Thursday, 24 April 2014
MoU AIR SELANGOR ... BILA DIDEDAHKAN KANDUNGAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) PENSTRUKTURAN AIR NEGERI SELANGOR DENGAN PUSAT OLEH MB TAN SRI KHALID HANYA 12 INDIVIDU SAHAJA YANG DATANG MELIHAT .. YANG LAIN SEKADAR CAKAP KENCANG MELEBEHI PERANGAI TONG DRUM KOSONG!!!!!
Sebalik desakan keras terhadap Menteri Besar Selangor agar mendedahkan kandungan Memorandum Persefahaman (MoU) Penstrukturan Air dengan Pusat, hanya 12 orang sahaja yang mengambil peluang melihat dokumen itu sepanjang tempoh ianya dipamerkan.
Dokumen yang diklasfikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) itu didedah kepada awam bermula 7 hingga 18 April lalu iaitu sepanjang Dewan Negeri Selangor bersidang.
Ianya dibuat selepas banyak pihak mempertikai kerajaan Selangor kononnya enggan berkongsi kandungan MoU yang ditandatangani oleh Abdul Khalid dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili.
Selangorkini melaporkan, daripada 12 orang yang melihat dokumen itu, 11 adalah pengamal media manakala seorang lagi adalah pengamal perundangan.
Tiada seorang pun wakil mana-mana parti politik tampil meneliti kandungan MoU tersebut.
Mengulas perkara itu, Abdul Khalid berkata kerajaan Selangor telah memberi ruang kepada orang awam untuk meneliti dokumen itu selaras dengan polisi kebebasan maklumat Kerajaan Negeri.
“Tak apalah kalau tidak ramai tengok sebab dewan itu terbuka kepada yang berminat.
“Kita teruskan polisi ketelusan dan kebebasan maklumat dengan salurkan seberapa banyak maklumat yang boleh kepada rakyat,” kata Abdul Khalid semalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Mana dia Azmin Ali and the gang yang memekik2 macam kena sawan mempertikaikan MoU antara Khalid dengan Kerajaan Pusat???? Nampak sangat isunya bukan sangat mengenai MoU tersebut tetapi lebih kepada perasaan cemburu kerana Khalid berjaya mendapatkan perjanjian persefahaman yang amat degil diberikan oleh Najib.Sekarang apabila didedahkan oleh Khalid, masing2 terkedu malu. Inilah perbezaan antara seorang pentadbir yang berkualiti dengan penyalak yang ghairah dapat pangkat. Rakyat Selangor amat beruntung mendapat seorang MB yang benar2 bekerja untuk rakyat.
ReplyDeleteBlog yang selalu kutuk Khalid MB adalah Malaysia Waves aka Tulang Besi aka Rahman. Dikutuk dinistanya MB Khalid. Rupanya 12 orang jer baca MOU ari. Tapi kita sangka baik lahhh dia pi baca. Aku ada komen gak dekat blog dia, harap2 macha ni jawab lah.
ReplyDeleteKah Kah Kah Kiooooooooook kantoi
Ini sumer poyo.....haktuihhhhhh
ReplyDelete