Wednesday 26 March 2014

PESAWAT MALINDO AIR PATAH BALIK KERANA ENJIN TERBAKAR.



Sebuah pesawat Malindo Air dalam perjalanan dari Subang ke Kuala Terengganu terpaksa berpatah balik sejurus selepas berlepas kerana kebakaran enjin dalam kejadian pagi ini.

Kesemua penumpang penerbangan, termasuk pasukan bolasepak Liga Super Terengganu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam penerbangan jam 7.30 pagi itu.

Malindo Air dalam satu kenyataan menyebut kejadian itu berlaku ketika pesawat dengan nombor penerbangan OD1804 itu mendaki pada ketinggian 7,000 kaki.

"Sistem pengesan kebakaran diaktifkan dan krew operasi serta-merta melaksanakan semakan kecemasan seperti prosedur operasi standard dalam situasi ini," kenyataan itu dipetik.

Satu kenyataan di laman web Terengganu FA menyebut, pasukan pemain itu menaiki penerbangan ganti ke Kuala Terengganu pada jam 10 pagi ini.

Mereka baru pulang selepas menewaskan pasukan Angkatan Tentera Malaysia di Stadium Selayang pada malam tadi.

Anggota pasukan tersebut merakam gambar kebakaran berkenaan, yang menunjukkan api besar menyala-nyala dari salah sebuah enjin kipas jenis turboprop pesawat tersebut.

Gambar yang dikongsi meluas di laman sosial dalam masa beberapa jam sahaja, sehingga mencetus kekeliruan apabila ada pengguna yang menyebut pesawat itu dikendali FireFly.

Dalam kenyataan ringkas, FireFly yang merupakan anak syarikat Malaysia Airlines (MAS) menjelaskan mereka tidak mengendalikan pesawat jenis ATR 72 itu.

Kes berkenaan menarik perhatian utama susulan siri kemalangan melibatkan pesawat penerbangan dari Malaysia.

Terutamanya, pesawat Malaysia Airlines MH370 yang gagal dikesan selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing, 8 Mac lalu masih belum ditemui.

Pihak berkuasa Malaysia pada hari Isnin lalu mengumumkan, penerbangan pesawat Boeing 777 itu berakhir di tengah Lautan Hindi, jauh dari sebarang daratan.

Pihak berkuasa MAS pula mengumumkan, kesemua 239 orang dalam pesawat berkenaan dikhuatiri telah meninggal dunia.

Turut menjadi perhatian adalah kes penerbangan MAS MH066 yang terpaksa dilencongkan ke Hong Kong, pada 24 Mac lalu kerana "generator pesawat tidak berfungsi".

Pesawat itu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Incheon, Korea Selatan.

Sehari sebelum itu, penumpang pesawat MAS MH144 dari Kuala Lumpur ke Kathmandu, Nepal turut mengalami detik cemas apabila sekumpulan itik merempuh cermin hadapannya ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan.

15 comments:

  1. Jet yg Badak Negara naik knapa x jadi mcm ni ek!.

    ek!ek!ek!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak kena tak kira sapa badak ke gajah ke. Kuasa Allah mengatasi segala2nya. Kalau zalim dan tak adil kpda rakyat akan kena juga nanti tak kiralah cara apa pun.

      Delete
    2. Porah memandai. Jer

      Delete
    3. KAH....KAH.....KAH.......

      Delete
    4. Dia xsedar dia bukan menghina lukisan tapi dia sedang menghina pelukisnya. Nauzubillah.

      Delete
    5. Yg kita hina ialah perangai badak air itu

      Delete
  2. Dulu bila van asyik kemalangan hari2 ada je cerita van eksiden...pastu bas...hari2 pasal bas, pastu lori/trailer..sekarang kapal terbang pulak!!! Macam cerita bermusim ja...

    ReplyDelete
  3. nasib baik Malindo Air .... sebab tu boleh patah balik .... kalau Mas Firefly .... pasti akan terbang terus dengan fire tu .

    ReplyDelete
  4. Jgn lah cakap camtu..takutlah najis nak naik pesawat..tak melancung luar ngri lah mama badak.. ko ada degar gi mana2 puak dia tu..tadok lg setakat pesawat hilang....Dia ingat blh lepas kot. Thun lpas kes penceroboh sulu..thn dpn ggapo pula perancangan jahat umnobn ni..kta tgu...

    ReplyDelete
  5. Nie pasal liwat n zina lah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kerna ko juga sering menyebutnya dan mengingatinya..atau itulah zikr kehidupan ko yerr

      Delete
    2. Bala Allah sbb fitnah dah jadi mainan mulut

      Delete
  6. Mungkin rosmah upah orang untuk rosakkan engine kapal ni.

    ReplyDelete
  7. Allah turunkan bala sebagai peringatan kepada para hakim dan penguasa undang2 yang menjadikan nafsu dan syaitan sebagai pegangan.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...