Wednesday, 12 March 2014
MENTERI JAGA JAKIM KATA BOLEH GUNA KHIDMAT BOMOH .. SEBENTAR TADI JAKIM KATA TIDAK BOLEH KERANA HARAM DAN BERTENTANGAN DENGAN ISLAM.
Semalam Menteri Jaga JAKIM, Jamil Khir Baharom kata tidak salah guna khidmat bomoh nak cari pesawat MH370 yang hilang, hari ini JAKIM sendiri kata kaedah cara menggunakan bomoh itu adalah salah dan bertentangan dengan Islam.
Pergh!! Ini sudah kes anak buah belasah bos .. ini sudah kes anak buah ajar bos tak reti buat kerja .. sepatutnya Jamil Khir Baharom rasa malu sebab tak reti hukum hakam mengenai peraturan yang ditetapkan oleh JAKIM walaupun diri itu Menteri Jaga JAKIM.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyelar usaha pihak-pihak yang mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha pencarian pesawat MH370 yang secara jelas adalah bertentangan dengan Islam.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, hukum mengamalkan pengubatan alternatif atau kaedah perbomohan adalah harus di dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak.
"Jakim telah terlebih dahulu mengeluarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan difahami oleh masyarakat dan ia boleh diakses melalui laman web Jakim di www.islam.gov.my.
"Walaupun kita amat sedih dengan ujian yang sedang menimpa kita," kata Othman dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, tatkala pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berkuasa dan dengan pelbagai jenis teknologi dan aset sama ada dari negara ini dan dari negara luar yang menghulurkan bantuan," kita masih menemui jalan buntu tanpa sebarang petunjuk dalam tempoh tiga hari ini".
"Namun kita tidak boleh berputus asa dan wajib terus memohon pertolongan Allah swt," katanya.
Menurutnya, dalam satu mesyuarat panel Kajian Akidah Jakim pada 22 hingga 23 November 2004 telah memutuskan bahawa rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan aqidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat serta penipuan.
"Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan beliau pula menggambarkan bahawa bahawa raja bomoh ini menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam.
"Panel menjelaskan bahawa Islam adalah saintifik dan menolak segala perbuatan tahyul dan khurafat," katanya.
Sehubungan itu, Othman mengingatkan semua msyarakat khasnya umat Islam agar tidak terpengaruh dan/atau mengamalkan upcara perbomohan yang jelas bertentangan dengan Islam.
"Ia bukan sahaja satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan Allah swt.
"Umat Islam harus menyakini bahawa Allah swt adalah sebaik-baik tempat bergantung dan bertawakkal," tambahnya.
Menurutnya, setelah segala usaha pencarian dengan upaya manusia melalui ilmu sains, kepakaran dan teknologi sedang giat dijalankan "maka kita sebagai hamba Allah harus terus berdoa bermohon kepada Allah yang maha Kuasa".
"Saya yakin kita akan berjaya temui petunjuk terhadap misteri kehilangan pesawat ini atas izinNya jua," tambah Othman.
Semalam, bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menegur penggunaan aktiviti perbomohan untuk mencari pesawat MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu.
Sambil menyifatkannya "satu kerja bodoh", Asri berkata, amalan “khurafat dan tahyul” itu tidak boleh diterima sama sekali kerana bertentangan dengan akal waras.
“Ini tahyul, khurafat, kerja bodoh dan tidak waras. Agama tidak dapat terima (langkah ini). Dengan buat begitu, dia (bomoh) beri gambaran salah pada ajaran Islam.
Tidak salah guna khidmat bomoh - Jamil Khir
SHAH ALAM 11 Mac - Kerajaan mengalu-alukan segala bentuk bantuan yang diberikan oleh rakyat termasuk khidmat pengamal perubatan tradisional dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang gagal dikesan sejak 8 Mac lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, mendoakan kebaikan kepada misi mencari dan menyelamat itu amat diperlukan namun mestilah berlandaskan syarak yang ditetapkan oleh Islam.
"Segala cara dan ikhtiar amat diperlukan ketika ini bagi mencapai matlamat dalam menemukan pesawat dan sejumlah penumpang yang terlibat dalam kehilangan pesawat terbabit.
"Kita harap semua pihak dapat mendoakan agar semuanya segera selesai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program menghafaz al-Quran peringkat kebangsaan kali ke-35, di sini hari ini
Semalam tiga pengamal perubatan tradisional menawarkan diri membantu mengesan pesawat MH370.
