Tuesday, 17 June 2014

3 FOTO YANG SUNGGUH MENYAYAT HATI ... BEKAS NAIB KETUA WANITA UMNO MALAYSIA MERANGKAP MANTAN TIMBALAN MENTERI TELAH DILETAKKAN DIBAWAH JAGAAN SEBUAH RUMAH ORANG TUA KERANA ANAK-ANAKNYA TIDAK SANGGUP MENJAGA BELIAU.



RAHMAH OTHMAN DIMASUKKAN KERUMAH JAGAAN ORANG TUA

Omak Kau diberitahu melalui mesej inbox bahawa Datuk Paduka Rahmah Othman bekas Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia merangkap bekas Timbalan Menteri telah diletakkan dibawah jagaan sebuah rumah orang tua DEMENTIA HOMECARE CENTRE SDN BHD, Teluk Panglima Garang,Klang, Selangor oleh anak-anak beliau sejak bulan Ogos tahun lepas.

Datuk Paduka Rahmah Othman dikatakan mengidap penyakit alzheimer berat dan kadangkala tidak dapat dikawal sehingga menyusahkan orang sekelilingnya..

Datuk Paduka Rahmah Othman adalah ahli politik veteran UMNO/Barisan Nasional. Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan dan kemudian Timbalan Menteri Pengangkutan oleh Perdana Menteri Malaysia,Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam pilihan raya 1982, beliau menang bertanding di parlimen Shah Alam, Selangor walaupun beliau bukan dari Shah Alam .

Pada 1989, beliau menyertai Parti Semangat 46 bersama Tengku Razaleigh Hamzah menentang arus kepimpinan UMNO. Semangat 46 .

Bukan niat Omak Kau nak aibkan dirinya tetapi sekadar sedih dan pilu beliau diberi layanan sebegini rupa oleh kaum keluarganya terutama anak-anak beliau sendiri.

Benar akan kata-kata orang tua-tua .. Seorang ibu mampu menjaga dan memelihara 10 orang anak tetapi 10 orang anak langsung tidak mampu nak menjaga seorang ibu... Sedih, pilu dan sebak dada Omak Kau bila mengenangkan nasibnya walaupun beliau bukan pemimpin parti anutan Omak Kau.


Mohon sesiapa jua tidak kira dari kelompok parti mana sekali pun, ziarahilah beliau jika ada kelapangan.

66 comments:

  1. Replies
    1. Dah lama tau dah!!!

      Delete
    2. Macam mana dikatakan celaka? Selalu orang yang berkata celaka pada orang lain datang daripada Mak Bapak yang celaka. Kalau bapak keling mesti anak keling tak kan cina. Jadi kalau mak bapak suka cakap orang celaka maka anak dia pun suka cakap orang celaka.

      Delete
  2. Nauzubillahiminzaalik. ..

    ReplyDelete
  3. kalo sebut umno sangat2 jarang nak terfikir pasal benda baik.nak kata balasan dunia mungkin juga kot.bukan x tahu spesis umno ni kuasa punya pasal mak sendiri sanggup jual.

    ReplyDelete
  4. Pusat jagaan ni lengkap dengar kemudahan yg diperlukan oleh pesakit alzeimer. Untuk kebaikan dia juga. Jangan salah kan ank. Fahami situasi.

    ReplyDelete
  5. Anon 1057: dimentia bukan alzeimet

    ReplyDelete
  6. Ikut pengalaman aku, mmg payah nak jaga orang tua yang mengidapi Alzeimer.

    Aku beruntung mendapat isteri yang tidak bekerja dan sanggup melayan karenah emak aku yang mengidapi Alziemer sehingga akhir hayatnya (hampir 10 tahun) Isteri ku yang memandikannya, membersihkan najisnya dan menyuapnya makan.

    Mungkin di rumah penjagaan lebih baik jika anak-anak tak sempat nak jaga, tapi rugi la tidak dapat pahala berkhidmat kpd kedua ibu bapa ketika mereka tua.

