Thursday, 24 October 2013
SUAMI MERAYU AGAR DI HENTIKAN SEGERA MENYEBAR GAMBAR DAN VIDEO NGERI ARWAH ISTERINYA YANG KENA TEMBAK OLEH PENGAWAL KESELAMATAN
KUALA LUMPUR – Suami kepada pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib yang mati ditembak pengawal keselamatan bank itu sendiri merayu orang ramai agar berhenti menyebarkan gambar arwah isterinya selepas kejadian itu di Internet.
Irwan Kamarudin, 37, berkata, tindakan pihak-pihak terbabit yang menyebarkan gambar tersebut menerusi laman-laman sosial bukan sahaja tidak menghormati sensitiviti malah menambah kesedihan beliau sekeluarga.
“Saya meminta jasa baik pihak-pihak yang menyebarkan gambar isteri saya supaya mengeluarkannya kerana ia hanya menambahkan keperitan kami sekeluarga yang sedang bersedih dengan pemergian arwah,” katanya ketika ditemui di pekarangan rumah mayat Hospital Serdang di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 6.18 petang semalam, Norazita maut akibat ditembak di bahagian kepalanya oleh pengawal keselamatan bank itu sendiri di Jalan USJ Sentral 2 sebelum melarikan sejumlah wang dari bilik kebal bank tersebut.
Kejadian berlaku ketika mangsa bersama suspek serta empat lagi kakitangan sedang membuka sebuah peti besi berisi wang sebelum suspek tiba-tiba melepaskan tembakan menggunakan senjata api jenis pump gun sejurus pintunya dibuka.
Beberapa jam kemudian gambar di tempat kejadian yang menunjukkan keadaan mangsa yang berpakaian baju kurung merah terbaring dengan keadaan wajah yang mengerikan akibat terkena tembakan itu tersebar di laman-laman sosial.
Malahan hari ini rakaman video kejadian itu pula tersebar.
Anak arwah, Nurnisa Nabilah, 12, pula berkata, semalam adalah pertama kali ibunya tidak menghantar dia dan adiknya, Mohd. Hazimy ke Sekolah Kebangsaan Subang Bestari kerana kesuntukan masa.
“Selalunya mama yang hantar kami ke sekolah tetapi pagi semalam mama nak cepat ke pejabat, jadi ayah yang hantar kami,” katanya, menurut sumber Utusan.
Nurnisa turut menyifatkan ibunya seorang yang penyayang walaupun tegas dan garang dalam mendidik anak-anak.
“Walaupun mama garang tetapi saya sangat rapat dengan mama. Saya sayangkan mama saya,” katanya lagi sambil menitiskan air mata.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Ya Allah..sedihnya bila kehilangn seorg ibu
ReplyDeleteSemoga Allah merahmati roh nya Dan do tempatkan bersama para solihin.. Dan buat rakan2 yg ada gambar arwah tu tlg delete kan segera.. hormati roh nya dan permintaan keluarganya.
ReplyDeleteVideo lucah budak2 melayu main ngan bangsa asing
ReplyDeleteboleh pulak di biarkan???
Vidro lucah tu sengaja buat bodohnya pr ni
Deletepenyebaran video tu mesti dr pihak bank..confom!! x kan polis kot??
ReplyDelete