Tuesday 3 December 2013

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI SUDAH MENONGKAH ARUS!!!! ... DEDAHKAN KENAIKAN TARIF ELEKTRIK AKAN MENINGKATKAN INFLASI .



Amat jarang sekali kita mendengar Menteri Kabinet UMNO sendiri belasah tindakan kerajaan yang dianggotainya.

Kalau sudah mula belasah membawa erti sudah tidak boleh tahan dan merasa dan melihat tindakan itu amat zalim dan kejam.

Naik harga gula untuk elak diabetes (kencing manis) .. naikan tarif elektrik mungkin untuk mengelakkan rakyat kena renjatan elektrik.

Kenaikan kadar baharu tarif elektrik di Semenanjung, Sabah dan Labuan dijangka memberi kesan kepada ekonomi negara dengan peningkatan kadar inflasi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kadar inflasi itu dijangka meningkat berdasarkan pemerhatian terhadap kesan peningkatan harga barangan sebelum ini.

"Peningkatan inflasi akan ada setiap kali peningkatan harga barang seperti sebelum ini apabila harga subsidi minyak dikurangkan sebanyak 20 sen kadarnya meningkat kepada 2.6 peratus.

"Kadar keuntungan siling (CPR) pada bulan Oktober juga meningkat pada tahap 2.8 peratus, walau bagaimanapun, kadar ini masih rendah iaitu di bawah tiga peratus," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia di sini hari ini.

Abdul Wahid mengulas pengumuman Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili di Parlimen hari ini mengenai kadar baharu tarif elektrik yang akan dinaikkan secara purata di Semenanjung sebanyak 4.99 sen setiap kilowat sejam (kWj) atau 14.89 peratus daripada kadar semasa, berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Bagi Sabah dan Labuan, kadar tarif dinaikkan sebanyak lima sen bagi setiap kWj.
Walau bagaimanapun, Abdul Wahid ketika diminta mengulas kesan kenaikan itu, enggan memberi komen lanjut sebelum mendapat maklumat lengkap berhubung kenaikan tarif tersebut.

"Saya tidak pasti (kesan kenaikan) sebab belum lihat laporan terperinci, jadi saya akan komen kemudian.

"Kita perlu lihat nanti apa impaknya keputusan meningkatkan tarif elektrik dan dalam masa sama akan pastikan golongan memerlukan bantuan tidak berasa kesan yang terlalu tinggi," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, lebihan akaun semasa negara meningkat kepada RM9.8 bilion pada suku ketiga tahun ini bersamaan 4.1 peratus pendapatan negara kasar (GNI) berbanding suku kedua yang mencatatkan jumlah sebanyak RM2.6 bilion atau 1.1 peratus GNI.

Katanya, keseluruhan bagi baki pembayaran direkodkan mempunyai lebihan terbesar iaitu sebanyak RM11.8 bilion pada suku ketiga berbanding RM1.5 bilion pada suku kedua.

"Perkara ini akan memastikan negara tidak mengalami defisit berkembar, dalam masa sama, ekonomi negara juga berada dalam keadaan kukuh dan tindakan yang sepatutnya telah diambil bagi meningkatkan kedudukan fiskal negara," katanya.

7 comments:

  1. xpayahlah nak tengok laporan terperincilah, memang dah pasti impak dia ....semua BN (Brg Naik), menteri MANGKUK AYUN oooooiiiiiiii

    ReplyDelete
  2. Inflasi naik takpe, kan ade BRIM.

    Apa?

    You takde BRIM keh?

    Itu you punya pasal lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kad brim jual kat mene yeerrr...kahkahksh

      Delete
  3. Berterima kasih lah pada kerajaan kerana brim rm500 tu cukup untuk digunakan selama 1 tahun.kahkahakah

    ReplyDelete
  4. Kalau BRIM RM500/- bagi kat Rosmah Mansor tak sampai setengah saat licin camana lah PM Bangang Malaysia ini boleh kata BRIM RM500/- boleh berbelanja satu tahun. Mana pakar matematik lah agaknya yg PM gunapakai. Boleh mampus dapat PM rope Najib ini. Itu pun cai cai UMNO boleh kata PM Malaysia yg cermerlang gemilang dan terbilang. Mana pi lah agaknya otak otak cai ini. Agak aku otak mereka dah dijual jadikan makanan nama otak otak. Kat Johor melambak lah jual otak otak patut pun org Johor ramai yg sokong UMNO sbb mereka dah tak ada otak.

    ReplyDelete
  5. Kalau tak nak bayar lertik lebih, pakai jer lilin.Beli RM 2.00 dpt lima batang. Boleh pakai seminggu. Sebulan baru RM 8.00 ringgit. Koman tul la org PKR ni

    ReplyDelete
  6. Nak tutup duit rasuah yang berbillion billion di samun, lani nak perah rakyat. Selagi rasuah musuh no 1 negara tak hapus selagi itu mereka memeras ugut rakyat.Kalau umno benar, istihar harta semua pemimpin , selagi tak istihar, memamg ya lah rasuah.Kau senang dunia belum tentu akhirat bahagia selagi .setiap duit rakyat yang kau curi di halalkan. Tak takut kah balasan Allah SWT

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...