    Kita bagaimana?

    MerakLangit7

    ReplyDelete
  7. Sedikit pandangan utk dikongsi.
    sy tdk tahu atas dasar apa datuk paduka dimasukkn je rmh org2 tua. Tp sbnarnya dlm kehidupn moden kini memasukkn ibu bapa ke rmh org2 tua bknlh brmksud ank2 itu derhaka dan sbgainya. Tmbh2 jika rmh orng2 tua swasta memerlukn yuran ribuan ringgit sbln. Apabila difikirkn lbh baik ibu bapa fihntar ke situ jika mampu drpd ibu bapa terbiar sndirian di rmh krn ank2 sibuk bkerja. Nak diharapkn bibik utk mnjaga mcm2 kes yg ada skrng.sekurang2nya di pusat jagaan tersebut mrk dirawat oleh penjaga dan nurse yg bertauliah. Yg plng ptg mrk tdk akn bosan krn ada rakan sebaya utk berbual dll. Bg pusat jagaan islam pula byk program2 keagamaan yg disediakn. Solat berjamaah, tadarus, tazkirah dll.
    Dulu saya pun berfikiran smpit trhadap kwn sy yg mnghntar ibunya ke rmh orng tua swasta. Tp apabila dijelaskn barulh sy fhm. Ank2 akn mngmbil ibu bapa plng ke rmh pd setiap hujung mnggu. Dlm kes kwn sy.. kdg2 ibunya x mahu plng pd hujung mnggu krn byk program keagamaan yg disediakn. Trm ksh.

    ReplyDelete
  8. Saya teringat satu lukisan kartun sewaktu kecil. Dalam kartun itu ada watak bapa, anak dan datuk.
    Bapa sedang membawa datuk didalam sebauh bakul.
    Anak: Ayah, kemana ayah nak bawa datuk?
    Bapa: Saya nak bawa datuk ke rumah orang tua.
    Anak: Ohhhh. Kalau macam tu tolong bawa balik bakul itu selepas ayah hantar datuk ke rumah orang tua.
    Ayah: Eh... Kenapa awak nak saya bawa balik bakul ini?
    Anak: Sebab nanti bila saya dah besar, saya nak bawa ayah pula ke rumah orang tua.

    ReplyDelete
  9. Azmin Ali dah balik jumpa mak dia belum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah banyak kali dia balik,,
      kenapa?

      Delete
  10. Alzheimer itu adalah satu dari punca utama Dementia. Dementia dalam bahasa melayu lebih kurang NYANYUK. Pesakitnya sering kali lupa siapa dia, saudara dia dll. Lebih serius ada yang lupa bagaimana untuk menjaga diri sendiri. Kalau mampu boleh lah jaga sendiri di rumah, kalau tidak terpaksalah hantar ke rumah khas sebegini.

    ReplyDelete
  11. Syarikat pun dah sdn bhd suda semestinyalah puluhan ribu inggit sebulan ni bayaran bulanan. Nasib baiklah umno menegakan kemajuan dunia dan akhirat seiring bukanya macam pas lebih kepada akhirat bila orang tua mereka kena macam ni tidak terbela di biarkan berkeliaran sana kemari menyusahkan orang. Sehingga ada yang nak mencari sanak saudaranya pun menyusahkan terpaksa diiklan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana kemajuan dunia akhirat ala umno,sumer umno perniagakan tak kira orang tua,orang muda,kanak kanak,rakyat asing, rakyat marhaen semuanya jadi bahan jual beli umno,bila untung umno sapu sumer,bila rugi rakyat kena tanggung...nak kenal peniaga lintah darat spesis umno la hehehe

