Tuesday 21 February 2012

NEGERI UMNO TERKUAT DIDUNIA DIGEMPUR DAN BAKAL MENJADI KUBUR TERAKHIR UMNO PADA PRU 13 NANTI...INS'Y ALLAH....

WARGA JOHOR SUDAH BERALIH ANGIN...MAUKAN PAKATAN RAKYAT PIMPINAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM TADBIR URUS PUTRAJAYA..

Kalau dilihat pada sambutan setiap ceramah Pakatan Rakyat di negeri Johor, negeri UMNO paling kuat didunia kebelakangan ini, lebih-lebih lagi kalau penceramah agungnya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah pasti sambutan yang amat luar biasa yang tidak pernah kelihatan malahan tidak pernah dimimpikan sebelum ini..Dulu kalau parti pembangkang mengadakan ceramah di Johor terutamanya disekitar tahun 80an sehingga akhir tahun 90an...kehadiran pendengar lebih kecil dari jumlah para penceramah.

Seneario itu kini sudah berubah...petanda yang rakyat negara ini maukan perubahan.. perubahan demi mau meyelamatkan negara yang mereka kasihi dari terus dirompak dengan rakusnya oleh para pemimpin UMNO..

Walaupun UMNO dilahirkan di Johor Bahru Johor, itu tidak dijadikan alasan picisan untuk terus menerus menyokong UMNO.. majoritinya berfikiran, UMNO kini sudah tidak lagi membawa perjuangan UMNO dulu...UMNO dulu mendahulukan rakyat... UMNO kini mendahulukan kroni dan kaum kerabat sendiri. Mereka sudah muak,menyampah dan meluat kerenah dan perangai para pemimpin UMNO yang diberikan amanah dan mandat untuk tadbir negara....55 tahun sudah cukup bagi mereka....ENOUGH IS ENOUGH... itulah istilah yang dapat disimpulkan dalam pemikiran rakyat Johor kini.

Ceramah di Endau Mersing, Johor sebagai bukti dan petanda  kepada hujah diatas....kehadiran lebih 5,000 warga Endau tanpa dipaksa, diangkut malahan tidak takut diugut datang berduyun-duyun untuk mendengar amanat dan pembongkaran skandal dari pemimpin tersayang mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim..dewan menjadi terlalu sesak sehingga ada yang terpaksa duduk diatas simen dan yang lambat terpaksa mendengarnya dari luar dewan.

Perlu diingat...majoriti warga Endau adalah para nelayan...warga yang layak menerima BR1M RM500/-...sudah pasti wang RM100/ untuk murid-murid sekolah dan RM500 untuk satu keluarga yang susah tidak mampu untuk membeli, menambat maupun terus memikat mereka memberikan sokongan kepada UMNO/BN pada PRU 13 yang akan datang tidak lama lagi ini.

Memang wajar dan sepatutnya para pemimpin UMNO/BN kini panik,gundah gelana malahan takut kecut perut melihat fenomena yang tidak mampu disekat ini...mau tidak mau.. tsunami politik yang jauh lebih dahsyat bakal menimpa Johor.

Cara untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat dinegeri Johor ialah dengan UMNO mengambil cara politik purba..politik primitif...politik ganas, politik ugut dan gertak serta politik samseng...politik tipu dan fitnah sudah tidak mampu diratah lagi oleh rakyat..Ini dikuatkan lagi rasa takut dan cuaknya apabila anak jati Johor YB Salahuddin Ayub telah pun diistiharkan bakal MB Johor jika Pakatan Rakyat diberikan mandat dan amanah.

Sebab itu para pemimpin UMNO termasuk juak-juaknya beriya-iya maukan Datuk Seri Anwar Ibrahim disumbat kedalam penjara...diserang dengan pelbagai fitnah.. tak cukup dengan itu.. diserang dengan batu dan kayu..

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT....UNDI RAKYAT MEMBAWA BERKAT.. KEHENDAK RAKYAT UMNO SUDAH TIDAK MAMPU DISEKAT.

3 comments:

  1. macam inilah...kenal tak siapa itu paul wolfowitz? dan apakah hubungan Anwar dgn dia? tahu tak Rothschild tu apa? Betul dan benar...kalau Anwar jadi PM...toll akan dihapuskan..minyak akan turun harga dan lain2.Soalan saya...dari mana kita nak cari dana

    ReplyDelete
  2. dari mana nak cari dana utk subsidi semua itu? jawapannya bank dunia san siapa president bank dunia? paul wolfowitz yg juga merupakan org disebalik serangan AA keatas Iraq. Bila kita dah berhutang byk nanti...lu pikirlah sendiri...

    ReplyDelete
  3. adoi la pro common sense... dangkalnya pemikiran kamu yg memandang pendptn negara hanya dpt dijana dgn cara2 itu shj... bykkn lg pembacaan dik... tmbhkn lg ilmu2 ekonomi yg ada...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...