Tuesday 3 December 2013

GAMBAR DUA ANGGOTA POLIS YANG TERLIBAT DALAM KEMALANGAN SEHINGGA TERPAKSA SULTAN BRUNEI SENDIRI MENGAWAL LALULINTAS.



Dua pengiring Polis DiRaja Brunei dimasukkan ke hospital selepas mereka di rempuh oleh sebuah kereta dari arah depan berhampiran Taman Jerudong  Lebuhraya Muara-Tutong kelmarin.

Seorang pegawai mengalami keretakan pada bahu kiri dan lengan, manakala seorang lagi sungguh terkejut selepas mereka di rempuh oleh seorang pemandu wanita, yang dipercayai memandu melebihi had laju, gagal menghentikan keretanya dan terus merempuh ke arah kedua-dua pengiring di tengah-tengah lebuh raya.

Kemalangan itu berlaku kira-kira jam 5:40 ptg 1hb Disember 2013 apabila kedua-dua pengiring mau memberhentikan kereta di lebuh raya tersebut untuk memberi laluan kepada  sebuah kereta diraja lalu, kata polis.

Dua pemandu dikatakan telah memhentikan kereta mereka apabila sebuah kereta secara tiba-tiba mencelah antara kedua-dua kereta, melanggar salah satu kenderaan di sebelah kiri dan terus merempuh kedua-dua anggota pengiring bermotosikal.

Pemandu wanita dipercayai langgar pengiring yang pertama, manakala keretanya yang tidak dapat dikawal terus melanggar pengiring kedua, menyebabkan dia cedera ringan.

Polis berkata, pemandu wanita juga mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan lanjut di Hospital  Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

3 comments:

  1. alhamdulillah ada sultan berjiwa rakyat sebegini. dan alhamdulillah semuanya selamat

    ReplyDelete
  2. Kalau kene kat satu sultan tu, mau pemandu kereta tu ditembak mati......

    ReplyDelete
  3. Kat kat malaysia pula pengiring diarahkan untuk meletupkan orang dengan bom c4.syukurlah malaysia masih aman.kahkahkah

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...