Monday 21 April 2014

RAHSIA MENGAPA LAGI MB SELANGOR TAN SRI KHALID IBRAHIM DI SERANG, LAGI RAKYATNYA SAYANG DAN JULANG SUDAH TERBONGKAR!!!!



Sidang DUN Selangor yang berakhir Jumaat lalu mungkin adalah sidang yang terpanas bagi Menteri Besarnya, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Bukan sahaja beliau diajukan soalan-soalan pedas daripada pembangkang, TSKI terpaksa berdepan dengan pelbagai soalan-soalan berbentuk serangan daripada rakan-rakannya di Pakatan Rakyat.


Kalau DUN Selangor dikawal oleh Umno-Barisan Nasional, sudah tentu larangan untuk menyoal menteri besar sudahpun dikeluarkan secara diam-diam.


Tapi ini adalah TSKI. Beliau tidak lari. Beliau menghadapi setiap satu soalan yang diajukan dengan jawapan.

Susah dibayangkan ketua menteri Pulau Pinang mahupun menteri besar Kelantan boleh menghadapi situasi sebegini seperti beliau.


Seperti biasa, ada jawapan TSKI yang OK dan ada yang kurang disenangi rakan mahupun lawan. Media pula memilih untuk melaporkan jawapan beliau bernada positif mahupun negatif.


Bukan itu sahaja, sebelum sidang DUN bermula, TSKI diheret berdepan dengan Selcat Selangor dan ditanya mengenai isu-isu yang melanda PKNS dan status Azmin Ali sebagai pengarah PKNS yang disiarkan secara langsung di media maya.


Ketika disoalsiasat, TSKI tidak menunjukkan sebarang sifat seperti menteri-menteri Umno yang akan gagap apabila ditanya soalan secara terus.


Dan lebih hebat lagi ialah hakikat bahawa ini berlaku selepas TSKI mengumumkan hasratnya untuk bertanding di kerusi Timbalan Presiden KEADILAN.


Sebenarnya ramai yang tidak sedar bahawa faktor utama TSKI menjadi popular di kalangan rakyat selama ini adalah hasil serangan daripada partinya sendiri.


Serangan terhadap TSKI sebagai MB kedekut yang tidak “mahu” memberikan duit kepada parti oleh para pemimpin KEADILAN sendiri (terutamanya daripada para pemimpin tertinggi KEADILAN Selangor) diiringi dengan pengumuman-pengumuman peningkatan pendapatan daripada pasir dan rizab Selangor yang berkala dibandingkan dengan prestasi kerajaan Selangor di bawah BN, telah melahirkan situasi di mana makin TSKI diserang kedekut, makin beliau disayangi rakyat bawahan.


Kerana inilah MB yang mereka mahukan!!!... Kedekut, bukan seperti MB dulu-dulu dari Umno yang sungguh bermurah hati untuk mengkayakan diri, parti dan kalangan mereka sendiri.


Cara TSKI menghadapi Selcat dan sidang DUN telah memberi nafas baru pada rakyat jelata untuk melihat ciri-ciri seorang menteri besar yang serba tahu mengenai segala yang berlaku di bawah pentadbirannya dan serba mahir mengurus.


Ini juga telah membuktikan bahawa kata-kata TSKI adalah benar bahawa beliau mampu menjalankan tugasnya sebagai MB Selangor tanpa dipengaruhi , Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga penasihat ekonomi Selangor.


Sedar mahupun tidak, sikap professional TSKI di sidang DUN Selangor kali ini telah menjadi  kempen langsungnya untuk pemilihan timbalan presiden KEADILAN, di mana beliau akan berentap dengan Setiausaha Agong KEADILAN Saifuddin Nasution dan penyandang jawatan tersebut Azmin.


“Saya telah menunjukkan bahawa saya mempunyai ciri-ciri untuk melakukan perkara yang betul dan bukan perkara yang salah. Saya juga mempunyai pengalaman untuk mentadbir sebuah kerajaan dan bekerjasama dengan semua orang” – petikan Khalid ketika berucap di Sunway Carnival Mall, 14 April 2014.


