Thursday, 31 October 2013
KUMPULAN PRO MAHASISWA MENANG BESAR PILIHANRAYA KAMPUS UNIVERSITI ISLAM ANTARA BANGSA MALAYSIA (UIAM).
Gombak: Pro Mahasiswa Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (WUFI UIAM) telah memenangi majoriti besar kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya kampus (PRK) di kampus tersebut.
Daripada keseluruhan 13 kerusi yang dipertandingkan, WUFI UIAM berjaya memenangi 11 kerusi, di samping Aspirasi Mahasiswa serta Ikram Siswa masing-masing berjaya merebut 1 kerusi.
Di kampus UIAM cawangan Kuantan juga memperlihatkan kemenangan bergaya WUFI UIAM. Kumpulan pro-pelajar tersebut menyapu bersih 11 dari 12 kerusi yang dipertandingkan. Baki 1 kerusi lagi dimenangi calon Bebas.
Secara keseluruhan, WUFI UIAM memenangi 22 kerusi di samping Aspirasi Mahasiswa, Ikram Siswa dan calon Bebas masing-masing 1 kerusi.
Mengulas mengenai kemenangan besar WUFI UIAM, timbalan presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) merangkap timbalan ketua penerangan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Siti Rabiatul Adawiyah menyebut, kemenangan WUFI UIAM dalam setiap kali PRK sudah seakan menjadi tradisi bagi PRK kampus tersebut.
“Sejak WUFI UIAM pertama kali bertanding dalam PRK, mereka tidak pernah kalah walaupun sekali. Jelas bahawa Aspirasi Mahasiswa yang ditunjangi pentadbiran kampus sudah tidak mampu lagi untuk menembusi kubu kuat Pro Mahasiswa”, jelas Rabiatul.
Beliau menambah, PRK UIAM juga memperlihatkan persaingan yang menarik di mana IKRAM SISWA turut melibatkan diri dalam proses pemilihan MPP di kampus tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Kalau tiada politik wang, penipuan dan pengundi hantu, inilah natijahnya
ReplyDelete