      Delete
  12. Tuntutan kerja menyebabkan ibubapa menghantar anak anak ke pusat pusat asuhan...bila umur tua giliran anak anak pula hantar orang tuanya ke pusat penjagaan kerana alasan yang serupa...hukum karma ibarat roda...tapi Islam tak ajar anak anak membalas jasa orang tua dengan cara begitu...namun masih ada lagi manusia yang berhati mulia menjaga orang tuanya dan comply dengan kehendak Allah serta Rasulullah

    ReplyDelete
  13. kita tanya diri kita sendiri apakah ketika kita mati kita mahu di kelilingi oleh kawan kawan di rumah org tua atau kita mahu mati di kelilingi oleh anak anak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun belum pasti mati kat mana..kat spital.atas jalanraya,dalam laut atau hilang dalam kapalterbang...yang paling kita takut mati dikelilingi sang iblis

      Delete
  14. Replies
    1. cukuplah gilo kaU TU... dasar pesakit Alzheimer

      Delete
    2. keturunan nabi adam sekor ni dah lama sakit LUPA DAN NYANYUK (DIMENTIA ALZEIMER) pasal neuron otak dia dah lama mati.......tu yang berludah manjang sian.....ada sape2 kat sini yang volunteer nak hantar dia kerumah orang2 muda dimentia???? kesian kat dia ni muda2 lagi dah dimentia....ha ha ha

      Delete
    3. Budak baru nak membesar, kita kena bimbing dan mendewasakan, adik kita nie (keturunan nabi adam), kan adik kan? mak masak apa hari nie adik? Nama pun budak-budak sifatnya suka mengejek. Bimbinglah dia jangan dimarahi, sabarlah dengan kerenahnya sementara nak dewasa dan matang

      Delete
  15. Bila dihantar kat tempat cap ayam dah tentu dikatakan sebagai derhaka tp bila hantar kat tempat swasta kata demi kebaikan.taraf pemikiran macai upahan.

    kikiki

    ReplyDelete
  16. Lepas ni puak umno kalau dapat baby elok la bagi je baby tu kat jabatan kebajikan... seminggu sekali baru pi melawat baby tu... bukannya apa baby ni banyak penyakit macam penyakit demam kuning dan sebagainya... kalau jabatan kebajikan tak mau baby tu elok buang je...

    ReplyDelete
  17. sekarang ni anak2 kecil dihantar ke rumah pengasuh kerana tuntutan kerja ibubapa bila anak kecil dah besar dia hantar ibubapa yg telah tua ke rumah jagaan org tua kerana tuntutan kerja jgk..adil bukan

    ReplyDelete
  18. bilelah betulll cerita ni...memang benar benar kasihannn...tapi aku juga tak faham macam mana mak cik ni dulunyeee mendidik dan membesarkan anak anaknya mase mak cik ni masih ade kuase....yg amat sangat faham keadaan ini adalah mereka,kalaupun kita nak ikut ajaran agama,etika,budaya..memanglah anak kena menjage orang tua sampai akhir hayatnya..apapun kaidahnya orang tua kita,baik ke,buruk ke,sayang ke,jahat ke....memang kita kena jaga orang tua,....tapi yg namanya manusia apa yg ada dan tersirat dalam minda anak anak mak cik ni aku tak fahammm....aku hanya berdoa,semoga mak cik ni dapat perawatan yg baik..dan anak anaknya lebih banyak bersabar..menghalalkan apa yg dah berlaku..mengambil mak cik ni untuk dirawat dirumah dgn menyediakan perawat ataupun jaga dalam keadaan susah dan senang....pasal mak cik ni,jangan kaitkan dgn partai politik...apa yg berlaku dalam hidup ini adalah buah dari perbuatan kita,fikirkan..dan renungkannnn

    ReplyDelete
  19. engaku ni dari keturunan nabi adam ke keturunan syaitan?? pasal tu la jadi bodoh sangat!

