Sunday, 20 April 2014
PEMILIHAN KEADILAN 2014 ... TOLAK POLITIK KOTOR.
Kempen bagi pemilihan KEADILAN 2014 semakin ‘panas’ selepas tersebar risalah dipercayai bertujuan memburukkan imej calon timbalan presiden, YB Mohamed Azmin Ali.
Risalah bertajuk ‘Layakkah Azmin?’ dipercayai diedar pihak tertentu yang tidak bertanggung berakhlak dan bermoral kotor lagi ditemui pada Himpunan Reformasi 2.0 malam , malam kelmarin di Ipoh Perak.
Risalah tersebut dikesan diedar kepada orang ramai yang hadir pada program itu.
Pengedaran risalah itu di sedari selepas beberapa petugas program memaklumkan kepada penganjur Himpunan Reformasi 2.0 itu pada malam kelmarin.
Menurut ceritanya, risalah itu diletakkan di cermin-cermin kereta selain diedarkan kepada pengunjung program pada malam itu
Risalah ini berbentuk tohmahan dan fitnah yang pernah di jaja di semua media arus Perdana milik UMNO sebelum PRU 13 yang lalu.
Omak Kau cukup yakin 101% ada pihak luar yang cuba ambil kesempatan dari pertembungan merebut jawatan Timbalan Presiden KEADILAN dengan membuat sebaran untuk memburukkan pimpinan dan imej parti.
Dalam kehangatan berkempen Omak Kau mengambil sikap untuk tidak menyerang pemimpin secara terbuka dan jelas dengan mengikut gaya dan cara pihak musuh .. menggunakan modal dan gerak kerja mereka.
Sebab itu dari awal berkempen slogan TOLAK POLITIK KOTOR menjadi pendoman dan pegangan dari para penyokong dan pendokong YAB Tan Sri Khalid dan YB Rodziah Ismail terutamanya Omak Kau sendiri.
Kempen kami ialah tawaran .. apa yang mau ditawarkan kepada anggota parti dan rakyat secara keseluruhannya jika diberikan mandat dan amanah menerajui parti sebagai Timbalan Presiden dan Ketua Wanita Pusat.
Pihak Tan Sri Khalid dan YB Rodziah sentiasa mengingatkan para penyokongnya agar berpolitik dan berkempen secara bertamadun, berhemah, matang, tenang dan jangan sesekali menyerang pemimpin secara biadap .. Anggap suatu pertandingan dalam keluarga .. saingan bukannya lawan.
Risalah dua muka surat itu mengandungi beberapa gambar mirip Azmin selain beberapa tuduhan terhadap pemimpin itu.
Mohon sangat-sangat agar hentikan segera politik kotor .. tidak mau melontar siapakah yang punya angkara tetapi cukuplah dengan menyatakan cara kotor ini tidak membawa kepada meningkatkan sokongan.
Menang biarlah di hormati kalah biarlah bermaruah .
TOLAK POLITIK KOTOR!!!!!.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
kah kah kah
ReplyDeletemesti macai pkr cakap ini semua salah umno.
macai pkr tak tahu ramai kaki fitnah dalam pkr.
Tunggu dan tenguk ada tak lapuran polis di buat.
ReplyDeleteKalau masuk berita tv3, fikirkan kenapa ?
Satu pandangan utk azmin jgn terlampau tunjuk kehebatan kita berpolitik Lawan lah Khalid dgn kebijaksanaan dan kesederhanaan Kita dah menyampah dgn politik sikit sikit politik Kenaikan kos hidup pun nak dijawab dgn politik Nak jwb masalah pendidikan pun dgn politik
Kita kena akui Azmin memang cukup baik dlm politik jd jgn lah tunjuk sgt kelebihan yg ada
kahkahkahkah.. haritu omakkau kutuk PAS.. masa pemilihan parti... sekarang PKR pun lagi teruk..
ReplyDeleteNi semua Rosmah punyer kerja la ni,nasib baik dia tak c4 si Azmin untuk bagi ts khalid gagap menang....hahahahahaha....
ReplyDeletehttp://omakkau.blogspot.com/2013/11/apakah-budaya-chai-amalan-umno-sudah.html?m=1
ReplyDeletemengata orang paku bengkok.. mengata orang k**e dia yang bengkok..
80% orang PKR berasal daripada UMNO maka tak menghairankan jika hal politik kotor ini berlaku,bapa borek anak rintik.
ReplyDeleteHmmm..Umno juga yang disalahkan ya?
Memang salah Umno!!!!!100x.
?...otak pengotor....otak korup....otak pembohong....otak penipu....otak penzina..otak pluralisme....otak perasuah....otak peliwat .......otak haprak dan otak lembab klas 3 genral degree lulusan UM datang dari Brother Anwar Bin Ibrahim(BABI)....mana maunyeeee otak macam ni boleh jadi baik......mana maunye.....
ReplyDeleteharap agar ahli ahli ex PRM yang ada dalam PKR dapat memperjuangkan keadilan sebenar dalam PKR...hanya exPRM seperti dr syed Husin ali dan rakan rakan sejatinya saja dapat mengembalikan PKR kejalan pejuangan sebenar..hapuskan pejuangan untuk "pulus" dan "peersonal"spt yang umporno perjuangkan.
ReplyDelete?...kah kah dr syed ali tu dah jadi boneka anwar ibrahim...dr syed husin ali dah dibayar oleh anwar ibrahim....jangan mimpi exPRM yang dr ko tu jadi pejuang....ko boleh tanya dan siasat dr ko tu sudah dibayar......bontot dr ko tu bukan dipulas dah diliwat otak dierr.......
ReplyDeleteCuma pm haramjadah yang biasa sangat pakai cara mcm ni nak kalahkan lawan.
ReplyDeletekikiki
"Ya Allah ya tuhanku, Ampunkan dosa2ku, dosa ibu bapaku serta kaum muslimin dan muslimat. Matikan aku dalam iman dan jauhkan aku dari neraka jahanam".
Delete-Cicit Hang Jebat
MasyaAllah, apa dah jadi dengan orang melayu ni? Tak guna sembahyang tunggang tunggit tapi hati macam iblis. Taubat bro...
ReplyDelete-Cicit Hag Jebat-
ini keje UMNO/Bn syaitan dikenali....Blue Wave Army....dia cube nak memasukkan jarum perpecahan dlm PR......kene hati2 jgn terpedaya......
ReplyDeletemudahkan keja.. kalau apa yang buruk semua tuduh umno.. sampai pemimpin PKR kantoi dalam video ka gambar ka salah UMNO... sesama PKR bergaduh rebut jawatan pun salah umno..syokla jadi pemimpin PR.. buat salah apapun UMNO jugak yang dapat nama..
ReplyDelete