Saturday 22 December 2012

UMAR AZMI......MAHASISWA DAN AKTIVIS BERSOLIDARITI DIDEPAN PENJARA KAJANG, TUNJUK SOKONGAN PADU.



Mahasiswa dan aktivis berkumpul di hadapan Kompleks Penjara Kajang semalam sebagai tanda bantahan dan tekanan pertama membantah tindakan memenjarakan Umar Azmi Selepas Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam .

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang memberitahu pada jam 11 malam tadi berkata, sebanyak lima khemah sedang didirikan sebagai simbol membantah keputusan tidak adil tersebut sementara kes dijadualkan disebut semula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin ini.

"Buat masa ini polis mengawal dan memerhati sahaja. Mulai pagi esok (Sabtu) pula kami akan bergerak lancarkan kempen Bebaskan Umar di sekitar bandar Kajang supaya rakyat sedar penindasan yang sedang berlaku," katanya.

Dalam himpunan di hadapan penjara itu, selain ucapan daripada Safwan, Abby Abadi dan wakil dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) juga menyampaikan rasa tidak puas hati membantah tindakan yang dikenakan pada Umar seorang mahasiswa tahun akhir di sebuah IPTS di Klang itu.

Turut hadir menyokong aktivis mahasiswa lain daripada Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), siswa Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) serta aktivis Asalkan Bukan Umno (ABU) dan sebagainya.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Abby Abady yang turut hadir memberi perhatian  terhadap kezaliman ini”kata Safwan.

Umar, 23, dihukum penjara sebulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur berhubung kesalahan menghalang tugas penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), lapan bulan lalu.

Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhkan hukuman itu ke atas Umar yang juga merupakan pelajar tahun akhir sebuah kolej swasta dan hukuman penjara selama sebulan sekiranya dia gagal menjelaskan denda berkenaan.

Dalam penghakimannya, Zaki Asyraf berkata, tertuduh tidak sepatutnya berada terlalu dekat dengan rakannya, Mohd Fahmi Reza untuk mengambil gambar sehingga menghalang penguat kuasa DBKL menjalankan tugas.

Umar Muhammad didakwa dengan sengaja menghalang seorang penjawat awam iaitu pegawai penguat kuasa DBKL, Mohd Masran Mamat, 34, daripada menjalankan tugas menangkap dan mengiringi Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, 35, di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, pada jam 8.05 pagi, 22 April lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

LAWAN TETAP LAWAN SAMPAI KEZALIMAN DAPAT DITUMBANGKAN KEADILAN DIBANGUNKAN.

3 comments:

  1. Gambar no.2, kat belakang abang baju puteh yg dok bongkok tu nampak macam Altantuya.
    Hantu Altantuya join mahasiswa protes ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro,
      bukan setakat hantu Althantuya je... hantu bemg hock, hantu ahmad sarbini, hantu kugan, hantu aminulrasyid malah hantu2 yg didaftarkan oleh SPR utk turut memgundi pun ada sama2 protes kezaliman terhadap Umar Muhamad tu!

      Delete
  2. Btul la kalau zoom mcm kelibat Altantuya

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...