    ReplyDelete
  20. Kesian dekat anak2 Datin Paduka. Buat research dulu ye. Mak aku pun ada di situ. Malah aku bergurau senda dengan Datin ni pada tiap minggu aku melawat mak aku. Itu Dementia home, private nursing home. Ada 15 patients dijaga oleh 10 nurses termasuk 1 staff nurse. Mak aku tak mahu tinggal dirumah kami dan kami tak ada rezeki untuk cari maid yang boleh dipercayai untuk tinggal berdua saja dengan mak dirumah mak.
    Bila maid balik Indon dan tak mau pulang bekerja lagi, aku menjaga mak. Tolak tepi la kerenah pesakit Dementia ni, dia mak aku, aku buat dengan ikhlas. Kemudian kami sekeluarga perlu ke luar negara. Aku mencari tempat sesuai yang boleh jaga mak. Aku jumpa tempat ini. ADFM adalah satu2nya NGO yang support caregivers. Di tempat ini semua pesakit perempuan.
    Mak aku tak mahu makan dan cuma makan suku roti tiap hari. Puas dipujuk, puas aku masak makanan kegemaran, dia enggan makan. Bila tiba waktu kami berangkat ke luar negara, kami hantar mak ke Dementia home.
    Sebulan lepas kami balik ke Malaysia, pergi melawat mak, dia gembira, makan bertambah dan menjalani aktiviti stimulasi untuk aktiviti otak.
    Poin aku, jangan sebab politik, jadi blogger tak ada otak, tak buat research. Kami masing2 ada kisah masing dalam cuba memberikan penjagaan terbaik untuk pesakit Dementia.
    Get your facts right Omakkau. Jangan jadi mak turut jer. Padanlah baru2 ni tetiba pulak bukan keluarga melawat Datin Paduka ni. Ada agenda kotor rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan sebab org tu tu berbau busuk? Ya lah buang najis sesuka hati Bau kencing nya yg haring menusuk hidung Menantu pulak merungut rumah berbau.
      Kalau betul hantar sbb ada nurse yg jaga bagus lah tp tak silap skg ni ada perkhidmatan nurse dr rumah ke rumah dan bilangan nurse yg tamat latihan dan masih menganggur pun boleh tahan ramai nya .
      Kira berapa umur kita kalau mak kita mcm Datin Paduka Tak cukup kah harta yg ada ? Masih kah kita berkerja keras semata mata utk kejayaan dlm karier kita?
      Sdgkan duduk dgn kita pun mak ayah berlinangan air mata Ini kan pulak berjauhan dng kita Kesedihan dan kebimbangan mak ayah akan hilang apabila dpt melihat anak anak dan cucu cucu nya.
      Bila mak ayah kita lihat kita sibuk dng dunia pekerjaan dan balik lewat malam mereka terasa tidak di pedulikan sbb itu lah mereka rela dan gembira tinggal di rumah jagaan swasta Mereka yg mampu menghantar org tuanya ke pusat jagaan swasta memiliki rumah besar yg berpagar batu dan kawasan laman yg luas Mana lah org tua tu nak pergi sbb nak keluar pun pagar berkunci . Jd semua ini kerana anak anak yg dah berumur masih lagi sibuk dng pekerjaan Kalau duit rasa nya duit dah cukup Entah entah cucu nya pun dah bekerja jd apa sbb nak kumpul harta banyak banyak sehingga nak jaga org tua pun tak ada masa.

      Delete
    2. Jadi, pada kau, lebih baguslah kalau mak ko tak terima penjagaan professional sebaiknya utk penyakit dia asalkan anak sendiri yg jaga? Biarlah bedsore tak kering, zat makanan tak diserap, psikologi mak tak terjaga apa peduli kan, asal jgn org kata ko tak jaga mak ko dan serah kpd para profesional utk jaga sebaiknya. Kecualilah kalau kebetulan ko mmg terlatih dalam bidang jagaan utk penyakit tu. Kalau tak, lantaklah mak kita semakin sakit sbb kita tak terlatih dalam bidang perubatan dan jagaan khas, jgn org mengata kita.

