Saturday 18 February 2012

KISAH BR1M DIPOLITIKKAN!!!... GARA-GARA PERBEZAAN FAHAMAN POLITIK, SEORANG USTAZ MISKIN TIDAK DAPAT TETAPI SEORANG AHLI MCA BERPANGKAT DATUK YANG KAYA RAYA DAPAT!!!


Dermawan MCA dapat bantuan k'jaan RM500
Seorang pemimpin bahagian MCA di Pahang yang berpangkat Datuk turut  menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 dan ini telah menimbulkan tandatanya di kalangan penduduk tempatan dan warga internet.

NONEPengerusi MCA bahagian Bera, Datuk Tang Hock Lok (kanan),
yang juga seorang pemimpin masyarakat dan dermawan terkenal di Triang, telah menyumbangkan wang RM500 itu kepada seorang penduduk kampung yang kurang upaya.

Berita mengenai Tang menerima BR1M telah mencetuskan bantahan di beberapa forum internet serta media sosial.

Ramai mempersoalkan kelayakannya untuk menerima bantuan tersebut, dan sama ada program BR1M telah disalahgunakan.

Menurut laporan di akhbar harian Cina hari ini, Tang menolak sebarang dakwaan penipuan.

"Saya memohon melalui prosedur yang betul dan pihak berkuasa telah meluluskan permohonan saya kerana saya layak," Tang dipetik sebagai berkata.

Tang juga dipetik berkata bahawa tidak ada unsur-unsur yang menyalahi undang-undang atau penyalahgunaan kuasa dalam proses tersebut.

Beliau menemui pemberita selepas memberi wang RM500 itu kepada seorang penduduk kurang upaya di kampung baru Triang. Tang adalah ketua kampung di situ.

"Niat awal saya memohon bantuan itu adalah untuk menyumbangkan wang RM500 itu kepada mereka yang memerlukannya," kata Tang



Ustaz miskin terkilan tak layak terima BR1M
Seorang bekas guru agama yang menyarai empat anggota keluarganya dekat Alor Setar, yang hidup mereka diibaratkan seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, sedih dan terkilan kerana permohonan untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) gagal.


Kamaruddin Abdullah 66, yang tinggal di sebuah rumah usang di Kampung Batu 4 1/4 Jalan Sungai Korok, bersama ibunya Saadiah Saad, 83, adiknya Muhammad Sharifuddin, 59, dan anak perempuannya Solehah, 31, mengharapkan BR1M kerana mereka kini hidup hanya mendapat bantuan daripada saudara mara.


Beliau berkata permohonannya gagal kerana surat yang diterima menyatakan beliau tidak layak untuk mendapatkan BR1M.


"Kami memang sangat berharap untuk dapat BR1M kerana duit itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban kami sekeluarga, katanya yang pernah belajar dan mengajar di sebuah sekolah pondok," katanya sambil menambah bahawa beliau juga tidak pernah memohon dan menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Kamaruddin berkata tambah memeritkan apabila beliau dan Sharifuddin mengalami masalah pada kaki selepas terbabit dalam kemalangan yang berasingan tiga tahun lepas manakala Solehah pula menghidapi penyakit jantung berlubang dan memerlukan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) setiap bulan dan kadang-kadang lima kali sebulan.


Ketika ditemui di rumah mereka, Kamaruddin berkata selepas beliau terlibat dalam kemalangan itu, beliau tidak boleh melakukan kerja-kerja berat kerana masalah pada kaki dan kesihatannya bertambah teruk selepas terlibat sekali lagi dalam kemalangan hujung tahun lepas.


"Mujurlah adik saya (Sharifuddin) boleh membantu keluarga dengan menyewa bendang orang bagi mencari sesuap nasi walaupun keadaannya juga tidak sempurna seperti orang lain, tetapi pendapatannya pun terjejas kerana padi sering diserang penyakit, selain bantuan daripada saudara mara", katanya.


Kamaruddin berkata ibu mereka yang telah uzur, tidak mampu melakukan kerja-kerja berat di rumah dan tugas itu diambil alih oleh anaknya, Solehah tidak boleh terlalu kuat bekerja kerana penyakit jantungnya sering menyerang kalau beliau letih.

Beliau berkata setiap kali Solehah mendapatkan rawatan di Pulau Pinang, mereka terpaksa menyewa teksi dengan bayaran RM200 sehari kerana tidak mempunyai kenderaan sendiri..BERNAMA

PSTTTT....MEMBUKTIKAN BETAPA BR1M DIBERIKAN ATAS DASAR PEGANGAN POLITIK... YANG KAYA RAYA JIKA MEMOHON TETAPI PENYOKONG UMNO/BN ATAU LEBIH TEPAT ADA PULA MEMEGANG JAWATAN DALAM PARTI MAKA SECARA MUDAH AKAN DAPAT...KALAU WARGA YANG MISKIN PAPA KEDANA WALAUPUN WARGA EMAS DISEBABKAN BERLAINAN IDEALOGI POLITIK PERMOHONAN DITOLAK....PERLU INGAT YANG MISKIN ITU WARGA MELAYU/ISLAM.. YANG DAPAT TU WARGA CINA/MCA YANG SUDAH TERKENAL SEBAGAI ORANG KAYA....DIMANA LETAKNYA LAUNGAN "KETUANAN MELAYU"???????

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...