Monday 27 February 2012

SATU LAGI KENYATAAN LAWAK GABAN BIN BANGANG SIOT DARI NAJIB RAZAK....TERASA MALU MENJADI WARGANEGARA MALAYSIA BILA ADA PERDANA MENTERI KUALITI MACAM INI!!!!

PM janji lebih kuasa bagi SPRM jika BN dapat 2/3
BN terus menaburkan janji pilihan raya hari ini dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  berkata sekiranya mereka merampas kembali majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang,

Antaranya, Najib yang juga pengerusi BN itu berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan diberi lebih kebebasan.

Sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Anti Rasuah, seperti yang dicadangkan oleh lembaga penasihat SPRM, akan ditubuhkan untuk membolehkan badan pemantau anti-rasuah itu mempunyai kawalan penuh ke atas pegawai-pegawainya, termasuk kuasa untuk melantik dan memecat mereka, katanya.

"Saya bersetuju dengan pandangan lembaga penasihat SPRM bahawa untuk mencerminkan kebebasan SPRM, sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Anti Rasuah perlu diwujudkan. Suruhanjaya ini akan diberi kuasa untuk melantik dan memecat kakitangan SPRM.

"Tetapi isu ini perlu pindaan perlembagaan. Insya-Allah jika BN diberi mandat dua pertiga dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang, pindaan perlembagaan akan dijalankan dan suruhanjaya ini akan ditubuhkan," kata Najib semasa satu majlis di Putrajaya hari ini.

Buat masa ini, kakitangan SPRM adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, sama seperti semua agensi kerajaan yang lain.

Antara perkara lain yang juga dipertimbangkan oleh kerajaan, kata Najib, adalah status Ketua Pesuruhjaya SPRM, yang boleh dinaik taraf mengikut perlembagaan seperti jawatan Peguam Negara, Ketua Audit Negara dan hakim-hakim, untuk memastikan kebebasan dan ketelusan....

MAKIN LAMA NAJIB PEGANG JAWATAN PERDANA MENTERI LAGI BANYAK KENYATAAN BANGANG YANG AKAN TERHAMBUR DARI MULUT BELIAU....KALAU JUJUR DAN IKHLAS NAK BERI KUASA LEBIH KEPADA SPRM SUPAYA BENAR-BENAR KELIHATAN BEBAS MENGAPA SEMENJAK BELIAU PEGANG JAWATAN PERDANA MENTERI 3 TAHUN LALU BELIAU TAK PINDA?....MASA TU KITA BOLEH LIHAT ADAKAH AHLI-AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT BANTAH ATAU SOKONG....INILAH PELUANG TERBAIK NAK HENTAM PAKATAN RAKYAT JIKA MEREKA BANTAH.....BETUL-BETUL PUNYA BANGANGLAH PRESIDEN UMNO NI...

BILA DIA CAKAP AKAN BERI LEBIH KEBEBASAN KEPADA SPRM,  DENGAN TERSENDIRI BELIAU AKUI YANG SPRM KINI TIDAKLAH BEBAS....MAKA BENARLAH APA YANG DIPERKATAKAN OLEH PAKATAN RAKYAT SELAMA INI... SUDAH KANTOI LAGI!!!!...

INI SEMUA JANJI KOSONG SEBAGAI UMPAN NAK PANCING UNDI....DIA INGAT MAJORITI RAKYAT MACAM PENDOKONG, PENYOKONG, PENGIKUT, PENGANUT DAN AHLI-AHLI UMNO....

RASA AMAT MALU BILA DAPAT PERDANA MENTERI KUALITI MACAM NAJIB RAZAK NI....SERIUS!!!!

2 comments:

  1. Haha...Kita tengok berapa banyak lagi statment dari dia sebelum PRU13

    ReplyDelete
  2. cari la pemimpin yg cemerlang mcm sahabat Rasullullah S.A.W,

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...