      Delete
    3. penjagaan professional HaHaHa.. berdasarkan RM kan?
      dgn penjagaan oleh anak anak ,, berdasarkan kasih sayang.
      sy jaga arwah ayah bila malam sy tidur dan peluk dia mcm mana dia tepuk tepuk sy mcm tu sy tepuk tepuk dia smp hilang resah dia ..sambil tepuk sambil berzikir ... ubat yg paling mujarab ialah kasih syang. penjagaan professional tu tak byk sikit kita boleh belajar . tiap tiap hari sy dng isteri bersih dan keringkan bedsore .. ayh sy pernah jolok dgn kayu taik sy sbb sy telan biji rambai terlalu byk ... log off

      Delete
  21. Kalau tak silap dia bertudung semasa menjadi menteri dahulu...

    ReplyDelete
  22. Replies
    1. Ngko ni asik meludah je kejanya. Meh aku kahak kat ngko plak.
      Haiiiiiiiiiiiktuiiiiii..........

      Delete
    2. Jangan dilayan pesakit DIMENTIA ALZEIMER CRITICAL ni bang kang abang yang kena hantar kat rumah orang2 tua....

      Delete
  23. kat mana ko letakkan mak kau wahai blogger? duduk kampung sorang2 kais pagi mkn pagi? menulis tanpa buat research. ni skrg zaman sudah lain.

    ReplyDelete
  24. dari hntr ke rmh org tua baik hntr ke pondok-pondok (maksud sy) yg sihat le.. bleh bwk bekal ke akhirat.. bkn dgn karaoke dn tanam bunga je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pesakit DIMENTIA ALZEIMER ini tidak sehat dari segi pemikirannya mungkin jasadnya masih baik dan boleh berfungsi tetapi otaknya mengalami kemurungan kerana neuron otak mungkin sudah hampir pupus....pengalaman aku menjaga ibu yang sekarang telah berusia 82 tahun mengalami sakit yang sama dan masih dalam rawatan pesakit luar Unit Psikiatrik.....ibu saya menjadi orang yang bengis sepanjang hari, memaki hamun tak kira siapa pun, bercakap sendiri bila ditanya dia kata ada ramai makhluk halus yang kita tidak nampak tetapi dia nampak siap dia minta kita menyediakan beberapa pinggan makanan untuk dia menjamu "tetamunya"....bayangkan diri anda semua pembaca jika mengalami masalah menjaga ibu yang saperti ini.....pernah saya dan kakak terfikir untuk menghantarnya kePusat Jagaan saperti ini tetapi kerana kami tidak ada kemampuan kewangan niat itu dipendamkan dan kami terus menjaganya walau pun setiap hari dimaki hamun, disumpah seranah....nauzubillahminzalik ku mohon hidayat AllahSWT agar mengampunkan segala dosa2 ibuku yang lalu dan melembutkan hatinya.....

      Delete
    2. Semoga Allah Taala membalas Jannah atas kesabaran tuan menjaga ibu pada usia lanjut dan dimaki setiap hari. Semoga Allah memberi kesabaran pada tuan sekeluarga. Amin.

      Delete
    3. Moga2 anda dkalangan ank yg soleh....sbb Allah sdng mnguji anda utk dberiNYA pahala! Anda dkalangan yg terpilih....

      Delete
  25. HASIL DARI PEMERINTAH BANGSAT..!!! MALAYSIA WAJIB DIUBAH DAN RAKYAT MEMPUNYAI KUASA YG BESAR UNTUK MERUBAH..SEDARLAH AKAN MALAPETAKA DEMI MALAPETAKA YG MENIMPA NEGARA INI..!!! SAVE MALAYSIA.

