Thursday 24 April 2014

DI SINGAPURA SEBUAH LORI TENGGELAM KERANA JALAN RUNTUH BERHAMPIRAN TAPAK PEMBINAAN TEROWONG..



SINGAPURA - Sebahagian jalan Upper Changi Road runtuh pagi ini menyebabkan tayar sebuah lori terperosok ke dalam lubang.

Pemandu lori yang hanya mahu dikenali sebagai Su berkata, ketika kejadian dia sedang memandu di jalan tersebut menuju ke Terminal Feri Tanah Merah sekitar jam 8.30 pagi tadi.

"Trak tidak boleh bergerak sebaik ia tenggelam ke dalam lubang itu. Saya segera memanjat keluar," kata Su seperti yang dilaporkan The Straits Time Singapore.

Kemalangan itu berlaku kira-kira 50 meter dari tapak pembinaan Downtown Line 3.

Sementara itu, seorang pekerja pembinaan berkata, kerja-kerja membina terowong telah bermula berhampiran tempat kemalangan kira-kira tiga bulan lalu.

3 comments:

  1. Kalau terjadi di KL bukankah molek?


    keza

    ReplyDelete
  2. Ini sumer poyo.....haktuihhhhhh

    ReplyDelete
  3. Dah jdipun lgi teruk mndpnya jln Ampg Bkit Bntng

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...