Tuesday, 3 December 2013
KENAIKAN TARIF ELEKTRIK 15% .. DUA INDIVIDU DIKENAL PASTI UNTUK DIJADIKAN KAMBING HITAM OLEH PARA BLOGGER PRO UMNO/BN????
Kenaikkan tarif elektrik sebanyak 15% khabarnya adalah penyebab utama kesabaran rakyat sekian lama menerima saja, tunduk dan akur apa saya tindakan kerajaan zalim UMNO/BN 1M'sia pimpinan Najib Razak tercabar.
Dari tinjauan dan risikan dijalankan Omak Kau dapati melebehi 80% rakyat di negara ini berang apabila dimaklumkan semalam bahawa Kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan Najib Razak telah membuat keputusan muktamad bahawa tarif elektrik akan naik 15% mulai bulan depan.
Para blogger, penyokong dan pendokong UMNO yang cukup tegar pun sudah mula naik angin satu badan.
Macam mana tak marah ... yang kuat terkesan adalah golongan mereka yang sekian lama memberikan sokongan padu pada UMNO pada setiap PRU .. Golongan ini jugalah yang bermati-matian memenangkan UMNO/BN pada PRU 13 yang lalu.
Akhirnya apa yang mereka dapat atas sumbangan dan jasa mereka? ... Kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan Najib Razak sentiasa mengumumkan kenaikkan harga barang dari petrol, gula terkini tarif elektrik.
Sekali dua mungkin mereka boleh bersabar dan tahan .. Kalau sudah menjadi rutin setotok mana pun mereka menyokong UMNO, tetap akan mengamuk juga melainkan jika tiada langsung ada perasaan dan hati sebagai manusia meresap dalam jiwa dan tubuh mereka.
Kini beberapa blogger pro UMNO sedang cuba nak buat baik pulih kerosakan yang dilakukan oleh Kerajaan UMNO/BN 1M'sia Najib Razak.
Perlu adanya individu di jadikan kambing hitam agar rakyat tidak menyalahkan Najib Razak dan UMNO/BN keatas kesengsaraan yang di alami rakyat kini.
Cara terbaik pada pandangan mereka ialah beberapa individu yang dilihat amat rapat dan menjadi kepercayaan Najib Razak dijadikan mangsa.
Dua individu yang mereka kenal pasti ialah Dato' Omar Ong Pengarah Petronas dan Dato' Seri Idris Jala Menteri DiJabatan Perdana Menteri yang menjaga PEMANDU.
Kini semua kesalahan di tepek dan di letakkan keatas bahu mereka berdua .. Dituduh silap memberi nasihat kepada Najib Razak.
Tetapi mereka lupa ... kerja mereka sekadar memberikan nasihat .. membuat keputusan muktamad masih terletak di bahu Najib Razak. .. Kalau mau menuduh mereka berdua teruk .. Hakikatnya Najib Razak jauh lebih teruk sebab tidak mampu menilai dan membezakan nasihat yang baik dan berguna dengan nasihat yang memberi punah jahanam kepada negara.
Lakukanlah apa saja .. yang pasti wajib menerima tanggung jawab atas penderitaan rakyat ialah individu bernama Dato Seri Najib bin Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO.
Hakikatnya ... bukan nasihat dan buah fikiran kedua mereka yang mau menghancurkan Najib Razak tetapi keputusan Najib Razak yang menghancurkan negara dan harapan para penyokong UMNO/BN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Naik harga gula sbb nk elak diabetes..Naik tarif letrik sbb x mo rakyat kena renjatan letrik..
ReplyDeleteLepas neh ko naikkan harga tepung utk elakkan bebudak main tepung lps abis exam..
Syukuuuuuuuur.......... Pendokong dan macai umporno ada kad subsidi TNB....org pakatan jer kene byr lebih
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNaik lah apa saja yg boleh naik wahai pemerentah BN bagi rakyat merangkak. Bila rajyat dah jaan merangkak masa mudah lah pemimpin2 BN memijaknya. Skrg rakyat Malaysia baru jalan membongkok susah lah sikit nak pijak. Ada segelintir rakyat masih lahi jalan menegak. BN menang rakyat terlentang.
ReplyDeleteDah tahu tak mampu takbir negara, asik nak naik cukai lebih baik turun tahta. Menang PRU !3 satu dunia tahu menipu. Orang menipu memang tak selamat.Minyak mentah dunia harga dah turun dan TNB untung besar, ada kah logic nak naik harga.letrik.Penjana letrik persendirian (IPP) kepunyaan kroni kaya. Mengapa yang kaya di bagi kaya lagi.Hai rakyat Malaysia buka minda jangan buta hati, sebab in saya luahkan apa yang patut rakyat tahu agar jangan tertipu.
ReplyDelete