    ReplyDelete
  26. Sudah siasat dgn anak2 beliau ke blogger ni? Kalau tak, semua ni andaian semata dan boleh jatuh fitnah. Ini rumah jagaan swasta khas untuk pesakit dementia kah? Sebab kalau ya, mungkin lebih elok beliau ditempatkan di bawah jagaan para professional yg memang terlatih dalam jagaan pesakit dementia dari dia dijaga oleh anak2 di rumah walaupun ada maid dsb. Penulis artikel ni membuat andaian saja bermula dgn premis yg kurang tepat, iaitu sesiapa yg diletak di rumah jagaan semestinya diabaikan dan tidak disayangi.

    Menurut website rumah ni, katanya ada orang yg ditempatkan sementara di sana sebab nak train maid yg baru supaya tau cara2 jaga org yg ada dementia. Ada juga yg diletak daycare supaya dapat jagaan professional perubatan pakar dementia. Bilik2 pun ada attached bathroom dan rumah ni ada garden yg besar dan bersih serta guardhouse utk keselamatan.

    ReplyDelete
  27. xpelah.. kot kot nanti tua nanti Hanisya akan anak anak dia masukkan kat rumah orang tua.. sebab selalu je buka aib orang.. kalau hanisya ni sebar fitnah.. hari hari dosa free.. kalau mati pun.. tiap hari dosa akan masuk free... kikiki.. hanisya dalam kenangan ... ehh silap ..dalam kereta bersama dot dot.. tu baru allah buka aib sikit.. belum lagi buka luas.. x sedar sedar lagi..

    ReplyDelete
  28. ada pro dan kontra dlm situasi ini...jgn pula ade anak yg ambil kesempatan tp dlm hati memang x mau jage sepenuhnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah hantar pusat jagaan . lagi susuah kita nak jaga sbb utk menjd cekap kita kena buat sendiri selalu walaupun ada maid kita lah yg buat Maid sekadar membantu kita bukan kita membantu maid.

      dan selalunya org tua ini di hantar ke pusat kerana pembahagian harta dah selesai . Log off

      Delete
  29. Ada juga ukoi ameno dalam ni!!

    ReplyDelete
  30. Allah Maha Mengetahui segala isi hati .

    ReplyDelete
  31. apa pon dia ada anak dia ada dwet pencen dan duit byk upah le org dan anak tolong tengok anak moden kkurang didikan ugama cari alasan mudah anto ke rumah org tua.dasar anak derhaka.kat dunia allah tunjok pada tokoh umno ini.bayar cash

    ReplyDelete
  32. David Teoh ini best buat drama Melayu...Tajuk dia....dari Istana ke Rumah Orang Tua.

    ReplyDelete
  33. aku tgk disini ramai yg cakap besar mereka boleh jaga org tua yg menghidapi penyakit alzheimer...kalau sihat atau uzur tu lain citer...tapi alzhiemer...penyakit ni memerlukan pengorbanan yg besar kepada anak2 ...selagi mereka boleh jaga...mungkin takde masalah tapi jika yg menjaganya juga menghadapi masalah..seperti faktor pekerjaan,umur dan sebagainya....penjaga juga perlu sihat dan berdaya...maka wajar laa diletak ditempat yg boleh menjaga mereka...pusat ni adalah pusat penjagaan swasta yg bukan murah...penyakit alzheimer berbeza dengan org tua uzur..kerana mereka cenderung menyusahkan penjaga mereka...dengan sengaja berak atau kencing merata rata...tidak ada kawalan dari segi najis...mudah dapat penyakit seperti cirit birit dan penyakit saraf lain... memerlukan lebih banyak rawatan perubatan ...dan sikap mereka kekadang boleh membahayakan diri mereka dan perlu perhatian setiap masa...

    ReplyDelete
  34. Seorang Naib ketua boleh jaga kononnye beribu ahli. Tapi beribu ahli berkain dan tudung mereh tak boleh jaga seorang naib ketua yang dah nyanyok. Apa punya mangkak!!!

