Friday, 24 February 2012

AMAT SUNGGUH MEMALUKAN BEB!!!.. MULA-MULA CABAR DEBAT... BILA CABARAN DISAMBUT TERUS MENIKUS TAKUT LARI MENCICIT SAMPAI TAK CUKUP TANAH....

Debat: Izzah kecewa Nong Chik belum respons


Nurul Izzah Anยญwar
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kecewa kerana sehingga kini tiada respons daripada Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin berhubung debat bagi membincangkan isu dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membiayai skim perumahan kos rendah.
Beliau berkata, jika mahu dianggap sebagai menteri yang efisien, Raja Nong Chik sepatutnya bertegas membahaskan isu ini secepat mungkin demi membantu golongan miskin bandar memiliki rumah.
“Kami sebelum ini sudah bersemangat menyahut cabaran beliau untuk berdebat demi mendapatkan hak kepentingan rakyat, namun tiada respons susulan daripada pihaknya sejak 6 Februari lalu sehingga ke hari ini,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Izzah yang juga Naib Presiden PKR berkata, surat terbuka yang diberikan kepada Nong Chik pada 15 Februari lalu juga tidak dibalas.
“Dalam surat itu, saya bertegas tidak setuju tentang kadar faedah 6.5 peratus yang dikenakan ke atas pinjaman seperti yang diumumkan Timbalan Ketua Pengarah DBKL, Datuk Mohd Amin Nordin, terlalu tinggi dan tidak munasabah.
“Walhal kadar yang diberikan kepada peminjam RM250 juta untuk Pusat Fidlot Kebansgaan (NFC), hanya dua peratus pula, di manakah keadilan?” katanya.
Awal bulan ini, tiga Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat menyahut ajakan debat Raja Nong Chik berhubung isu penggunaan dana KWSP.
Nurul Izzah, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dan Dr Dzulkefly Ahmad, wakil rakyat kerusi Kuala Selangor menyatakan persetujuan menyertai debat...

INILAH SATU LAGI CONTOH TERBAIK BETAPA PARA PEMIMPIN UMNO JENIS TAK DE TELOR....JENIS CAKAP BERDEGAR-DEGAR GAGAH BERANI DAN TAK TAKUT UNTUK BERDEBAT.. BILA CABARAN DISAMBUT TERUS SENYAP MENYURUK DALAM JAMBAN....KALAU DIDEPAN PARA PENYOKONGNYA BUKAN MAIN LAGI TUNJUK TERER DAN BERANI....DIA INGAT YB NURUL IZZAH BUDAK MENTAH DIA BOLEH RATAH ....TAPI DIA SILAP.. DIA LUPA YANG PUTERI REFORMASI INI ANAK DATUK SERI ANWAR IBRAHIM....SALAH ORANG MAU CARI LAWAN..

LAIN KALI SEBELUM MENCABAR TU KENA BERIBU KALI BERFIKIR.. TENGOK SIAPA INDIVIDU YANG DICABAR.. KALAU DARI DARAH UMNO PEKAT TAK MENGAPA SEBAB MEREKA SUDAH PASTI TAKUT NAK SAMBUT....MACAM NAJIB JUGA...

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...