Saturday, 19 April 2014
INNA LILLAHI WA INNA ILAYHI RAJI'UN ..... DJ MANSOR MENINGGAL DUNIA .
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un
SHAH ALAM 19 APRIL: Pegawai Perhubungan Awam dan Korporat Media Selangorku, Mansor Abu Bakar kembali ke Rahmatullah pada jam 10.30 pagi tadi selepas mengalami komplikasi kesihatan demam denggi, jantung, darah tinggi dan paru-paru.
Perkara ini disahkan oleh Ketua Jurukamera Selangor Kini, Hanafi Mohamed selepas beliau dihubungi sendiri oleh anak sulung Allahyarham Mansor pagi ini.
Pengurusan jenazah akan dilakukan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Delek.
Mansor ditahan di hospital sejak minggu lalu kerana mengalami masalah kesihatan sebelum tidak sedarkan diri dan bergantung dengan bantuan pernafasan melalui mesin.
Sebelum ini, Exco Belia, Sukan dan Kemudahan Infrastuktur Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail meluangkan masa melawat beliau.
Sementara itu, Bekas Pengurus Bola Sepak Selangor, Zakaria Rahim dalam Facebooknya melahirkan ucapan takziah diatas pemergian Mansor.
“Sahabat saya yang sangat saya hormati kerana kelembutan tutur dan adabnya, pengacara TV Selangor, DJ Mansor telahpun meninggalkan keluarga dan rakan-rakannya buat selama-lamanya jam 10 pagi tadi di Klang.
“Almarhum juga telah tinggalkan ibu yang amat menyanyanginya kerana kata ibunya, arwah tak pernah lupa untuk menelefonnya SETIAP hari bertanya kabar atau bercerita tentang perjalanan hariannya.
“Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan meletakkan rohnya dikalangan orang-orang yang soleh. Selamat jalan sabahatku. Kehilangan mu amat dirasai. Innalillah,” katanya.
Mansor yang lebih dikenali sebagai DJ Mansor merupakan antara individu awal yang bertugas bersama Media Selangorku yang ketika baru ditubuhkan sekitar tahun 2009 dan dikenali sebagai Tv Selangor.
Selain mengendalikan rancangan Apa Khabar Selangor (kini dikenali sebagai Salam Selangor), DJ Mansor pernah menjadi penyampai stesen Radio Web Selangor (RWS) selain menjadi tenaga pengajar kepada bakat baru yang ingin menceburi bidang pengacaraan.
Warga kerja Selangorku merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan pemergian Allahyarham DJ Mansor merupakan satu kehilangan besar buat unit penerbitan.
Al-Fatihah…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
"Semasa mendapat surat tawaran utk anak saya ke MRSM.. pihak MRSM suruh bayar dahulu yuran sebanyak RM333 sebelum Pendaftaran di MR...
Bila Izrail datang memanggil
ReplyDeleteJasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan
Dok ulang2 minta izrail dtg memanggil .......
ReplyDeleteaku dok rasa hang ni tak lama dah ni...
pasai dok mengheben pelik sangat....
awat rasa hidup dah bnyak pahala ka yg dok minta izrail datang ambil ni...
Munkin sehari dua lagi...Qoo luu.... kot..
Sup Kentang Berkrim
DeleteBahan:
2 biji kentang sederhana besar
1 batang leek dihiris-hiris (boleh gantikan dengan ½ biji bawang Holland)
2 cawan air.
1 ½ cawan susu segar.
Garam, serbuk lada putih secukup rasa
½ kuib ayam (optional)
1 sudu teh oregano (optional)
3 sudu makan minyak zaitun
Cara:
1. Panaskan minyak. Masukkan leek dan kacau sehingga layu.
2. Masukkan kentang dan gaul rata beberapa saat.
3. Masukkan air dan kuib ayam. Tambahkan oregano. Biar mendidih sehingga kentang empuk.
4. Masukkan susu dan biarkan mendidih sebentar.
5. Perisakan dengan garam dan serbuk lada putih. Padamkan api.
6. Kisarkan sup sehingga halus.
* Jika sup terlalu pekat, boleh tambah air atau susu dan didihkan seketika.
Semoga matinya dalam Islam. Memperjuangkan agama islam.
ReplyDeleteTapi sayang..rekodnya sbg ahli PKR. Berjuang dlm parti yang bukan berideologi islam..
sayang seribu kali sayang
Kembalilah kpd perjuangan Islam bersama PAS..
Sup Kentang Berkrim
DeleteBahan:
2 biji kentang sederhana besar
1 batang leek dihiris-hiris (boleh gantikan dengan ½ biji bawang Holland)
2 cawan air.
1 ½ cawan susu segar.
Garam, serbuk lada putih secukup rasa
½ kuib ayam (optional)
1 sudu teh oregano (optional)
3 sudu makan minyak zaitun
Cara:
1. Panaskan minyak. Masukkan leek dan kacau sehingga layu.
2. Masukkan kentang dan gaul rata beberapa saat.
3. Masukkan air dan kuib ayam. Tambahkan oregano. Biar mendidih sehingga kentang empuk.
4. Masukkan susu dan biarkan mendidih sebentar.
5. Perisakan dengan garam dan serbuk lada putih. Padamkan api.
6. Kisarkan sup sehingga halus.
* Jika sup terlalu pekat, boleh tambah air atau susu dan didihkan seketika.