    ReplyDelete
  35. Yang sebenarnya bukan nenek ni sorang saja yang hilang ingatan, kununnye ade sorang lagi yang selalu hilang ingatan terutama perkara-perkara keji yang dibuatnye terhadap rakyat. Sebelum perkara ini menjadi hangat eloklah umno menubuhkan satu syarikat untuk menguruskan bekas-bekas ketua yang nyanyuk. Buatlah taraf lima bintangke. Mesti ada padang golf, spa, dewan karaoke, kalau boleh kubur pun dekat situ sekali.

    ReplyDelete
  36. rezeki ke dua2 orang tua saya dikurniakan kewarasan sehingga sekarang.Alhamdulillah. Tetapi seandainya saya di hari tua kelak, ditakdirkan menghidap dementia, saya harap anak2 saya berkemampuan memasukkan saya ke rumah penjagaan sebegini. Sekurang2 nya banyak aktiviti yg dijalankan. selalunya pesakit begini, walau mempunyai ramai kawan dahulunya, mereka akan tinggal keseorangan kerana kawan2 yg masih waras menjadi takut dgn mereka.
    kata2 " seorang ibu boleh memjaga 10anak tetapi...." tidak tepat dlm kes dementia. mereka tak memerlukan org jaga makan pakai sahaja..tetapi pengisian minda...can we provide them with aktiviti keagamaan dan sebagainya dalam keadaan trrkawal? mereka tak boleh dibiarkan berseorangan langsung kerana akan mendatangkan bahaya....
    Ya Allah...trrimakasih kerana ibubapaku tidak pernah menyebabkan aku mengambil keputusan yg seberat anak2 penghuni rumah itu... Tetapi aku sgt memahami keputusan mereka2 ini.

    ReplyDelete
  37. Beri komen tu baik Dan elok. Tapi xpayahlah semua nak salahkan UMNO atau kerajaan. Yang awak semua dapat Hidup selesa tu bukan ke dengan izin Allah
    Swt kerana jasa jasa UMNO Dan kerajaan? Sedar dan Cuba cubalah bersyukur sikit. Jangan hanya pandai nak mengustuk Dan mencari kesalahan orang. Tanya diri Sendiri APA yang Awak telah beri kepada negara Dan masyarakat?

    ReplyDelete
  38. Yang banyak mberi komen mengutuk ini pada hemat saya.. semua ini tiada pengalaman menjaga pengidap alzheimer. Sebagai anak kita sentiasa mendoakan agar ibu dan ayah kita sihat dari segi mental dan fizikal. Tetapi bila saya dikejutkan bilamana mamaku sendiri mgidap alzheimer. Saya mesti menerima sebab apapun dia tetap ibu yg melahirkanku. Dalam hati tuhan saja yg tahu sbb mama dah totally different.. perangai, emosi dan segalanya berubah. Dia menjadi seorang yg tiada kesabaran, nak bercakap tk lagi menjaga hati orang, berfikiran negatif dan selalu berprasangka buruk pada orang. Hanya tuhan sahaja yg tahu. Bibik pun asyik bertukar sbb tak tahan dgn sifat mama yg baran. Org tua yg uzur dgn org tua yg mengidap alzheimer tak sama. So jgn laa berprasangka buruk. Insyallah.. mama masih bersama saya walau saya bekerja.

    Pada anak2 yg senansib dgn saya... Tuhan cuma akan menguji kita sebab dia tahu kita mampu menghadapi dugaan. Dan ingatlaa.. bear pahala yg tuhan bg menjaga org tua.

    ReplyDelete
  39. Tempat yg ckup tenang.bagi org bulu beruban.standart.come on bro

    ReplyDelete
  40. Innalillahiwainnailahirajiun.
    Datin Paduka Rahmah telah pun kembali ke rahmatullah.
    Sedekahkan lah alfatihah buatnya.
    Hentikan ckp2 x baik.
    Klu bole disable post ni lg baik.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...