Tuesday 10 December 2013

HEBOH LORI BAWA MUATAN UNTUK MISI KEMANUSIAAN BANTU MANGSA BENCANA BANJIR KENA SAMAN DENGAN JPJ SEBAB BAWA LEBIH MUATAN!!!!


Undang adalah "common sense" ... itu yang pernah Omak Kau diberitahu ketika para pegawai penguatkuasa ketika mau melaksanakan undang-undang.

Jangan terlalu keras dan tegas .. perlu ada sifat kemanusiaan dengan mendengar penjelasan melainkan jika kesalahan yang dilakukan itu membawa hukuman penjara dan gantung sampai mati.

Kalau sekadar penaltinya kompaun saja apalah salahnya jika pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) gunakan budi bicara atas sifat ehsan kemanusiaan.

Lori yang disaman dalam satu operasi di Tol Gombak ialah lori sedang mengangkut muatan dan barang-barang untuk mangsa banjir di Kuantan dan Kemaman bukannya muatan barang niaga.

Perlu ada akal budi bukannya keras membuta tuli.

10 comments:

  1. Walau pun niat nya baik tapi kita perlu juga patuhi undang undang jalan raya.

    Muatan berlebihan mungkin merbahayakan pengguna pengguna jalan raya yang lain.

    Bayangkan jika berlaku kemalangan disebabkan muatan berlebihan?

    Adakala nya kite perlu berpikir secara rasional dan kurangkan emosi.

    Saya bukan macai DUMBNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak2 kalau dah melebih melimpa ruah sgt muatan nya, apela salah jpj tu escort smpi ke lokasi mangsa banjir tu..ni barang bantuan, hasil derma, wajib sampai kpd mangsa..kalau rosmah tu siap 10 biji escort ikut konvoi..tu la masalah kalau spm cukup mkn, jd pegawai..ari2 makan asap + rasuah, otak pun jd rembab..

      Delete
    2. utk pengetahuan semua, sy pernah membawa muatan 2 tan (lori saya 1 tan) makanan kering ke pengkalan chepa khusus utk bekalan tentera dan polis di bosnia.. sampai ke pos kawalan di grik saya telah diiringi oleh UPP hingga ke pos kawalan yg penghabisan untuk segera sampai ke destinasi... moral of the story segala bentuk bantuan kemanusiaan haruslah segera di tangani dengan bijaksana dan dengan hati yang terbuka dan rasional

      Delete
  2. Aku juga bukan macai UMBHNO.Dalam kes ini aku berpendapat JPJ tak sepatutnya menyaman lori tersebut kerana misi nya adalah membawa barangan untuk membantu dan menyelamatkan mangsa banjir. Pemandu lori rela berhadapan dgn risiko kemalangan kerana membawa muatan berlebihan demi menyelamatkan mangsa banjir berpuluh ribu orang. Peg JPJ ini tak belajar undang2 sampai habeh. Sek.20 Akta Budibicara ada memperuntukan kuasa kepada seseorang penguatkuasa bagi memaafkan kesalahan dgn syrat kesalahan itu tidak melibatkan kepada hukuman penjara atau bunuh. Setakat kesalahan kompound kecil punya kesalahan. Memang mangkok peg JPJ itu kira kepala dia je. Kalau bagi rasuah ada pula budibicaranya bila tak masyuk saman.

    ReplyDelete
  3. Bila ketat undang undang itu baik, tapi bila rasuah tak guna.Bukan semua penguatkuasa rasuah,tapi wujud.baik polis, immigration, pengkuasa tempatan dan kastam.Ingat duit rasuah, nanti keluarga tak selamat, di bagi pelbagai bala. dan neraka menunggu.Patoh lah ajaran Allah SWT agar selamat dunia & akhirat.Cuba lihat mengapa ramai tak boleh sholat walau pun rumah besar, banyak harta dan tinggi pelajaran?

    ReplyDelete
  4. Kenapa lori bawak pasir tumpah dan lori tak ada lampu tak pernah kena saman JPJ?
    Lebih pelik TONTO boleh kepung 4WD JPJ tapi JPJ pulak yang lari kecut telur.
    Kerap jugak tengok JPJ tahan van dan lori kecik yang memang milik persendirian.
    lori tumpah pasir dan batu bertaburan sampai pecah cermin kereta tak penah ditahan dan ditimbang pleh JPJ.
    memang sah 80% lori berat bawak muatan lebih tapi tak pernah kena saman kerana muatan lebih.
    Yang kena tahan selalunya van dan lori kecik bisnes pasar malam.

    ReplyDelete
  5. Dah bawah umno automatik jadi bodoh.ini baru jpj,ularmak sekalipun boleh jadi kaki fitnah.kahkahkah

    ReplyDelete
  6. Lain kali kalau gatal nak holor bantuan ke apa ke, rujuk pusat khidmat masyarakat OMNU setempat atau bilik gerakan banjir OMNU dulu, jangan dok memandai mandai nak holor, inilah padahnya lori bawa bahan bantuan tak pasang bendera cap keris. Lain kali mintak izin OMNU dulu, kalau dapat greenlight baru jalan, kalau tak dibenar jangan nak memandai mandai, rakyat kebulor ke apa ke biarkan.. biarkan...

    Berapa kali nak ulang bagi tahu, Di sini di bumi ini tak ada pihak lain yang lebih bertanggung jawab menjaga kebajikan dan keselamatan rakyat selain OMNU, Hanya OMNU yang pandai memerentah serta mengurus tadbir masaalah rakyat, manakala pihak lain selain OMNU hanya ingin mengambil kesempatan di atas kesusahan rakyat sahaja.

    Tak caya tanya Bong Mustar YB Kebinatangan

    ReplyDelete
  7. Syarat nak jadi pegawai kerajaan orang yang kurang gunakan akak.......

    ReplyDelete
  8. Drebar lori tu baik x bagi rasuah sbb tu kna saman

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...