ilmu dan akhlak peperangan dalam Islam. Jangan kita bersikap bacul dan penakut. Hanya pandai bersorak dan mengejek-ngejek hanya setelah lawan kita tidak bernyawa seperti kanak-kanak berkelahi.

Ingatlah, Abu Jahal dan tentera kafir musyrik yang mati terbunuh dalam perang Badar itu pun Nabi SAW ajarkan agar kita hormati. Jenazah Yahudi yang melintasi Nabi SAW juga baginda berdiri untuk menghormati.. Inilah akhlak peperangan ajaran Nabi SAW.


KARPAL SINGH DAN POLEMIK HUDUD


Ramai sekali yang meluahkan kemarahan dan melepaskan dendam dengan menyorak musibah yang berlaku terhadap mendiang Karpal Singh ini dengan alasan beliau menentang terhadap perlaksanaan hudud.

Ungkapan mendiang berbunyi “Nak tegakkan negara Islam, Nak laksanakan Hudud, langkah mayat SAYA dahulu” menjadi mainan bibir dan bahan ejekan.


Omak Kau kagum dan hormati pendapat TGNA yang mengatakan beliau terkilan dengan kematian Karpal Singh kerana belum dapat menjelaskan dan meyakinkan mendiang tentang Hudud.

Omak Kau bukan penganut fanatik politik kepartian, namun ingin sekali membantu sedaya mungkin untuk menampakkan kepada ramai pemimpin bukan Islam yang menentang hudud termasuk mendiang.

Pujian harus diberikan kepada ulasan dan tindakan berakhlak Tun Mahathir, Dato' Seri Najib Tun Razak danTan Sri Muhyiddin Yassin yang turut mengirim ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

Bahkan baru-baru ini, Najib Razak  turut menziarahi Tuan Guru Dato' Dr Harun Din di IJN setelah mendapat berita beliau sakit.


Inilah akhlak yang harus kita contohi. Terserah samada mereka ini ikhlas atau ada udang di sebalik batu. Itu bukan urusan kita. Yang penting ia kelihatan sangat murni dan mampu menaikkan imej Islam di mata dunia. Ia berbeza sekali dengan tindakan tidak bermoral seperti yang kita lihat sepanjang hari ini sejak semalam yang terang-terang boleh menjadikan agama kita dicerca dan dibenci.


Ini juga asas hudud, yang bermaksud ‘batas’ yang harus kita laksanakan dahulu dalam diri kita. Kita harus mampu kendalikan gejolak nafsu amarah dan dendam kita demi meletakkan kemurnian dan kesucian agama di tempat teratas.

Dengan akhlak Muslim yang baik akan membuatkan manusia berfikir dan terpikat. Itulah kaedah menawan mereka. Bukan dengan kekerasan, tetapi dengan penjelasan ilmiah dan uswah akhlak yang baik dan halus.


KARPAL SINGH, KEPIMPINAN DAN PRINSIP HIDUPNYA


Karpal Singh, sepertimana juga DSAI, TGNA, TGHA, Lim Kit Siang, Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi dan Tengku Razaleigh Hamzah adalah antara calun yang tidak pernah atau jarang sekali kalah dalam pilihanraya.

Inilah kredibiliti kepimpinan yang ada pada beliau dan pemimpin sepertinya.

Fenomena ini tidak sehebat beberapa pemimpin lain, termasuk yang berjawatan menteri besar dan menteri kabinet apa tah lagi yang sekadar menjadi Pengerusi GLC yang begitu mudah tergolek dog dalam pilihanraya.


Omak Kau tidak mahu mengulas panjang dalam hal ini namun jika kita berfikiran waras, kita harus pelajari apakah tabiat hidup serta prinsip kepimpinan pemimpin seperti ini.

Perlu akui betapa mendiang YB Karpal Singh dihormati dan disayangi oleh rakyat di bawah pimpinannya serta disegani oleh rakan dan lawan.

Lihat cara beliau berhujjah dengan ilmu, tidak merapu macam sebahagian dari pemimpin kita yang berjawatan menteri kabinet dan menteri besar.

Lihat dan terjah juga pejabatnya, cara beliau berkhidmat, lihat gaya hidupnya, keluarganya dan sebagainya.


