Monday 24 March 2014

ANALISA PRK KAJANG ... KEADILAN KURANG MAJORITI TAPI SOKONGAN MELAYU BERTAMBAH ... CALON BN PULA KURANG UNDI WALAUPUN DIJANJIKAN SEBAGAI ANAK ANGKAT PUTRAJAYA.



KEADILAN berjaya mendapat kemenangan lebih besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang apabila berjaya meningkatkan peratusan undinya, walaupun majoritinya kurang berbanding pilihan raya umum lalu di samping berjaya menembusi kubu kuat Umno di kawasan majoriti Melayu.

Dalam PRK Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjaya meningkatkan jumlah undinya kepada 59.43% berbanding 57.99% daripada jumlah undi keseluruhan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu.

Semalam, calon PKR Dr Wan Azizah menang dengan majoriti 5,379 berbanding 6,824 yang dimenangi penyandang kerusi Lee Chin Cheh dalam PRU13 lalu, kurang 1445 undi.

Dua daripada empat kawasan Melayu iaitu Sungai Sekamat dan Taman Delima berjaya dimenangi calon PKR, manakala majoriti kemenangan Barisan Nasional (BN) di Sungai Kantan dan Batu 10 Cheras berjaya dikurangkan.

Dalam PRU13, calon PKR, Lee mendapat 57.99% undi iaitu 19,571 undi daripada 33,749 undi yang dibuang semasa pilihan raya itu.

Dalam PRK kali ini, Dr Wan Azizah mendapat 16,741 undi manakala calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun mendapat 11,362 undi.

Peratusan keluar mengundi hanya 72% kali ini, jatuh 16% berbanding 88% pada PRU13 lalu.

Chew mendakwa, beliau berjaya menaikkan peratusan undi Cina daripada 18% dalam PRU13 kepada 24.8% dalam PRK kali ini.

Namun begitu calon Dr Wan Azizah berjaya meningkatkan undinya di kawasan Melayu di samping kawasan pengundi muda.

Dalam PRU13 lalu, calon BN menang 420 undi di Sungai Kantan namun kali ini hanya menang dengan majoriti 225 sahaja.

Di Sungai Sekamat dan Taman Delima, dua lagi daerah mengundi majoriti Melayu, PKR berjaya memenangi kawasan yang selama ini menjadi kubu Umno itu.

Di Sungai Sekamat, PKR menang 45 undi berbanding kalah 239 undi dalam PRU13 lalu.

Di Taman Delima pula, PKR menang tiga undi berbanding kalah 123 undi dalam PRU13 lalu.

Di Batu 10 Cheras, majoriti BN berjaya dikurangkan kepada 151 undi sahaja.

"BN kalah hampir kesemua saluran pengundi anak muda," kata Mohamad Hisomuddin Bakar, Pengerusi Eksekutif Ilham Center.

Ia diakui sendiri oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan berjanji akan bekerja keras untuk mendapatkannya kembali.

Walaupun jangkaan bahawa Wan Azizah akan meningkatkan majoriti 1,000 undi lagi kali ini tidak tepat ekoran kurangnya jumlah keluar mengundi, Hisomuddin berkata, segala data yang diperolehi oleh Ilham Center tepat dan penyelidik beliau mendapat sampel yang tepat.

Bagi pensyarah kanan Universiti Pengurusan Singapura, Dr Bridget Welsh, ini adalah kemenangan PKR yang perlu dihormati.

"Ia berlaku ketika pilihan raya ini dibayangi kes kehilangan MH370," kata Welsh yang berada di Kajang sejak beberapa hari lalu.

Menurutnya, kemenangan ini juga berjaya dicapai ketika keyakinan jentera PKR bahawa mereka akan menang begitu tinggi.

"Kempen ini juga berlaku dalam suasana yang memenatkan dan tidak memberikan motivasi untuk meningkatkan jumlah keluar mengundi," kata Welsh.

"Saya perlu melihat keputusan sepenuhnya sebelum membuat ulasan lanjut tetapi nampak jelas undi Melayu meningkat untuk pembangkang."

24 comments:

  1. muahahaha... kalah lagi.. hahahaha

    p/s: mohon masuk bloglist http://bankami.net

    ReplyDelete
  2. Haluuuuuuu. .........

    Kaw melayu trtewas.....yg kluar mngundi kurang %. Klau pngudi kluar smua hua pk mau kena stroke mee fun...Allah maha adil..dibiarkn mee fun utk tewas dgn bergaya...undi melayu smakin berkurang...aper pun lebih baik lu resign jer dgn umnongok dn sertai pr..nti ank cucu lu hormat sma lu...

    Khak tuih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini sumer poyo... haktuihhhh gak

      Delete
    2. Jgn skali guna nama kturunun nabi adam kalau suka sgt meludah org...para nabi x ajar bnda2 mcmni...

      Delete
  3. Yang penting sekarang ialah bn sudah kalah....hahaha padan muka najib...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini sumer poyo... haktuihhhh gak

      Delete
    2. Jgn skali guna nama kturunun nabi adam kalau suka sgt meludah org...para nabi x ajar bnda2 mcmni...

