Thursday 24 October 2013

KERANA BEREBUT NAK BELI TIKET PERLAWANAN SEPARUH AKHIR KEDUA PIALA MALAYSIA ANTARA SARAWAK LAWAN PAHANG ... 8 PEMINAT BOLA SEPAK SARAWAK PENGSAN.



Sekurangnya lapan orang pengsan apabila keadaan di kaunter jualan tiket di Stadium Negeri, Petra Jaya, di sini bertambah kecoh berikutan orang ramai yang berasak-asak untuk mendapatkan tiket perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Pahang malam esok.

Dianggarkan 15,000 penyokong Sarawak membanjiri perkarangan stadium seawal jam 6 pagi untuk membeli tiket.

Sebanyak tiga kaunter tiket dibuka menyebabkan orang ramai terpaksa beratur panjang.

Difahamkan timbul ketidakpuasan hati di kalangan orang ramai apabila mereka dikehendaki menunjukkan kad pengenalan dalam usaha Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) menghadkan lima tiket kepada seorang pembeli.

FAS menjual 10,000 tiket untuk hari ini.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...