KESIMPULAN


Setiap apa yang berlaku, setiap kejadian Tuhan itu tiada yang batil walaupun kita melihatnya sebagai batil. Lihatlah dan nilailah ia dengan ilmu, dengan sahsiah diri dan siyyasah syariyyah yang mendalam.

Lihatlah semuanya dengan mata hati seperti ‘siapa kita’, jangan dilihat ‘seperti adanya’.


Janganlah sekali-kali kita bertindak mengikut nafsu sehingga ia membuka ruang fitnah yang berat terhadap agama kita yang suci murni ini. Kawallah nafsu dan kendalikan hati dengan sebaik baiknya. Berfikir dan berbasmalah lah dahulu sebelum bertindak dan berkata-kata.


Perhatikan dasar-dasar dakwah dan sikap Muslim terhadap lawan dalam surah 16. An-Nahl ini:


125. “Serulah kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.


126. Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar.


127. Bersabarlah dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap tipu daya mereka.


QS: 3. Ali 'Imran 190, 191.


"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi: "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.

29 comments:

  1. .....hampir setiap hari kita walau
    seketika akan berada atas jalanraya
    utk ke sana sini....

    oleh itu jgn bongkak, takbur
    krn MAUT sentiasa melingkari
    kita!!!


    CHENNAI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rukun Solat Jenazah

      Terdapat 7 rukun solat jenazah iaitu:
      1. Niat ketika takbirratul ihram
      2. Berdiri bagi yang berkuasa tanpa sebarang rukuk dan sujud
      3. Membaca Al-Fatihah sesudah takbir yang pertama
      4. Takbir 4 kali termasuk takbirratul ihram
      5. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sesudah takbir yang kedua
      6. Doa khas bagi jenazah sesudah takbir yang ketiga
      7. Memberi salam setelah takbir yang ke empat

      Delete
  2. masa pemimpin UMNO meninggal hangpa siap kutuk maki tu hangpa lupa ka pengikut taksub PR??? apa yang hangpa tak kata malah Arwah Tun Razak pun hangpa kata macam2.. tapi ni bila kafir mati hangpa pulak puji bagai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rukun Solat Jenazah

      1. Niat pada takbiratul ihram.

      2. Berdiri bagi yang berkuasa tanpa sebarang rukuk dan sujud.

      3. Takbir 4 kali termasuk takbiratul ihram.

      4. Membaca surah Al-Fatihah sesudah takbir pertama.

      5. Selawat atas Nabi Muhammad saw (selawat Ibrahimiyyah) sesudah takbir kedua.

      6. Doa khas bagi jenazah sesudah takbir ketiga.

      7. Memberi salam sesudah takbir keempat.

      Delete
  3. ni contoh komen macai PR apabila pemimpin Islam UMNO ditimpa musibah..

    Tugasnya di dunia fana ini telah.tamat dan.semoga kembali dengan aman dan sejahtera

    Reply

    Replies

    Anonymous27 February 2014 21:01

    Dah mampos baru nak tobat mana ada jalan. Tu ha...madey bila agaknya


    http://omakkau.blogspot.com/2014/02/5-gambar-exco-pemuda-umno-kuala-nerus.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rukun Solat Jenazah

      1. Niat pada takbiratul ihram.

      2. Berdiri bagi yang berkuasa tanpa sebarang rukuk dan sujud.

      3. Takbir 4 kali termasuk takbiratul ihram.

      4. Membaca surah Al-Fatihah sesudah takbir pertama.

      5. Selawat atas Nabi Muhammad saw (selawat Ibrahimiyyah) sesudah takbir kedua.

      6. Doa khas bagi jenazah sesudah takbir ketiga.

      7. Memberi salam sesudah takbir keempat.

      Delete
  4. "Yang lepas tu lepas, Jaga martabat kaum wanita..." antara dialog isteri ke3 dengan isteri pertama lakonan cerita madu 3. he he he. Hebat P Ramlee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rukun Solat Jenazah

      1. Niat pada takbiratul ihram.

      2. Berdiri bagi yang berkuasa tanpa sebarang rukuk dan sujud.

      3. Takbir 4 kali termasuk takbiratul ihram.

      4. Membaca surah Al-Fatihah sesudah takbir pertama.

      5. Selawat atas Nabi Muhammad saw (selawat Ibrahimiyyah) sesudah takbir kedua.

      6. Doa khas bagi jenazah sesudah takbir ketiga.

      7. Memberi salam sesudah takbir keempat.

      Delete
  5. ...ada satu yang omak ko tak tulis atau mau nak tuis....kapal tunda tu selalu tunda kes....dewan parliament kapal tunda buat kenyataan anwar peliwat....sekarang pertahan peliwatdengan banyakkan tunda kes......dia kantoi nak tunda nyawa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rukun Solat Jenazah

