Tuesday, 3 December 2013
WAJAH SEORANG ISTERI YANG MENERIMA 80 JAHITAN SETELAH DI KELAR SEBANYAK 18 KALI OLEH SUAMINYA ANGKARA MOHON CERAI!!!!
Seorang suami bertindak kejam lagi zalim dengan mengelar isterinya dengan menggunakan pisau lipat, selepas isterinya dilaporkan meminta cerai.
Mangsa Nor Hafazalina Mohd, 30, menerima 80 jahitan ekoran perlakuan tidak berperikemanusiaan suaminya.
Nor Hafazalina ditoreh di pipi, dahi, bibir dan tangan dalam kejadian yang berlaku di rumah mereka di Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan di sini pada Jumaat lepas.
Mangsa dikatakan meminta cerai selepas tidak tahan dengan sikap lelaki itu yang didakwa tidak bertanggungjawab serta kerap keluar masuk penjara.
Suaminya yang berusia 30-an itu dikatakan seperti naik hantu apabila mengelar muka dan tangannya lebih 18 kali biarpun dia meraung kesakitan dan merayu agar dikasihani.
Hafazalina meminta cerai daripada suami yang dikahwininya hampir 10 tahun lalu selepas berasa seperti digantung tidak bertali.
Lelaki terbabit baru sahaja keluar dari penjara dan memujuk untuk kembali bersama lantas membuatkan Hafazalina menumpangkan suami di rumah berikutan lelaki itu dibuang keluarga ekoran kerap masuk keluar penjara.
Ketika kejadian, dua anak mereka tiada di rumah kerana berada di rumah kakaknya di Seremban.
Selepas dikelar, suaminya berlari keluar dari rumah dan meninggalkannya dalam kesakitan dan berlumuran darah.
Dia dibawa ke hospital oleh beberapa jiran yang mendengar pergaduhan mereka.
Ibu mangsa, Juriah Hashim berkata, menantunya ada menelefon pada malam selepas kejadian dan mengugut supaya berhati-hati.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Baharuddin Mustapa mengesahkan menerima laporan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
"Semasa mendapat surat tawaran utk anak saya ke MRSM.. pihak MRSM suruh bayar dahulu yuran sebanyak RM333 sebelum Pendaftaran di MR...
Melayu skrg nie..
ReplyDeleteInilah nasibnya apabila bersuamikan penyokong tegar PKR. jadikan iktibar ..;)
ReplyDeletePenyokong tegar umporno tu
ReplyDeleteAnon 11.56 macai umporno yg bodoh dlm umno .. Dh la bodoh tahap pencacai Najisb.. Tujuh keturunan... Hhuhuhuhu.....
ReplyDeletedia ni provok aje tu tok sah layan laaa.....khas untuk pantau blog omak kau
ReplyDelete