      Delete
  4. Anwar tu sebenar nya takde beza dengan org Umno yg ditentang siang mlm. Cuma label jer bertukar jadi PKR. Kalau betul la itu parti keadilan, kenapa anak pompuan dan bini dia yg tak berkaliber boleh sampai sekarang pegang dua tampuk PKR yg ter tinggi? Itu bukan sama dengan gaya Umno ke....bakat no 2 ....susur galur no 1...... hehe Anwar bagi wa lu tetap UMNO....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lu sorang ckp kenapa anak pompuan dan bini dia yg tak berkaliber
      Yg beribu ribu pilih Nurul dan Zizah menafikan apa yg lu ckp. Bg lu berkaliber ia lah penipu pembohong boros berpura pura Janji pandai berckp putar belit mcm lu.

      Delete
    2. Ini sumer poyo... haktuihhhh gak

      Delete
  5. Petunjuk bahawa orang muda Melayu Bandar yang lebih terbuka tolak Umno BN.

    ReplyDelete
  6. Mas kemalangan lagi langgar sekempulan itik semasa mendarat dinepal.ni la balasan meliwat tuya.pemimpin maksum x sudah ditimpa bala..

    kuikukui

    ReplyDelete
  7. Tahniah warga Kajang.
    PR mengalahkan BN.
    Jumlah undi di pihak calon MCA/BN itu pun boleh diragukan. Jumlah undi awal yang melambung-lambung itu apa hal?.... Belum kira keraguan-keraguan lain yang kelazimannya sebagai 'projek' memenangkan calon BN setiap kali pilihanraya. Dah berabis dah tu MCA/BN cuba mengalahkan calon PKR/PR namun masih dikira menang besar juga. Syukur Al-Hamduli-Laaah.
    Sudah ramai melayu yang mula menjenguk keluar daripada jepompong palsu UMNO/BN.
    Berapa ramai pengundi kaun cina, india dan PAS tegar yang tidak mengundi sama ada mereka ada atau diluar kawasan menundi yang tidak mengundi?..Mungkin mereka begitu yakin calon PR daripada PKR itu bakal menang mudah lalu berdiam diri berbanding kesungguhan semasa PRU-13 lalu. Tengok tarikh DUN kosong dan tarikh mengundi itu sudah cukup menilai usaha dan tumpuan BN untuk cuba menang atau mengurangkan majoriti calon PR.
    Lihatlah.
    Apabila rakyat mula celik politik maka BN semakin tenggelam punca. Teruskan langkah Kajang walaupun mungkin sedikit 'tersekat' di Baligian, Sarawak. Selamat berjuang.

    ReplyDelete
  8. heheheee....kalau liwat suka sama suka kenapa anuar saja yg dihukum?adakah penyokong umno lebih suka jika semua kaum lelaki dinegara ini bersifat sama seperti sefol dan ini bermakna selama ini penyokong umno telah menyanjung seorang lelaki yg suka(gian) lubang juburnya diliwat.

    ReplyDelete
  9. undi cina bertambah kpd bn sbb org cina ni tahu wan azizah akan menang. Mrk bijak menguna kuasa sbg rakyat ketika mengundi. Mrk bukan nak sgt MCA menang SSbb dgn cara begini sesiapa pun yg menang akan menjaga mereka dan tempat mereka .

    Sebaliknya org kg@melayu tahu walaupun UMNO menang dan tidak memperdulikan mereka Org melayu tetap undi UMNO Ttp skg di Kajang tempat kubu UMNO telah tewas atau berkurangan. UMNO BN akan melakukan apa yg sebelum ini tidak mereka lakukan di kwsan org melayu spt di Sungai Sekamat, Di Taman Delima dan Di Batu 10 Cheras

    Parti politik terutama BN UMNO akan letih berpolitik mcm ala 60an dan 70an. Utk berubah BN UMNO kena tukar pemimpin yg sedia ada dng pemimpin yg muda yg berani dan berilmu.

    ReplyDelete
  10. awatlah anon 09:45 ngok sangat.....sebab bukan suka sama suka lah si saipol tu buat polis report. Presiden Majlis peguam tu nak tegakkan benang basah...yang pentingnya ialah memang sah lah anuGAYrah ko tu kaki peliwat. Itu yang sebenarnya Presiden Majlis Peguam tu nak beritahu kat macai2 buta hurf macam ko orang ni......

    ReplyDelete
  11. Ini sumer poyo... haktuihhhh gak

    ReplyDelete
  12. Betul lah anon 10:20..umno memang ngok pn..klau nk kena kn nuar pn biar lh nmpk pro sikit..x logik langsung la bro..

    ReplyDelete
  13. Tahniah BN. Dalam setahun sahaja berjaya kurangkan majoriti 1400. Ada tiga empat tahun lagi untuk PRU14. Bila PRU14, Anwar pun dah umur 71, tersangat tua untuk mula jadi PM.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...