      1. Niat pada takbiratul ihram.

      2. Berdiri bagi yang berkuasa tanpa sebarang rukuk dan sujud.

      3. Takbir 4 kali termasuk takbiratul ihram.

      4. Membaca surah Al-Fatihah sesudah takbir pertama.

      5. Selawat atas Nabi Muhammad saw (selawat Ibrahimiyyah) sesudah takbir kedua.

      6. Doa khas bagi jenazah sesudah takbir ketiga.

      7. Memberi salam sesudah takbir keempat.

      Delete
    2. Heh heh heh... Entahlah, sama ada kawan kita ni sakit jiwa, atau nak bagi orang lain sakit jiwa...

      Delete
  6. blogger ckp tak serupa bikin.


    senang cerita..orang islam sama ada dari pihak kawan atau lawan pd kafir ni...sebenarnya tersenyum lega dlm hati atas kemampusan kafir laknatullah ni, rasis..penghina raja raja melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rukun Solat Jenazah

      1. Niat pada takbiratul ihram.

      2. Berdiri bagi yang berkuasa tanpa sebarang rukuk dan sujud.

      3. Takbir 4 kali termasuk takbiratul ihram.

      4. Membaca surah Al-Fatihah sesudah takbir pertama.

      5. Selawat atas Nabi Muhammad saw (selawat Ibrahimiyyah) sesudah takbir kedua.

      6. Doa khas bagi jenazah sesudah takbir ketiga.

      7. Memberi salam sesudah takbir keempat.

      Delete
  7. Hanya yg pernah bersama dan mengenali beliau sahaja yang tahu hati budi beliau....nak bandingkan beliau dgn Anwar Bin Ibrahim??? Mendiang 1000X lebih layak memimpin Pakatan Pembangkang daripada Anwar Bin Ibrahim. Itu FAKTA. Mungkin ramai sahabat peguam bersetuju dengan kenyataan saya ini. Kalau tak setuju, sila nyatakan kepada saya. Boleh jumpa di Straits Building Jalan Raja dan sama-sama kita teladani kehidupan peribadi tokoh pembangkag seperti mendiang....Good Bye Mr Karpal.
    -Peguam Muda-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rukun Solat Jenazah

      1. Niat pada takbiratul ihram.

      2. Berdiri bagi yang berkuasa tanpa sebarang rukuk dan sujud.

      3. Takbir 4 kali termasuk takbiratul ihram.

      4. Membaca surah Al-Fatihah sesudah takbir pertama.

      5. Selawat atas Nabi Muhammad saw (selawat Ibrahimiyyah) sesudah takbir kedua.

      6. Doa khas bagi jenazah sesudah takbir ketiga.

      7. Memberi salam sesudah takbir keempat.

      Delete
  8. Kalau cam tu, Ariel Sharon pun baik jugalah sebab tak pernah bunuh rakyat dia sendiri guna C4. Tak gitu peguam muda? kahkahkah...
    -Loyar Mahkamah Mahfus Mahfiz-

    ReplyDelete
  9. Tak payah jadi peguam, tak payah bersama,,, Aku yang mengikuti perkembangan politik di Malaysia pun dapat lihat dia 1000X lebih layak memimpin Pakatan Pembangkang daripada Anwar Bin Ibrahim. Kit Siang atau Guan Eng, Nik Aziz atau Haji Hadi pun jauh terkebelakang.

    Ada beberapa MP pembangkang yang berwibawa, yang adil dan jujur, tetapi nampaknya ditekan dan ditutup mulut semata2 kerana mahu sehaluan dalam menjahanamkan musuh utama mereka iaitu UMNO/BN. Pembangunan negara tidak pernah menjadi agenda utama mereka.

    Aku berpeluang bersembang santai sekali dengannya, di Jaludtown, berpuluh tahun dulu. Satu kenangan yang sentiasa dalam ingatan.