Mereka ialah Mohd. Rodhi Ahmad, 74, atau dikenali sebagai Tok Janggut Bomoh Tauhid dan rakannya, Zainal Hamid, 54, dikenali sebagai Bomoh Warisan dari Permatang Binjai, Butterworth, Pulau Pinang.
Seorang lagi ialah Mahaguru Ibrahim Mat Zin yang mendakwa pesawat MH370 yang dilaporkan hilang masih tergantung di atas paras Laut China Selatan berhampiran Vietnam.
Jamil Khir turut menggalakkan orang ramai supaya mendoakan yang terbaik dalam insiden berkenaan dan tidak menimbulkan pelbagai spekulasi.
"Perbuatan menimbulkan spekulasi dan komen negatif tidak wajar dibuat kerana hanya akan menggores perasaan ahli keluarga mangsa," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
nama pun menteri umno mestilah otak mcm tu..agak nya jd menteri pun guna bomoh gak..puak2 penyamun ni mana tau halal haram..
ReplyDeletenie ker bangsat yg sapu duit zakat buat bayaran guaman.haramjadah betul.hidup tiada pegangan agama.ikut suka jer buat kerja bodoh lagi kurafat.mcm nie rupa nyer menteri jaga agama dari umno berkerja.rupa rupa nya pencuri duit zakat.mcm gampang.
DeleteBukankah beliau ada mengatakan.....tidak salah menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional asalkan BERLANDASKAN SYARAK....
DeleteApakah kenyatan beliau itu salah.....Bukalah hati,jgn bercakap menggunakan emosi......bukankah Allah telah menganugerahkan akal utk berfikir,jd berfikirlah sebelum bercakap.
cai sekalian.....BUKANKAH TGNA PERNAH BERKATA MASA MEMENAGI PILIHANRAYA DULU DIKELANTAN....." KALU IBLIS /SETAN NOK TOLONG....TOLONG LAH....".
ReplyDeleteItu dia kata kalau iblis & setan yg nak tolong, bukannya TGNA yg minta pertolongan drp iblis, ngok! Tak paham bahasa, suruh belajar ponteng bila periksa niru pulak. Hasilnya bodoh piang macam kamu.
DeleteAku rasa ko lg ngok cai..... Ko x blajar kissh nabi sulaiman fgn istana balqis niss....malu kat cai umno kalu ko jwb cam niss
DeleteJangan tunjuk pandai kalau jahil....Sulaiman AS tidak minta bantuan jin...itu adalah mukjizat yang kurniakan oleh Allah SWT kepada dia...sama seperti Musa AS dengan tongkat untuk melawan sihir...Isa AS boleh menghidupkan orang yang mati....Bodoh punya Melayu...nak menghalalkan syirik....putar belit ayat quran, kau ni dah tipu hidup2 dengan bomoh...
DeleteTGNA kata kalau iblis tolong tu ada makna tersirat. dia guna KALAU... sebb hakikatnya iblis tkkan tolong kerja2 mulia.
Deleteitu makna tersirat yg TGNA nk sampaikan. sygnya otak lucah umno tkkan faham semua ini. tp air mani dn dna sangat umno faham
BOMOH UMNO SEMUA BOLEH....
ReplyDeleteSBB UMNO PUNYA PASAI...BOMOH KHURAFATPUN DIBERI KEBENARAN...
INILAH PADAH NYA...
BILA PEMIMPIN NEGARA NEGARA BUAT FITNAH....
Jamil Khir Baharom,
ReplyDeleteSaya harap BH tak SPIN kenyataan sahabat macam dia spin kenyataan Ketua Turus Tnetera Udara, kalau itu benar kenyataan sahabat, maka pergi belajar dengan Cpt Nurudin, mungkin masa belajar agama dulu kena baba syirik sahabt tertidor atau ponteng kelas.
Istighfarlah......
Doa orang teraniaya tiada hijab...adakah ini satu balasan buat org yg menganiaya?
ReplyDeleteNak harapkan Jamil jaga akidah rakyat? Kah kah kah kah kah..
ReplyDeleteHuru hara sana sini tak terkata apa pun.
ReplyDeleteSultan Melaka mana ekk..
Jangan2 bayar bomoh tu guna dulu duit zakat, hancus..
Menteri ini rumah banglo keta dua tiga biji tapi duit zakat pun dia mau...malaysia boleh!!!
