Monday 2 December 2013

KERANA NAK DAPATKAN TUDUNG JENAMA FAREEDA DENGAN HARGA RM10 SEHELAI, ORANG RAMAI SANGGUP BERMALAM DI KAKI LIMA KEDAI MENJUAL TUDUNG FAREEDA!!!


Omak Kau diberikan beberapa keping gambar mengenai ragam peminat tudung jenama Fareeda di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor bersebelahan CIMB yang sanggup bermalam beratur panjang dan berkampung hanya untuk mendapatkan tudung Fareeda yang di jual dalam harga runtuh RM10 sehelai .

Ada yang bawa tikar mengkuang untuk di jadikan alas tempat tidur di kaki lima kedai.

Suasana sebegini sudah berlaku beberapa malam semenjak Kedai Fareeda mengadakan jualan murah runtuh.

Omak Kau bolehlah rangkuman betapa rakyat apabila mendengar jualan murah sanggup beratur panjang waima bermalam dikaki lima kedai .

Perlunyanya kerajaan UMNO/BN mengambil iktibar dari keadaan ini bagi bertekad usaha keras menjamin agar segala barang yang dijual di negara ini mampu di beli oleh rakyat kebanyakkan.

16 comments:

  1. Kesian bangsa ku,begitu terhina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama kena hina dah. Salah sendiri. Ambik malaun jadi wakil, tak malaun nak jadi alim bila dapat jawatan!!!

      Delete
  2. Clearance sale sebab gula naik harga

    ReplyDelete
  3. Dah masuk bab cerita bangang dah ni...hahahaha

    ReplyDelete
  4. Tudung Fareeda kalau kat Vietnam bukanya mahal sangat baru RM5/- sehelai. Dia jual RM10/- tu kira ok lah sangat2 mura. Dia cuma nak habiskan stock nak order tundung lain. Syabas lah kerana menolong rakyat yg tidak berkemampuan untuk beli tudung Fareeda dgn nilai RM10/-.Cuma sikit memalukan kepada org2 Melayu kita ini sanggup bermalam dan lepak kat depan kedai kerana tudong tapi bila ajak turun protes dijalanan berkaitan kenaikan harga minyak,harga letrik,harga gula dan lain2 haram tak turun buat bodoh je siap kutok ada lagi. Ini lah melayu.

    ReplyDelete
  5. Ano 2.12.2013 23:16
    Aku sokong kau tapi tak pyhlah kutuk Melayu....bangsa lain pun buat begitu...

    ReplyDelete
  6. ini semua dunia, dunia semata-mata, cuba kalau bagu duit beli tudung yang berharga dekat ratusan ringgit tu dekat Syria, Palestin ada juga faedahnya.

    ReplyDelete
  7. patut bersyukur tidur kaki lima beli tudung... oklaaa sbb nak berfesyen, kte org melayu pun bagi laku org melayu jugak. xkan nak beli tudung habiskan dekat kedai tudung bangla jew... diaorang jual pun sama mahal jew =_= abang-abang yg xshopping tudung... omakau, respect laa sikit, saya tengok org melayu ni kerja kutuk buat blog kutuk org melayu jew.... ce buat cerite positif sikit =_=

    bangsa lain jual benda mahal boleh... bangsa kite jual mahal ckit nak kepoh.

    ReplyDelete
  8. tak payah nak tidur dekat kaki lima sangatlah, duduk rumah molek2 , order je online.

    ReplyDelete
  9. apa guna bertudung berbagai andaikata suami sendiri ada masalah moral meliwat. :)

    ReplyDelete
  10. Tudung ni kalau keluar design baru walaupun mahal ramai je org yg bermalam kat kaki lima tu nk ambik no. Giliran nk masuk kedai tu.. Kalau aku tak sanggup laa....

    ReplyDelete
  11. org kita ni dah macam tak boleh hidup kalau tak de tudung lain. keja bodoh yang sanggup sampai tidur dikaki lima tapi tawkey tudung kaya raya..

    ReplyDelete
  12. eishhh..da mcm taksub sgt...rasa cm nyusahkan diri ja....tapi apa pon....masing2 la .m

    ReplyDelete
  13. tudung ke? tak nampak mcm tudung pon. pendek, singkat, jarang...manusia..manusia

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul stuju..skng ni fsyen ja.. kalau ikut btul2 fesyen muslimah ni sgalanya longar, tudung labuh bwh dada..la ni ngn style tudung bbgai, tp pakaian..masyaAllah..

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...