    Takziah untuk keluarga Karpal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada kata melainkan bersetuju...the late Mr Karpal (semua memanggilnya dengan hanya "Mr Karpal") was indeed a very humble man. Tegas tetapi berasas. Bukan seperti Anwar Ibrahim yang gilakan pangkat dan kuasa semata-mata tetapi tidak pernah meletakkan asas dalam setiap butir kata. INGAT! Anwar Ibrahim ini acuan politiknya banyak dibentuk di dalam UMNO, lebih banyak masa dihabiskan dengan ulat-ulat politik UMNO. Sebahagian besar rakan rapatnya yang masih dalam PKR dulu pun orang-orang UMNO yang kita semua benci. Kena ingat apa kata the late Mr Karpal pada tahum 2010. Beliau pernah menyatakan "dalam politik, kawan tidak selama-lamanya menjadi kawan, musuh tidak selama-lamanya menjadi musuh". Fikir-fikirkanlah.....jangan membenci kelak golongan yang dibenci itulah yang akan menjadi kawan....
      -Peguam Muda-

      Delete
    2. Sepohon kayu daunnya rimbun
      Lebat bunganya serta buahnya
      Walaupun hidup seribu tahun
      Kalau tak sembahyang apa gunanya
      Walaupun hidup seribu tahun
      Kalau tak sembahyang apa gunanya

      Delete
  10. UMNO tu baik. UMNO tidak gila pangkat. UMNO tidak gila kuasa. UMNO ... janji yang baik dan mulia ... semuanya datang dari UMNO dan sahabatnya.
    Batu api tetap bersifat batu api. Munafikun sentiasa bercakap berbelit-belit.
    Teringat akan kata-kata Allahyarham P. Ramlee, Alif Min Nun terndang Wau, SARKIS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepohon kayu daunnya rimbun
      Lebat bunganya serta buahnya
      Walaupun hidup seribu tahun
      Kalau tak sembahyang apa gunanya
      Walaupun hidup seribu tahun
      Kalau tak sembahyang apa gunanya

      Delete
  11. Saya pun menentang UMNO..tapi
    Menentang UMNO jgn sampai Mengiktiraf Karpal sebagai DEWA pujaan..

    Kereta beliau langgar dari belakang..Pemandu ada berpuluh saman laju..Loyar ini mmg tak hormat undang2.

    Pernah mnghina Islam & mengata melayu BARUA. tanpa mahu memohon maaf..
    Mencarutr Di PARLIMEN.. mmg specis sial

    ReplyDelete
    Replies
    1. celaka ko. woi karpal singh adalah nabi kpd kami pkr la.
      dialah yg paling banyak bawak kes jenayah menang. tapi syg dia kalah dgn shafiee demi mempertahankan aktiviti liwat pemimpin kami anuwarr

      Delete
    2. Sepohon kayu daunnya rimbun
      Lebat bunganya serta buahnya
      Walaupun hidup seribu tahun
      Kalau tak sembahyang apa gunanya
      Walaupun hidup seribu tahun
      Kalau tak sembahyang apa gunanya

      Delete
    3. ko ni memang terencat ke? Atau saje2 buat cam terencat?

      Delete
  12. 23.59 monyet mane ni plak ngaku karpal singh nabi.mesti specis melayu umno.motto melayu dulu,islam kemudian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha ha... Memang Karpal menjadi pujaan hati orang UMNO. Motto: Melayu moden dulu, Islam Liberal dulu, lain2 semua terkebelakang! Tahniah!

      Delete
  13. Takziah secara peribadi ke atas kematiannya, tetapi negeri tidak perlu berkabung dengannya. Dia bukan pergi sebagai seorang negarawan. Cuma seorang MP, bekas Pengerusi DAP, dan seorang peguam yang senasa hayatnya membela anak guamnnya- sama seperti peguam lain. Adakah MB dan EXCOnya boleh sesuka hati mengiystiharkan state funeral? Di mana letaknya kuasa TYT di Pulau Pinang? Bagaimana TYT, yang juga merupakan seorang Ahli Majlis Raja-Raja Melayu boleh membenarkan seorang yang menghina Raja Melayu diberi penghormatan state funeral? Rakyat Melayu Pulau Pinang - please answer me!

    ReplyDelete
  14. yg perempuan gila ni (nickname keturunan nabi adam)dok merepek pa hal??? Cam terencat akal je aku tgk... Perlu ke nk post bab solat jenazah? berkali-kali plak? Bangang kot??

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...