Friday 14 December 2012

KERAJAAN DAP/PR PULAU PINANG PIMPINAN YAB LIM GUAN ENG ZALIM PENINDAS RAKYAT MISKIN!!!!!!!..NASIB PENDUDUK KG BUAH PALA TIDAK DIBELA??????? CAKAP TAK SERUPA BIKIN?????



Guan Eng Terus Malukan BN- Serah Rumah Mewah RM500K Kepada 24 Penduduk KG Buah Pala

Seramai 24 penduduk Kampung Buah Pala menerima rumah teres dua tingkat yang bernilai kira-kira RM500,000 selepas kemelut yang melanda kampung itu dua tahun lalu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pemberian itu adalah hasil kerja keras banyak pihak termasuk Kerajaan Negeri yang sentiasa prihatin terhadap hak penduduk kampung berkenaan.


“Kita bukannya menganiaya mereka seperti yang dituduh pihak tidak bertanggungjawab. Kini penduduk tidak perlu risau kerana sudah dapat hak mereka dan ini juga bukti kita tunaikan apa yang dijanji.

“Saya bersyukur kerana Kampung Buah Pala masih kekal di sini bersama penduduknya walaupun namanya kini ditukar kepada Taman Buah Pala. Keadaannya juga seperti dahulu cuma rumah yang dibina lebih selesa.

“Pada 2009, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa penjualan tanah kampung ini adalah sah dan pemaju berhak meneruskan projek mereka. Suka tidak suka, kita perlu terima bagi menghormati undang-undang.

“Namun Kerajaan Negeri mengambil inisiatif berunding dengan pemaju untuk mendapatkan pampasan buat penduduk dan kita bernasib baik kerana mereka menerima cadangan Kerajaan Negeri.

“Setelah berunding, seramai 24 keluarga bersetuju untuk menerima pampasan yang diberikan namun sembilan lagi tidak mahu menerimanya. Mereka mengatakan kita buat janji kosong dan menipu,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Annie Rose Micheal, 75, berkata, dia lega penantian selama dua tahun akhirnya berbaloi apabila diberikan sebuah rumah teres dua tingkat yang selesa untuk didiami bersama anak-anak.

“Selama ini saya hanya menyewa di sebuah rumah berdekatan kawasan ini selepas rumah saya dirobohkan dua tahun lalu,. Saya gembira dengan pemberian ini,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Guan Eng menyampaikan kunci rumah kepada semua penduduk kampung itu termasuk sembilan keluarga Melayu...

MANA PERGINYA PERKASA/PEKIDA/PEMUDA UMNO?????... BUATLAH DEMO MENGAMUK!!!!!.. GHANI JIMAN JANGAN LUPA HANTAR LAGI KEK BERUPA NAJIS TAU!!!!!!

6 comments:

  1. KESIAN 9 KELUARGA YANG MAHA BODOH DAN MEMPERCAYAI BN TU...KESIAN KESIAN....BODOH PUNYA PASAL, HABUK PUNG TARAK

    ReplyDelete
  2. keluarga yang menolak Lim Guan Eng dapat jugak rumah tapi rege 220k je lah. KEH KEH KEH. pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar

    ReplyDelete
  3. Yg 9 org tu nak beli sendiri rumah 500k yg dijual pada harga 200k yg dijanjikan ah jib gor

    ReplyDelete
  4. Dah ada org kuat umno yg dah jual rumah sekitar RM 700k....di situ...

    ReplyDelete
  5. STUPIDMANiac Untuk 9 orang ni...nasib baik pengundi sudah menukar kerajaan kalau tidak duduk flat jer ler...ini satu kenyataan yang nyata,,,,

    ReplyDelete
  6. untong nya.harap pakatan raayat.dapat perentah pp seterusnya.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...