Tuesday 28 February 2012

MASIHKAH KITA SELAMAT????....HARAPKAN PAGAR.. PAGAR MENTEDARAH PADI!!!!

Acu pistol: Polis dipenjara sepanjang hayat

PUTRAJAYA 27 Feb. - Gara-gara mengacukan sepucuk pistol ketika merompak dua buah kedai telekomunikasi, seorang anggota polis terpaksa meringkuk dalam penjara sepanjang hayat serta dikenakan 12 kali sebatan selepas rayuan akhirnya ditolak oleh Mahkamah Rayuan hari ini.
Ketika kejadian, Aeleh Wahab, 38, bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dan melakukan kedua-dua perbuatan tersebut di kawasan Dengkil dekat sini. Salah satu kejadian berlaku ketika dia sedang bercuti.
Anggota pangkat rendah itu didakwa mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat) yang mana satu-satunya hukuman yang diperuntukkan ialah penjara seumur hidup.
Bagaimanapun, menurut tafsiran Seksyen 2 akta tersebut, penjara seumur hidup membawa maksud pemenjaraan sepanjang hayat iaitu selama tempoh hayatnya dikenakan hukuman (sehingga mati).
Ia berbeza dengan tafsiran penjara seumur hidup bagi kesalahan-kesalahan di bawah Kanun Keseksaan yang membawa maksud penjara maksimum 20 tahun.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Wira Low Hop Bing yang bersidang bersama Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali menolak rayuannya secara sebulat suara selepas berpuas hati bahawa rayuan itu tiada merit.
Mahkamah mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Klang yang menjatuhkan hukuman penjara dan sebatan enam kali bagi setiap tuduhan yang dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor.
Tuduhan pertama, Aeleh disabitkan mempamerkan pistol jenis revolver .38 Special Smith & Wesson ke arah pembantu kedai, Noridayu Abdullah ketika merompak premis berkenaan yang menyebabkan ketakutan terhadapnya.
Dia melakukan perbuatan itu pukul 10.30 pagi, 14 April 2006 di New Telecommunications Ent., Jalan Ayer Itam, Dengkil.
Menurut keterangan semasa perbicaraan, sewaktu kejadian, anggota tersebut sedang bercuti.
Tuduhan kedua, dia disabitkan berbuat demikian terhadap pemilik kedai, Tiew Bon Piau ketika merompak premis Astini Teleshop, No. 27 Jalan Kenanga 2, Taman Dengkil Jaya, Dengkil pukul 3.30 petang, dua hari kemudian.

Rogol, seks oral dalam balai polis konstabel dijel 20 tahun, sebat 3 kali

PETALING JAYA 27 Feb. - Harapkan pagar, pagar makan padi.
Demikian perumpamaan yang boleh diberikan kepada seorang konstabel yang dihukum penjara 20 tahun dan sebatan tiga kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan memaksa melakukan seks oral dan merogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di dalam balai polis, empat tahun lalu.
Hakim Hayatul Akmal Abd. Aziz menjatuhkan hukuman itu terhadap Jamil Abdul Sah, 31, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah.
Bagaimanapun, peguam Ariff Azami Hussein memohon agar perlaksanaan hukuman itu ditangguhkan bagi membolehkan pihaknya memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Tinggi, namun permohonan itu ditolak oleh mahkamah.
Hayatul Akmal berkata, alasan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan tidak cukup kukuh untuk membolehkan hukuman itu ditangguhkan.
Jamil didakwa melakukan perbuatan itu di Bilik Maklumat Balai Polis Putra Heights, Putra Heights di sini antara pukul 6 dan 7 pagi, 18 Jun 2008.
Dakwaan terhadap bapa kepada seorang anak itu dikemukakan mengikut Seksyen 377B dan 376(2)(f) Kanun Keseksaan yang kedua-duanya memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan.
Terdahulu, Ariff Azami ketika merayu untuk meringankan hukuman berkata, tidak wujud sebarang keganasan dan kecederaan di dalam kes tersebut selain tertuduh sering bekerjasama dengan menghadirkan diri ke mahkamah pada setiap kali perbicaraan walaupun dia ketika ini menetap di Sabah.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Choong Kak Sen berkata, walaupun mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal namun remaja itu mengalami kecederaan mental yang kekal dan sehingga kini dia masih trauma dengan kejadian tersebut.
''Bagi alasan rekod kehadiran ke mahkamah, itu sememangnya menjadi tanggungjawab tertuduh dan ia tidak boleh dijadikan faktor mitigasi,'' katanya.
Tambahnya lagi, hukuman yang setimpal perlu diberikan memandangkan tertuduh merupakan seorang anggota polis yang sepatutnya menjaga keselamatan orang awam namun dia membuat perkara sebaliknya.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan sebatan sekali bagi kes memaksa mangsa melakukan seks oral dan penjara 20 tahun serta sebatan dua kali bagi kes merogol. Hukuman penjara berjalan serentak.
Mengikut fakta kes, mangsa bersama teman lelakinya telah ditahan dan dibawa ke balai polis oleh tertuduh yang merupakan anggota unit peronda (MPV) selepas mereka didapati membawa motosikal di lorong yang salah iaitu melawan arus.
Semasa di balai polis, mereka dipisahkan dengan mangsa dibawa ke sebuah bilik maklumat di balai tersebut dengan alasan untuk siasatan lanjut.
Namun semasa di dalam bilik itu, mangsa telah dipaksa untuk membuat seks oral dan dirogol.
Tertuduh kemudian mengugut mangsa dan memberi amaran supaya tidak memberitahu perkara itu kepada sesiapa sebelum melepaskan dia dan teman lelakinya pulang.