ReplyDeleteAllah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. ~hadis riwayat bukhari, muslim, abu daud
ReplyDeleteKenapa semua menteri najib ni bodoh bodoh belaka,
ReplyDeleteAda kata dat 40 juta susah nak semak,
Ada kata perkara yang sah kurafat o.k.
Ada kata baca qunut nazilah...
Ada kata ulangkali '' we look in every angle... Every possibalities...... "
Ada kata 5 beg
Ada kata 4 beg
Ada kata no beg....
YANG SAHNYA SEMUANYA NO OTAK
Jawabnye semua dah kena NASI TANGAS ROSMAH, termasuk Pak Dan Perlis
ReplyDeleteMacai umno tak meroyan plak kali ni... mati kutu dah kot..
ReplyDeleteApa nk kisah. Anuwar pun bwk bomoh dia masuk brsama2 peguam. Tapi jampi tak power tu yg tak dpt tutup salah laku seks liwat dia. Siap guna iblis lg nk cover. Namun kuasa Allah mengatasi ilmu si bomoh nuwar. Cuba check gmbr masa hari bicara. Yg bermisai tu.
ReplyDeleteLalalalala
Lu tulis.. Anuwar pun bwk bomoh dia masuk brsama2 peguam.. Macam mana lu tahu bro..l..Dia ada buat pengumuman pada orang ramai dia bawak bomoh seperti apa yang dilakukan oleh bomoh UMNO Baru nak cari kapal terbang hilang ?
DeleteLu memang celaka bro... asyik buat fitnah pada orang yang tak pernah buat jahat pada lu...
Anuwar dn bomoh tak boleh dipisahkan. Sejua dlm kocek kwn karib dia satu masa dahulu iaitu datuk eskay.
DeleteHohoho
semua malapetaka punca anwar... maka rosaklah akidah umno bangsa lucah.
Delete"Barang siapa yang dapat mengembalikan kapalterbang yang hilang itu akan mendapat sebesar besaaaar kurnia dari Sultan Shahrul Nizaaaaaaam!" Kaaaaah kah kah kah kah.
ReplyDeleteBiasa la apa nak heran dgn umno ni lucah dan fitnah jadi budaya.. benda2 syirik pun mainan umno jugak.. nak bagi naik karier politik sikit2 bomoh... nanti sejarah lama berulang baru tau... kna kerat 18
ReplyDeleteHaluuuuuuu. .......
ReplyDeleteJamil kucing lu sewel beb...klau lu bleh rembat wang zkat gua x heran knyataan lu sering mengundur dri fitrah bragama beb...
Mnteri jga agma flip flop cam ni..ckap cam bru kna ketum jer lu beb.....pueee
Cai umnongok yg ngok lu hri ni gua nmpak bnyak pnteng skolah beb...apa lu org ader mjlis brkhatam bramai3 ker..len kli klau mau absent bikin report dlu sma cikgu omak kau...
Cai tenuk....lu org ada bikin serabut..lu tiada trasa sunyi...lalala
Khak tuih
same2 umno same2 bodoh...
ReplyDeleteKalau Jamil sudah kata boleh guna BOMOH , sah lah JAKIM tak boleh buat apa apa dah kecuali kunyah kangkong.
ReplyDeleteMu jamil padan jaga balasoh kampung je... bukan ada ilmu
ReplyDelete.napak muka pun keroh poyo hatipin hitam la tu.
..
berasap lah KLIA. Bersepah sepah lah telur ayam RM1 yg digunakan oleh bomoh. berterabur lah beras kunyit kat tiang tiang airport.
ReplyDeletepagi ini dah kat 30 org bomoh kat ruang Pejabat Jamil . Utk di uji kebolehan oleh 3 juri yg diketuai oleh Jamil sendiri. 2 Juri lain ialah Zambry pemegang selendang pahlawan dan satu lagi Ibrahim Kataki ..
eloknya bwak bomoh tu ke tengah laut kat mana yang dia cakap dia nampak kapal terbang tu di awang-awangan kalau tak dapat campak dia kedalam laut je.
ReplyDeleteNk cari Populariti express ni..tk sesuai lah kita nk tunjukkan dpn org,habis di lapor wartawan dalam n luar negara..jika nk tolong sgt buat je kat rumah..
ReplyDeleteMemalukan. Seluruh dunia ketawakan kita.
ReplyDeleteKn die dh ckp 'namun mestilah berlandaskan syarak yang ditetapkan oleh Islam'..dh terang lg nk bersuluh!! Buta hati ke buta huruf???
ReplyDelete