Friday 25 October 2013

ISTERI DAN 2 RAKAN PENGAWAL KESELAMATAN YANG MEMBUNUH DAN MEROMPAK BANK DI CEKUP POLIS!!!!



SHAH ALAM 25 Okt. – Polis menahan dua pengawal keselamatan dan seorang wanita, dipercayai bersubahat dan mempunyai kaitan dengan suspek yang menembak mati seorang pegawai operasi AmBank di Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya dekat sini kelmarin.

Dua pengawal keselamatan terbabit merupakan saudara suspek sementara wanita itu pula dipercayai isterinya berusia 20-an hingga 30-an.

Kesemua suspek yang merupakan rakyat negara jiran tetapi dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Kemuning, Klang pada malam hari kejadian.

Susulan penahanan ketiga-tiga mereka, polis turut menemui wang tunai RM20,000 yang dipercayai sebahagian daripada RM450,000 hasil rompakan suspek dari peti besi Ambank cawangan berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, siasatan awal percaya selepas melarikan diri dari Ambank, suspek telah mengagih-agihkan sebahagian kecil hasil rompakan termasuk kepada tiga yang ditahan.

Beliau berkata, wang tunai RM20,000 itu disembunyikan mereka di sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya dekat sini yang merupakan tempat kerja dua pengawal keselamatan yang ditahan.

"Kita masih memburu suspek yang dipercayai masih berada di negara ini bersama hasil rompakan dan selaras pump gun yang digunakan untuk menembak mati mangsa.

"Siasatan kita juga percaya suspek yang dikenali sebagai Ardi Hamza, 37, bukan berasal dari Sabah tetapi dari negara jiran dan dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu.

"Kini kita sedang menyiasat bagaimana suspek memperolehi kad pengenalan, serta dibenarkan menggunakan senjata api," kata beliau kepada pemberita di Pusat Media Polis Selangor di sini hari ini.

Difahamkan, suspek yang diburu berasal dari Sulawesi, Indonesia.

Sementara itu Bernama melaporkan Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai wanita dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya Rabu lepas, melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supt Tan Ah Chua ketika dihubungi Bernama hari ini, berkata maklumat itu disalurkan oleh pihak bank kepada polis.

Mengenai identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza itu, beliau berkata perkara berkenaan masih dalam siasatan.

"Polis sedang menunggu pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara," katanya.

Dalam kejadian 6.18 petang itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek. – BERNAMA

10 comments:

  1. Aku dah kata.. ramai lagi pengawal HARAM bekerja dengan kompeni keselamatan nih... Syarikat sebenarnya tahu mereka itu orang asing, tapi sebab nak untung lebih dengan bayaran gaji murah itulah sebabnya mereka ini di ambil bekerja oleh majikan lahabau tu.. Utk makluman juga banyak syarikat keselamatan mengalibabakan syarikat mereka @ di panggil FRANCAIS.. Rakyat tempatan terpaksa bersaing dengan orang asing ni bebbbb.. aduhai panjang lg ni nak luahkan.... nntilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nak hairannya warga asing dapat IC Malaysia, cek orang Seberang terutama dari Selatan Thailand yang berkerja atau berniaga kat sini. Dia orang ni ada 2 IC. Buktinya Omak kau sendiri. Tengok hometown dia kat mana? Bukankah kat Bangkok Thailand . DIA MEK THAI BUKAN MALAYSIA... ENTAH ADA 2 IC. SEBAB TU JADI ORANG UTAMA PKR KAT KAPAR KELANG TU ....BETUL TAK...HANISAH?

      Delete
    2. mmg betul , kat kedah ni bersepah ,bayar 200 jer.. tambah dekat pru13 ritu.. sapa tak mau ?.. diorang sendiri yg bagitahu.... dah report,, terus hilang lesap ntah kemana...

      Delete
  2. aik.kata nya Malaysia ni negara paling selamat.tu la lain kali jangan cakap macam pundek.orang yg bercakap bahawa malaysia negara yg selamat nie merupakan orang yg paling bodohpiang didunia nie.bangang tak sudah sudah.

    ReplyDelete
  3. Pemimpin tak amanah, penjawat awam pun ikut..I/C boleh beli sebab warga asing ambil kesempatan.Dah jadi kes baru kelam kabut tuding jari.Nasi dah jadi bubor.Soal besar nya ialah RASUAH telah menyebabkan oarng asing bermaharajalela di negara kita.Pengkuasaan pihak berwajib amat longgar.Setiap pendatang asing yang bekerja harus ada penjamin dan wang jaminan tak akan di pulangkan sekira mereka lari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat negri bwah pimpinan parti mana ye kes ni terjadi... ish ish ish baik btol kerajaan negri tu ya dgn pendatang asing hai hai hai

      Delete
  4. Omak kau try pergi chek sendiri ramai lagi yg ada ic palsu yg kerja kat cmpny ni.ada makluma tp takut nak berurusan dgn polis.polis pun sama juga.penjilat umno.tengok je kes mak lembu.yg curi lembu lepas yg bg maklumat kena dakwa..bukan tak tau hq pkr dkt kelab golf tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat mana kes ni berlaku yee ... johor yg dibwah kerajaan pust ke atau negri yg dibwh pembangkang .. mana pantauan kerajaan negri sampai gurd dari indoon pakai ic palsu lak tu ....

      Delete
    2. Apsal ada orang bodoh sangkut kat sini? Kau tau ke sape yg kontrol syarikat kawalan keselamatan kat mesia ni. Diorang tertakluk bawah undang2 yg dilaksanakan kerajaan pusat. Pendaftaran syarikat pon bawah siapa, Suruhanjaya Syarikat Malaysia bawah siapa? Bodoh piang samdil.... Sultan Johor pon malu ada rakyat macam kau.

      Delete
  5. Hapuskanlh pkerja asing di negara kita...ramai lg rakyat mlysia yg nak bkerja.utamakan rakyat sndiiri..abaikan dlu warga asing

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...