Thursday, 24 October 2013
KERAJAAN PR SELANGOR MEMANG ZALIM DAN TIDAK BERHATI PERUT!!! .... RAKYAT BERPENDAPATAN RM3,000 SEBULAN ANAK MASUK UNIVERSITI DAPAT HADIAH RM1,000!!!
Patutlah Perhubungan UMNO Negeri Selangor dibawah pimpinan Noh Omar mengamuk .. adakah patut kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dibawah pimpinan Dato' Menteri Besar Tan Sri dato' Seri Abd Khalid Ibrahim berikan hadiah kepada mana-mana anak Selangor yang berjaya masuk ke Universiti awam atau swasta sebanyak RM1,000 jika ibu bapa/penjaga mereka berpendapatan seisi rumah kurang RM3,000.
Perkara ini tidak pernah pun di lakukan oleh UMNO/BN semasa memerintah negeri Selangor dari tahun 1957 hingga 2008.
SHAH ALAM 24 OKT : Mesyuarat Exco Kerajaan Selangor meluluskan had kelayakan Hadiah Anak Masuk Universiti daripada pendapatan seisi rumah RM1,500 kepada RM3,000 sebulan.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Manusia, Dr Halimah Ali, berkata pelaksanaan skim itu dipersetujui memandangkan status kewangan negeri yang kukuh dan sudah berkuatkuasa, pada Mei lalu.
Dr Halimah berkata, kelulusan had kelayakan itu adalah pelaksanaan manifesto pertama kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
“Pada asalnya, kita mahu memasukkan pelaksanaan ini dalam rangka kerja 2014 tetapi dengan kebijaksanaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjaga kewangan Kerajaan Selangor, membolehkan usaha ini dilaksana lebih awal.
“Penerima yang layak adalah anak Selangor yang menerima tawaran diploma dan ijazah sarjana muda dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS),” katahya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, semalam.
Katanya, skim berkenaan adalah salah satu daripada program pro rakyat di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
“Hadiah RM1,000 diberi kepada anak Selangor daripada keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah untuk memudahkan mereka melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi awam atau swasta yang diiktiraf kerajaan.
“Sehingga kini, jumlah yang direkodkan mencatat lebih RM35.7 juta dibelanjakan dengan kira-kira 35,722 peserta mendapat manfaat daripada program Hadiah Anak Masuk Universiti ini,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Trngganu pung v jugok......Tq MB tganu
ReplyDeleteAlah ypj kat johor dah lama buat apa lah selangor dua musim baru nak buat adachit poorah
ReplyDeleteAku pegawai rendah di jb mana ada dapat johorlah yg paling bangsat punya kerajaan. Macam babi...sori khali nordin..sebab ko cuma pandai cakap tak serupa bikin. Langsung tarak bagi bunos tarak bAgi elaun. Pukimak punga mb. Sial laknat. Yg anon diatas tu pembohong samalah macam mb pembohong.
Deletepatutla rendah IQ.. elaun apa pulak yang takdak? elaun memangku ka? elaun makan? elaun kerja lebih masa? elaun COLA? lain kali selidik dulu kalau mfitnah pun..
DeleteAla bahlol x aply mana nak dapat anak aku dah dapat lps raya hari tu dia aku applykan bulan 8 tu pun aku aply dah terlewat sepepatutnya sebulan sblum tarikh daftar aku aply seminggu sebelum daftar di uitm mlka lambat cikit la dapat yg kata x dpt tu memang pemfitnah punya orang bangsat
Delete