DIMANA SILAPNYA?......PERLU KITA INGAT... INI BUKAN SAJA KES JENAYAH YANG DILAKUKAN OLEH ANGGOTA POLIS.... INI HANYALAH SEBAHAGIAN SAJA....KALAU WARGA KITA SUDAH TIDAK SELAMAT DALAM PENGAWASAN DAN JAGAAN ANGGOTA POLIS.. DENGAN SIAPA KITA NAK MENARUH DAN MELETAKKAN HARAPAN..

KENA AKUI JUGA BUKANNYA SEMUA ANGGOTA POLIS BERSIFAT SEPERTI MEREKA BERDUA....MAJORITINYA BERTANGGUNG JAWAB DAN BERTIMBANG RASA....

SEBAB ITU ANGGOTA POLIS DISEMUA PERINGKAT HENDAKLAH MENCERMINKAN DIRI ITU BILA MENJALAN DAN MELAKSANANKAN TANGGUNG JAWAB DAN TUGAS BUKAN SAJA MESTI TEGAS ADIL DAN BERHEMAH.. PERLU JUGA DILIHAT SEDEMIKIAN...

RUNGGUTAN DITERIMA BILA KES MELIBATKAN PIHAK PAKATAN RAKYAT.. SEPANTAS KILAT HALILINTAR PDRM BERTINDAK MENCEKUPNYA....BILA PELAKU ITU JUAK-JUAK UMNO.. POLIS SAMA ADA MENDIAMKAN DIRI ATAU MENGHERET KAKI YANG BERAT UNTUK BERTINDAK...

ANGGOTA PDRM IALAH PENJAWAT AWAM BUKANNYA AHLI PARTI UMNO....LIHAT SAJA KES KEGANASAN JALAN KEBUN SEBAGAI CONTOH..... BELUM APA-APA KETUA POLIS SELANGOR DAN KETUA POLIS DAERAH SHAH ALAM KELUARKAN KENYATAAN TIADA APA-APA YANG BERLAKU.. SEMUANYA OK DAN AMAN DAMAI....BILA DAH TERBIT VIDEO DIMUAT NAIK DI YOUTUBE MAKA MENGGELABAH NAK MENJAWAB...KES GANGGUAN SAMSENG DIHIMPUNAN HIJAU 2.0 PULAU PINANG BEGITU JUGA.. KETUA POLIS NEGERINYA CAKAP PIHAK POLIS TIDAK DIMAKLUMKAN  OLEH PENGANJUR...AISYEHMAN BROTHER...TAK KANLAH ANGGOTA POLIS CAWANGAN KHAS( SB) TIDAK MEMBUAT PEMANTUAN DAN BERADA DILOKASI KEJADIAN... TAK KANLAH SEBAGAI KETUA MENTERI PULAU PINANG YAB LGE TIDAK LAYAK DAN DIBERIKAN KAWALAN KESELAMATAN OLEH POLIS 24 JAM ....BILA BERCAKAP TU JANGANLAH BERNIAT NAK HINA KEBIJAKSANAAN RAKYAT BERFIKIR DAN MENILAI.... JANGAN PERLEKEH DAN PERLECEHKAN RAKYAT BROTHER...PROFESIONAL LAH SIKIT.....JANGAN KATA-KATA ANDA DIJADIKAN MOMOKKAN DAN BAHAN KETAWA RAKYAT.... JANGAN TAMBAHKAN PERSEPSI BURUK RAKYAT TERHADAP PDRM...

1 comment:

  1. dengan Allah je kita selamat cik adik......;D

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...