Tuesday 28 February 2012

Kenyataan paling bangang dari ADUN UMNO Lepar mempertahankan tindakan samseng gedebe anak buahnya Asrullah Affendi Abdullah terhadap YB Nurul Izzah Anwar...Macam ini punya ADUN pun masih wujud dialaf baru ini...

Umno dakwa Nurul bukan diserang, tapi dilindungi
ADUN Umno bagi kerusi Lepar Mohd Shohaimi Jusoh hari ini mendakwa bahawa lelaki yang  dituduh cuba menyerang Nurul Izzah Anwar sebenarnya cuba "melindungi" naib presiden PKR itu.

NONEKatanya, pembantu beliau Asrullah Effendi Abdullah cuba merampas mikrofon dari Nurul Izzah bagi menghalang ahli parlimen PKR itu daripada terus berucap atas alasan penduduk tempatan yang membantah acara itu semakin tidak dapat dikawal.

"Saya difahamkan beliau mengetuai kumpulan belia yang tidak bersetuju dengan kehadiran pemimpin PKR itu tetapi keadaan keadaan menjadi tegang sehingga tidak terkawal, jadi beliau naik ke pentas untuk melindungi Nurul Izzah.

"Beliau mahu menyelamatkannya sebelum kumpulan belia itu menyerbu ke pentas. Jadi beliau merampas mikrofon supaya Nurul Izzah berhenti daripada bercakap. Beliau takut kerana akan dipersalahkan jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini," kata Mohd Shohaimi ketika dihubungi.

Nurul Izzah, semalam membuat laporan polis, mendakwa bahawa seorang lelaki daripada kumpulan samseng Umno cuba untuk mengganggu acara PKR di Felda Lepar Hilir I di Gambang Pahang, dan juga cuba menyerang beliau.

NONEBagaimanapun menurut ADUN Seri Setia yang juga Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad yang hadir pada malam kejadian itu menafikan bahawa Asrullah cuba mengambil mikrofon dari Nurul Izzah.

"Beliau cuba untuk memukulnya atau merentap tudungnya. Tidak pasti beliau mahu merampas mikrofon," katanya dalam mesej pesanan ringkas kepada Malaysiakini hari ini.

Asrullah tidak memberi membalas sebarang cubaan Malaysiakini untuk menghubunginya bagi mendapatkan penjelasannya berhubung dakwaan serangan berkenaan.

BARULAH KALI PERTAMA RAKYAT DENGAR... NAK LINDUNG PENCERAMAH KENA RAMPAS MIKROFON....KALAU NAK BERI ALASAN PUN BERILAH ALASAN YANG CERDIK SIKIT... RAKYAT TAHU SANGATLAH YANG PARA ADUN UMNO MEMANG JENIS KURANG CERDIK.....KALAU DIA SENDIRI SECARA TERBUKA MENGAKU SAMSENG TAIK KUCING KERING INI PEMBANTU BELIAU MAKA BELIAU ADALAH KEPALA BAPAK SAMSENG...MEMANG BENARLAH BUDAYA SAMSENG SUDAH SEBATI DENGAN PERJUANGAN UMNO KINI....BERANI TUNJUK LAGAK SAMSENG DENGAN KAUM HAWA....PTUIH!!!...

2 comments:

  1. keprcayaan aku sekarang pada makhluk bernama UMNO HILANG 500%...DULU UMNO NAMPAK JGK KEHEBATAN BERBANDING PAS...SEKARANG UMNO PARTI PALING LEMAH DI MALAYSIA...PARTI PALING MENJADI PAK TURUT DALAM KERABAT BARISAN NASIONAL

    ReplyDelete
  2. DULU AKU KUAT GILER DGN UMNO...SKRG MINTAK MAAF...AKU LEBIH SANGGUP UNDI DAP KAFIR DRP UNDI UMNO melayu

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...