Tuesday 28 February 2012

NAJIB HIPOKRIT BIN MUNAFIK.....SANGGUP KETEPIKAN PARA PENEROKA FELDA DEMI SUAMI SEORANG MENTERI...

Najib, mengapa projek lembu tak diserah pada Felda?
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang membisu berhubung skandal syarikat Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) digesa menjelaskan mengapa syarikat milik Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dipilih menguruskan projek mega ternakan lembu itu dan bukannya syarikat Felda yang turut membuat bidaan.

NONEMenurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (kiri), Najib bersikap hipokrit apabila memperbesar-besarkan sumbangan beliau kepada peneroka Felda tetapi pada masa yang sama tidak memberikan projek bernilai lebih RM300 juta yang boleh memberi manfaat kepada ribuan peneroka kepada syarikat yang dimiliki oleh Felda.

Memetik jawapan yang diberikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar di Dewan Rakyat pada 31 Oktober tahun lalu, Rafizi berkata Najib yang merupakan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, mempengerusikan Jawatankuasa Pemilihan Projek Fidlot Negara pada tahun 2006.

Jawatankuasa itu menerima bidaan daripada enam syarikat, termasuk dari Felda Farm Products Sdn Bhd, anak syarikat Felda Plantations Sdn Bhd, dan Agroscience Industries Sdn Bhd bagi mendapatkan projek mega itu.

Jawatankuasa itu kemudiannya memilih Agroscience Industries dan Lamberts Agriculture Trade (M) Sdn Bhd untuk dipertimbangkan lanjut tetapi Lamberts kemudian menarik diri. Justeru, Agroscience Industries menjadi syarikat tunggal untuk melaksanakan projek itu.

felda farm products 130207Membandingkan profil semua enam syarikat yang membuat bidaan itu, berdasarkan dokumen yang diperolehi, Rafizi, seorang eksekutif korporat sebelum menceburi dunia politik, berkata, beliau membuat kesimpulan bahawa Felda Farm Products adalah syarikat terbaik untuk melaksanakan projek ini.

Syarikat itu ditubuhkan pada tahun 1995 dengan modal berbayar sebanyak RM10 juta dan pada 31 Disember 2010 telah membuat keuntungan RM9.6 juta.

Manakala Agroscience Industries yang hanya ditubuhkan setahun sebelum kontrak dianugerahkan tidak mempunyai pengalaman dalam perternakan  lembu.

"Tidak perlu seorang genius untuk memikirkan mana syarikat terbaik untuk diberikan projek itu," kata Rafizi.

"Najib tidak boleh lepas tangan dan berdiam diri seperti apa yang dilakukannya sejak enam bulan yang lalu.

NONE"Beliau sama seperti (bekas Perdana Menteri) Pak Lah sekarang. Malah, beliau lebih senyap berbanding Pak Lah ... Tandatangannya ada pada projek ini.

"Jika beliau tidak memberi maklum balas, kami akan mendedahkan sesuatu," kata Rafizi, sambil mencabar Najib untuk menjadi ‘lelaki budiman’ (gentleman).

"Saya tidak mahu menggunakan perkataan pengecut. Tetapi setakat ini perkataan untuk menggambarkan Najib yang meninggalkan Shahrizat keseorangan menangkis isu ini, adalah bukan lelaki budiman."

SUDAH GAHARU CENDANA PULA....SUDAH TAHU BUAT-BUAT TANYALAH PULA.....KALAU DIBERIKAN PROJEK INI KEPADA FELDA YANG MENDAPAT FAEDAH DAN KEUNTUNGAN IALAH PARA PENEROKA YANG RATA-RATA AHLI UMNO...TETAPI KALAU BERI KEPADA NFC YANG UNTUNG BESAR IALAH SUAMI MENTERI....BUAT APA NAK BERI KESENANGAN KEPADA RAMAI AHLI UMNO... ITU BUKANNYA BUDAYA UMNO...BUDAYA UMNO IALAH SUAMI DAN KRONI DIDAHULUKAN.. ROMPAKAN DANA WANG RAKYAT DIUTAMAKAN....MASALAHNYA AHLI-AHLI UMNO LANGSUNG TAK SAKIT PUN....MEREKA LEBIH SUKA YANG MENDAPAT KESENANGAN DAN KAYA IALAH PARA PEMIMPINNYA.. AHLI UMNO PERINGKAT BAWAHAN INI BIARLAH HIDUP MIUSKIN SUSAH PAPA KEDANA...BERKORBAN APA SAJA.. DEMI PEMIMPIN KU TELAN JUA....

KESIAN HJ AH JIB GOR... DAH SAMPAI KANTOI LUMAT DIKERJAKAN OLEH RAFIZI DAN YB ZURAIDA...

4 comments:

  1. apeke bangang bin bahalol kaw nii blogger..
    business xkn nk ada 1 cabang aje??
    puak korang skang nii dengki ngn ekonomi org melayu..
    kaw dh bayar berapa nii??
    xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. KO YANG BANGGANGGGG BIN BODOH NK MAMPOSSSSS DH MCM NI PON KAW TK NAMPAK LG KE.... GUNE DUIT LEMBU BELI KONDO ATAS NAME SENDIRI LAK TU,TK SALAH KE... LAGI BODOH MACAM DR LEMBU KO NI

      Delete
  2. ape y bangang nye..mksud nye klau projek mega tu dapat kt felda...saham felda akan melonjak naik..n ada keuntungan nya..tu lah....belajar setakat PMR...ckp mcm doktor falsafah LEMBU.tu pon xleh PIKIR KAAAA!!!!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...