Monday, 31 December 2012

SAMBUTAN HARI KELUARGA PKR CABANG KAPAR YANG AWESOME!!!!



Sambutan hari keluarga PKR Cabang Kapar buat julung-julung kalinya telah berlangsung dengan suasana yang sangat meriah dengan kehadiran ahli-ahli jawatankuasa bersama keluarga masing-masing di Sunshine Bay Resort Port Dickson.

Antara tujuan program ini adala bagi memberi kesempatan kepada ahli-ahli dari setiap lapisan untuk berkenalan dengan keluarga rakan sejawat serta mengeratkan silaturahim. Selain itu melalui acara riadah yang telah diaturkan telah dapat memupuk hubungan baik dan akrab dalam suasana yang santai dan sangat mesra.

Tuan Azizi Bin Ayob selaku Ketua Cabang Kapar sempat melahirkan perasaan amat terharu dan gembira dengan kehadiran dan komitmen yang ditunjukkan oleh ahli-ahli yang turut serta dalam acara santai ini, beliau juga menekankan bahawa penganjuran program ini merupakan ganjaran yang diberikan olehnya bagi mengenang jasa anggota parti yang setia berkhidmat tanpa mengenal  erti penat dan jemu. Maka itu tidak hairan la kami diberikan penginapan mewah merupakan Penthouse di resort tersebut, menariknya di sini, Bos sendiripun menginap di apartment biasa je...omak merasa terharu atas layanan tip top yang diberikan oleh KC dan isterinya selama program ini dijalankan. 

Dalam mood bersantai kami juga telah diberikan taklimat gerakkerja dan persediaan untuk menghadapi PRU13 oleh Timbalan Ketua Jentera Piliharaya kami iaitu Dr Nedunchelian.

Pujian harus diberikan kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat kerana telah bertungkus lumus memastikan program ini berjalan lancar.

Tuan Azizi Bin Ayob yang omak kenal selama ini adala pemimpin yang sangat komited dalam urusan kebajikan untuk rakyat malahan beliau tidak pernah lupa menjaga kebajikan ahli-ahlinya juga. Ini la ciri-ciri pemimpin yang kita mahukan, seorang pemimpin yang membuang jauh perumpamaan "Kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan". Omak sangat berbangga dan berharap akan terus setia dan berkidmat di bawah naungan Tuan Azizi andaikata khidmat omak masih diperlukan..hehehe...(ni bukan stetmen bodek mintak gaji naik tau tapi ikhlas dari hati)

Kepada Tuan Azizi Bin Ayob, tahniah dan ucapan ribuan terima kasih yang tak terhingga omak ucapkan atas segala yang tuan berikan, hanya Allah swt saja yang dapat membalaskan.



No comments:

Post a comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...