Tuesday 21 February 2012

GEMPAR!!!!!... DSAI ANGKAT TANGAN MENGAKU KALAH ....TAKUT DAN KECUT AKAN POLITIK SAMSENG UMNO!!!!..AKAN BERHENTI SERTA MERTA BERCERAMAH DISELURUH NEGARA!!!

Anwar tak gentar dengan serangan di Sembrong...MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH...LAWAN TETAP LAWAN....KALAU TAKUT PADA RISIKO USAH BERBICARA MENGENAI PERJUANGAN.....
Di sebalik taktik liar kerajaan BN untuk menakut-nakutkan pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menembusi kubu kuat mereka, Ketua Pembangkang Datuk Anwar Ibrahim berkata beliau langsung tidak gentar dengan kejadian di Sembrong, Johor pada Ahad lalu.

NONEMenceritakan pengalaman di mana keretanya diserang kepada kira-kira 1,000 hadirin dalam satu lagi ceramah di Gombak Setia malam semalam, ketua umum PKR itu berkata kerajaan, khususnya Umno tidak lagi boleh memperbodohkan rakyat.

Menurut Anwar, beliau tiba di Sembrong kira-kira jam 11:30 malam dari Endau.

"Apabila saya berada di Semborong, kereta saya diserang dan ditendang, cermin hadapan dipecahkan oleh sekumpulan anak-anak muda.

"Terdapat polis di kawasan sekitar tetapi tidak berbuat apa-apa untuk mengawal keadaan. Malah semasa saya menyampaikan ucapan, mereka membaling mercun," katanya.

Anak-anak muda ini, dakwa Anwar, telah dibayar oleh Umno untuk menimbulkan kekacauan dan masalah.

NONE"Mereka dibayar RM20 untuk menimbulkan kekacauan... inilah mentaliti belia kita yang telah rosakkan di tangan Umno.

"Jika masih ada sisa-sisa Umno di dalam diri kamu, buangkannya, sila berhenti, kerana ini memalukan bagi diri kita.

Anwar yang suatu ketika dahulu adalah juga timbalan presiden Umno berkata rakyat tidak harus diperbodohkan atau diperdayakan oleh parti itu. Sambil memetik senikata lagu Umno, beliau kemudian mendendangkan lagu itu: " Lambang kita yang gagah” sambil disambut gelak ketawa hadirin.

Dalam nada lebih serius, Umno, kata Anwar, boleh mengupah samseng untuk mengganggu majlis Pakatan ataupun membidas dan memburuk-burukkan beliau dalam media, tetapi katanya, beliau tetap tidak gentar dan tdak akan bertolak ansur.

Pada kejadian malam Ahad itu, selain kereta Anwar dipecahkan, kira-kira 50 hingga 80 anak muda yang bermotosikal menggangu ceramah Pakatan di Sembrong dengan membuat bising serta merempit di kawasan sekitar.

NONEKejadian itu hanya salah satu daripada siri gangguan dalam beberapa minggu kebelakangan ini apabila pemimpin Pakatan cuba menggempur kubu-kubu BN, khususnya Umno menjelang pilihan raya umum akan datang.

Isnin lalu, kunjungan Anwar ke Felda Tun Ghafar Baba, di Machap,  Alor Gajah juga dicemari oleh penyokong Umno yang mengganggu ceramah beliau.
Manakala pada Jumaat lalu pula sekatan jalan raya didirikan daripda menghalang pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menghadri ceramah yang dijadualkan di kubu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan.
Malah, Anwar terpaksa menaiki motosikal untuk menuju ke lokasi cermahnya (gambar di bawah).
Pada ceramahnya, malam semalam, Anwar juga mengambil kesempatan bagi menjelaskan dakwaan kerajaan bahawa beliau menyokong negara Israel dan tidak membantu perjuangan rakyat Palestin.

Beliau mengulangi kepada hadirin  bahawa kenyataannya dipetik di luar konteks.

anwar ibrahim on motorbike in pekanJelasnya, beliau memang menyebut bahawa beliau menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel, tetapi pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin.

"Saya secara konsisten mempertahankan isu Palestin tetapi Umno mengatakan saya sokong Israel dan mengutuk saya, jika ini adalah benar, maka mari kita berdebat," katanya.

DARI MULUT HARIMAU LAGI SANGGUP DSAI RAMPAS INIKAN PULA BERDEPAN DENGAN CICAK MENGKARUNG....KWAH KWAH KWAH..

9 comments:

  1. kita ada bukti anwar sokong dan disokong zionist, sila kemukakan bukti dakwaan budak2 itu dibayar...baru aku percaya.

    ReplyDelete
  2. bagi bukti pon ko xsokong PR gak..percaya je wt pe..

    ReplyDelete
  3. weyh pro common sense. semua orang tahulah dorang dibayar. dulu 50,tapi sekarang da jadik 30. sebab da kena tax siap2. cabut bendera pkr,banner2 apa semua. member2 aku ada buatlah. aku siap suruh dorang cabut banner pkr,pergi pasang kat tempat lain. nanti UMNOngok tengok,mesti dorang bagi job lagi. dan lagi 1 masa PM datang cheras. makcik2 dari Bndar tasik selatan,bandar tun razak,dorang dibayar 50 ringgit dan baju sehelai nak suruh datang cheras penuhkn majlis PM. ko nie buta ke apa Pro Common Sense?

    ReplyDelete
  4. aku pun boleh cakap semua org tahu anwar kuat sex. kena ada substance bila berhujah.

    ReplyDelete
  5. ada aku cakap aku sokong UMNO? RAHSUAH memang kuat dalam UMNO tapi nak tukar kerajaan dgn pemimpin yg bersokongkong dgn zionist dan DAP...aku kena fikir masak2 sebelum negara tergadai.

    ReplyDelete
  6. cayok pro common sense...anwar p mampus!

    ReplyDelete
  7. adoi la pro common sense... mengaku rasuah byk dlm umno, tp tetap jgk x nak berubah? hehehe mmg hujah yg lucu... bykkn bacaan... nak best lg, kaji, wat research, br terbukak minda kita tu dik... mcmana ckp ni? awalnya kata mcm 50-50. tp lepas tu kata x nak sokong the other side... kan dah kantoi kat ctu... apa salahnya ckp je mmg sy penyokong umno? haha... lucu la kamu ni... byk yg kamu perlu baca...

    ReplyDelete
  8. Umno bersekongkol dengan MCA komunis yang suka hina ulamak dan orang melayu. Pemimpinnya adalah kaki pelacur! Umno dah lama join dengan Hindu MIC dan MCA korang tak bising ke? 50 tahun lebih beb tapi parti rakyat baru berapa tahun dah bagi macam2 pada rakyat mereka. Hang apa dapat? Malaysia dah digadai. Sempadan Negara dah mengecil singapore ambil, kawasan minyak untuk 10 tahun rezab bagi pada brunei.Sarawak kaya rakyat miskin! terengganu kaya rakyat miskin apa cerita tapi cuba lihat pemimpin umno.. korang dapat apa? RM 20? RM 50?4 tahun sekali?

    ReplyDelete
  9. DALAM UMNO KUASA & DUIT ADALAH SEGALANYA...MENGHALALKAN CARA DEMI MENCAPAI MATLAMAT UTK MEMERINTAH SAPA MAMPU$...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...