Apakah bukti amat kukuh betapa sambutan dan sanjungan rakyat Selangor kepada kepimpinannya menyakinkan anggota akar umbi untuk menobatkan beliau sebagai Timbalan Presiden KEADILAN????

14 comments:

  1. bila Selangor nak tukar MB baru ni??? khalid mana reti buat kerja.. tak gitu azmin???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yang gemarkannya
      Terasa segar sentiasa
      Resipi yang ku suka
      Tinggi kualiti Gardenia
      Sungguh enak dimakan begitu saja...
      Oooo gardenia sungguh enak dimakan begitu saja
      Cubalah rasa,memang ada bezanya gardenia
      Sungguh enak dimakan begitu saja...
      Oooo gardenia sungguh enak dimakan begitu saja

      Delete
  2. Bagi org2 yg bekerja ng kerajaan atau swasta , orang yg tak pandai buat kerja atau yg teruk buat kerja , kami selalu sebut " kau orang mana buat kerja selalu berpolitik je ".....apa maksud nya tu ?.....org bekerja tak berpolitik.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yang gemarkannya
      Terasa segar sentiasa
      Resipi yang ku suka
      Tinggi kualiti Gardenia
      Sungguh enak dimakan begitu saja...
      Oooo gardenia sungguh enak dimakan begitu saja
      Cubalah rasa,memang ada bezanya gardenia
      Sungguh enak dimakan begitu saja...
      Oooo gardenia sungguh enak dimakan begitu saja

      Delete
  3. TS Khalid for president PKR!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yang gemarkannya
      Terasa segar sentiasa
      Resipi yang ku suka
      Tinggi kualiti Gardenia
      Sungguh enak dimakan begitu saja...
      Oooo gardenia sungguh enak dimakan begitu saja
      Cubalah rasa,memang ada bezanya gardenia
      Sungguh enak dimakan begitu saja...
      Oooo gardenia sungguh enak dimakan begitu saja

      Delete
  4. Selagi khalid x tamatkan catuan selagi itu la org dok fikir mb jadi badut umno.mb ni bukan maksum boleh la kritik dia.

    kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. MB bukan badut UMNO.Catuan perlu sebab kekurangan bekalan.Tapi tak lama lagi bekalan pulih sebab hujan dah selalu. Loji baru pun akan dibina dan paip lencongon pun akan dibina dlm masa terdekat.so tak der masaalah air lagi,cuma kena sabar sikit masa.MB malas nak dengar politik konar baring penyamun2 duri dlm daging yg akan menyusahkan balik MB ni.

      Delete
    2. Ramai yang gemarkannya
      Terasa segar sentiasa
      Resipi yang ku suka
      Tinggi kualiti Gardenia
      Sungguh enak dimakan begitu saja...
      Oooo gardenia sungguh enak dimakan begitu saja
      Cubalah rasa,memang ada bezanya gardenia
      Sungguh enak dimakan begitu saja...
      Oooo gardenia sungguh enak dimakan begitu saja

      Delete
    3. Bukan mati pon bila kena catu air.. Anak badak aje yg takut bila nak kena catu air sbb anak badak suka berendam dalam air

      Delete
  5. bukan calang-calang orang boleh jadi MB di Selangor...........tahniah TSKI!

    ReplyDelete
  6. Omak kau sudah jadi macai TS khalid...tanya dia siapa langsaikan hutang rm80 juta dgn bank Islam. Semua orang politik adalah buaya yg tunggu utk menelan...rakyat yg jadi mangsa

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1443.....aku nak tanya ko balik, siapa langsaikan hutang TS Khalid dgn bank Islam? Jangan konar baring aaaa....

      Delete
    2. Rm 80 juta sikit jer.250 juta ngan 580 juta lagi banyak.tu tak termasuk 40 billion.

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...