Friday 14 December 2012

LAGI KISAH UTUSAN KALAH KENA SAMAN!!.. UTUSAN DIDAPATI BERSALAH MEMFITNAH YB KARPAL SINGH KERANA DITUDUH MENOLAK ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI PERSEKUTUAN!!!!!! DIPERINTAH BAYAR GANTI RUGI RM50,000 DAN KOS RM20,000..



Berita baru masuk..

Mahkamah Tingggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Utusan Malaysia, lidah biawak rasmi UMNO, membayar YB Karpal Singh RM50,000 dan kos RM20,000 kerana didapat bersalah memfitnah dirinya sehari sebelum PRK Permatang Pauh tahun 2008 dengan mengaitkan seolah-olah beliau anti Islam kerana menolak Islam sebagai Agama rasmi Persekutuan.

Mahkamah Tinggi hari ini menganugerahkan RM50,000 serta kos RM20,000 kepada Karpal Singh dalam bentuk ganti rugi setelah mendapati Utusan Malaysia memfitnah beliau dalam artikel pada tahun 2008 dimana akhbar tersebut mengatakan pengerusi DAP itu menolak Islam.


Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad, semasa membaca hujah penghakimannya berkata, walaupun akhbar berbahasa Melayu itu sudah menarik balik dan memohon maaf dalam tempoh 24 jam selepas penerbitan, artikel itu menimbulkan rasa benci orang ramai kepada Karpal.

Beliau berkata, tarikh penerbitan artikel tersebut pada 25 Ogos, 2008 — sehari sebelum pilihan raya kecil Permatang Pauh, dan disiarkan oleh media arus perdana itu menunjukkan ia “berniat jahat”.


“Pada pandangan plaintif, sebagai pemimpin dalam Pakatan Rakyat (PR), dan pada masa artikel itu diterbitkan, ia dilihat sebagai cuba merosakkan peluang kemenangan,” kata hakim tersebut.


Karpal  memfailkan saman RM10 juta kepada Utusan Malaysia pada 2008, dengan berkata kenyataan beliau disalah tafsir dalam artikel yang ditulis oleh pengarang berita Zulkifli Jalil.


Dalam artikel “DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu” berdasarkan kepada ucapan Karpal pada Konvenyen Nasional DAP ke 15 pada tahun itu dimana Zulkifli sengaja mengatakan ahli politik tersebut menolak Islam sebagai agama Persekutuan.

TERBUKTI TANPA BOLEH DISANGKAL LAGI.. UTUSAN MEDIA MILIK UMNO, MEDIA RASMI UMNO ADALAH KAKI PENIPU DAN PEMFITNAH TEGAR NOMBOR SATU NEGARA!!!!!

4 comments:

  1. Benggali ni dah patut retire. Dah jadi liabiliti pada Pakatan Rakyat. Pada umur dia ni dia kena duduk Gurdwara dan sembayang kuat. Bukan dok merapu dengan kenyataan anti Hudud.

    ReplyDelete
  2. Mr Singh is long overdue for Chappati Heaven. No HUDUD there.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...