Monday 28 October 2013

DSAI DAKWA NAJIB SENGAJA SEMBUNYI KENAIKAN HARGA MINYAK MASAK DARI PENGETAHUAN RAKYAT!!!!

Najib di dakwa cuba nak tipu rakyat semasa pembentangan Bajet 2014 Jumaat lalu tetapi berjaya di kesan oleh DSAI.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Putrajaya sengaja menyembunyikan kenaikan harga minyak masak, dan hanya memilih untuk mengumumkan secara terbuka pemotongan subsidi gula semasa pembentangan Bajet 2014 oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak, Jumaat lalu.

Anwar dalam ucapan perbahasannya di Parlimen hari ini mempersoalkan tindakan berkenaan sedangkan pengeluaran minyak sawit sedang melonjak naik.

"Mengapa kerajaan pilih untuk mengurangkan subsidi dan menyembunyikan kesan pengurangan subsidi minyak masak," katanya dalam ucapannya di Dewan Rakyat, Parlimen di Kuala Lumpur.

Anwar turut mempersoalkan tindakan Perdana Menteri semasa ucapan bajetnya yang "segan" untuk mengumumkan kenaikan harga minyak masak yang bakal dihadapi akibat pengurangan subsidi bernilai RM 505 juta iaitu hampir sama dengan subsidi gula yang dihapuskan.

"Kita sedia maklum bahawa syarikat pengeluar minyak masak yang dibarisi Felda, Sime Darby dan sebagainya semestinya juga mendapat keuntungan banyak kerana memiliki ladang kelapa sawit yang banyak," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...