Monday 24 December 2012

KERANA MAU BERTANDING PRU 13. GOBALAKHRISNAN SUDAH MULA AMPU NAJIB UNTUK DAPATKAN RESTU!!!!!!!



PADANG SERAI, 24 Dis — Rakyat perlu memberi mandat pertama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-13 ini dengan penuh bermakna.
Anggota Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan berkata ini supaya Najib dapat meneruskan dasar transformasi beliau demi kemajuan negara dan kemakmuran hidup rakyat di negara ini.

“Tidak ada sifat pilih kasih yang diamalkan Perdana Menteri menyebabkan rakyat pelbagai kaum di negara ini merasa dihargai dan mendapat bahagian yang sama selaras dengan dasar transformasi yang diamalkan kerajaan,” katanya kepada Bernama selepas menyampaikan bantuan pakaian seragam sekolah kepada 50 keluarga tidak berkemampuan di Lunas, di sini petang semalam.


Gobalakrishnan yang merupakan bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kini anggota Parlimen Bebas, turut berterima kasih kepada Perdana Menteri atas usaha gigih beliau yang membolehkan rakyat pelbagai peringkat tidak tersisih daripada pembangunan negara.


Katanya beliau yakin bahawa Najib akan dapat membawa negara dan rakyat menuju ke arah kemajuan selaras dengan dasar negara yang menyasarkan pendapatan yang lebih tinggi untuk rakyatnya.


“Kita harap rakyat akan memberi mandat yang pertama kepada Perdana Menteri kini kerana mandat pada kemenagan PRU12 lalu adalah mandat yang diberi kepada perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi,” katanya.


Beliau berkata sebagai seorang perdana menteri yang prihatin atas nasib rakyat, Najib mampu meneraju negara di sebalik pelbagai tohmahan yang dilemparkan pakatan pembangkang kini.


Sementara itu, Gobalakrishnan berkata beliau berhasrat untuk mempertahankan kerusi Parlimen Padang Serai pada PRU13, namun kesal kerana ada pihak mempertikaikan kes mahkamahnya yang boleh membantutkan hasratnya bertanding kelak.


“Jika saya mendapat peluang saya akan tetap bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Padang Serai yang saya menangi pada PRU12 lalu kerana saya  masih percaya penyokong saya masih berada bersama saya,” katanya. — Bernama

BUKIT MERTAJAM: 27hb Julai 2011... Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan hari ini didenda RM5,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menghalang tugas penjawat awam pada 2009.

Majistret Mohd Azhar Hamzah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap fakta kes serta mengambil kira kepentingan awam.

Mohd Azhar berkata hukuman yang dikenakan terhadap Gobalakrishnan perlu dijadikan pengajaran oleh tertuduh serta orang ramai.

Gobalakrishnan didakwa menggunakan kekerasan menghalang Sub Inspektor M Karunamuthi daripada menjalankan tugasnya di hadapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini pada 11 pagi 17 Ogos 2009.

Dia dikatakan mengingkari arahan polis dengan menggunakan alat pembesar suara serta melaungkan kata-kata berunsur provokasi termasuk menghambur kata-kata kesat terhadap polis.

Dia didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda.

Selain itu, katanya, Gobalakrishnan juga mempunyai rekod kesalahan sama dan dikenakan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Georgetown pada 2010.

Sementara itu, Gobalakrishnan yang ditemui di luar mahkamah berkata beliau akan mengemukakan rayuan bagi mengenepikan hukuman itu yang akan difailkan oleh peguamnya, Saiful Ambar Abdullah Ambar hari ini.

Ahli Parlimen bebas itu yang mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) awal tahun lalu juga berkata beliau akan terus berkhidmat untuk pengundi Padang Serai melalui PEKEMAS, sebuah badan bukan kerajaan. -
BERNAMA

Mengikut Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, mana-mana Ahli Parlimen yang didapati bersalah oleh mahkamah dan dipenjara melebihi setahun atau denda melebihi RM2,000, boleh dilucutkan jawatannya.

Mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, jawatan seseorang sebagai Ahli Parlimen akan terlucut sekiranya mahkamah menolak rayuannya dan mengekalkan hukuman itu.

INI DINAMAKAN JENIS SPESIS TAK SEDAR DIRI....SUDAH DISABITKAN SEBAGAI PENJENAYAH YANG TIDAK MEMBOLEHKAN BELIAU BERTANDING, LAGI MAU BERKOKOK NYARING...DIA INGAT NAJIB NAK BUBUH DIA BERTANDING DI PARLIMEN PADANG SERAI KE?..

2 comments:

  1. Sendiri mau ingat la tambi.. Ayo.yoo.yoo. Lulu kencing sama pkr... Sekarang lu mau berak sama Ubn ka... Cis... Tambi.... Pergilah.... Piraaaaah.. Pui.pui.pui... Kih.kih.kih.....

    ReplyDelete
  2. Ane mana parti mau masuk? Bikin sendiri punya partilah. Cap basikal ka atau curutka. Amacam?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...