Sunday 23 December 2012

JELAJAH SIHAT RAKYAT (JERAT) CABANG KAPAR SEMAKIN MENJADI-JADI DAN TERUS MENDAPAT SAMBUTAN DARI RAKYAT!!




Sekali lagi Jelajah Sihat Rakyat (JERAT) Cabang Kapar meneruskan misi menjerat rakyat dengan Program Pemeriksaan Bergerak dengan Trak Health On Wheel atau lebih dikenali dengan HOW ini ke dua lokasi dalam kawasan Parlimen Kapar terutama kepada mereka yang tinggal di luar bandar.

Projek ini hasil usahasama pintar antara Dr V Nedunchelian selaku Timbalan Pengarah Pilihanraya Cabang Kapar dengan Ketua Cabang Kapar Tuan Azizi Bin Ayob.


Program selama sehari ini bermula dari jam 10 pagi tadi bertujuan mendekati rakyat dengan merasai kesusahan dan denyut nadi mereka dengan memberi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma seperti kencing manis, tekanan darah dan rawatan ringan.

Tanpa diumpan dengan beras dan Tshirt percuma, program kem kesihatan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan juga telah dimeriahkan dengan kehadiran Tuan

Haji Rahman selaku sebagai Ketua Jentera Pilihanraya Cabang Kapar serta Ketua Kampung di kawasan program dijalankan itu.

Tahniah diucapkan kepada Dr.Nedunchelian ams dan doktor-doktor yang sudi memberikan perkhidmatan percuma bersama team gerakkerja JERAT.

Inilah dia contoh pemimpin yang meresapi semangat dan roh perjuangan Pakatan Rakyat.. "SEBANGSA, SENEGARA DAN SEJIWA".
Pemimpin yang menangkat martabat negara sambil menganggap semua manusia ini hanya dibezakan dengan kumpulan darah dan bukannya Agama dan Bangsa.

DARI RAKYAT DIA DATANG... KEPADA RAKYAT DIA MENYUMBANG.. BUAT DR. NEDUNCHELIAN AMS..TAHNIAH DARI OMAK KAU!!

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...