Sunday 30 March 2014

GAMBAR YANG DI HEBAHKAN DI INTERNET KONONNYA MEREKA YANG MATI BERKAFAN ITU 529 PENYOKONG PRESIDEN MORSI DIHUKUM GANTUNG ADALAH TIDAK BENAR .. ITU GAMBAR PENDUDUK SYRIA MATI DISERANG DENGAN SENJATA KIMIA PADA OGOS TAHUN LALU.



Sejak minggu lalu, puluhan laman web dan blog menyebarkan beberapa gambar dan fakta palsu mengenai 529 penyokong presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi.

Pada 25 Mac lalu, Mahkamah Mesir menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap penyokong pemimpin itu termasuk Mursyidul Am  Ikhwanul Muslimin, Mohammed Badie namun hukuman terbabit masih belum dilaksanakan.

Jurucakap Ikhwanul berpangkalan di London Abdullah el-Haddad menerusi wawancara dengan BBC berkata, hukuman terbabit hanya satu 'gertakan' atau mesej ancaman bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa tentera Mesir kebal dan negara itu kini dalam tempoh melaksanakan pemerintahan diktator.

“Hukuman ini mungkin satu ancaman dan keputusan mahkamah akan berubah selepas rayuan dibuat,” katanya.

Dalam kenyataan sebelum ini, beliau turut mengetengahkan trend ‘Mesir Baharu’ iaitu pemerintahan diktator yang mungkin diamalkan selepas Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi dilantik menjadi Presiden.

Bagaimanapun, penyebaran gambar dan maklumat palsu terbabit mencetuskan situasi cemas bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

Gambar jenazah siap dikafan dan foto seorang lelaki berbaju biru tersenyum ketika digantung dikhalayak ramai yang disebarkan sejak Rabu lalu adalah bukanlah gambaran sebenar hukuman gantung terhadap 529 penyokong Mursi.

Ia adalah gambar penduduk Syria ketika diserang dengan senjata kimia pada Ogos tahun lalu.

4 comments:

  1. Syukurlah msia masih aman damai kata macai.

    Sepatutnya kerajaan syria mohon bantuan umno mcm mana mengamankan negara! kih kih kih

    kera

    ReplyDelete
  2. di kalangan ahli/penyokong umno pun berdengki khianat sesama sendiri, bagaimana nak beri bantuan pada umat negara lain, sejarah kes bunuh di Malaysia ada yang di hukum cara sivil/ atau di sembunyikan atau di bebaslepaskan, bukti emigresen/kastam pun boleh hilang ghuyub........drpd UMNO TOTOK kg medan....

    ReplyDelete
  3. umno bn adalah penyambung tgn dan lidah penjajahsgt memusuhi islam, umno bn sanggup menjual tanahair umat dgn mengkhianati perjuangan kemerdekaan yg diasaskan ulamak yg berjihad, akhir hari ini umno bn terus menerus memperkosa dan menjajah malaysia dan memperkuda org islam melayu yg dijahilkan dan ditindas dgn kejamnya

    ReplyDelete
  4. Bersyukur lah malaysia kita masih aman . Ni kau tak habis nk salah kan kerajaan yg dh bertahun memerintah negara kita ni. Org org macm kau lah yg menyebabkan isu isu utk menggulingkan kerajaan itu timbul . Kau tk perasan ke semua hal yg jd dkt negara start dgn benda benda mcm ni lah . Jgn jadi bodoh dan tolol . Sebenarnya kita semua yang nak negara kita jadi macam itu. Nak salahkan orang lain atas kebodohan sendiri itu bodoh. Orang kerajaan pun manusia juga. Masing masing ada silap. Tak semestinya kalau pas naik jadi kerajaan dia terus jadi maksum. Jangan jadi bodoh

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...