Friday 21 December 2012

KERANA WAKIL JABATAN PEGUAM NEGARA GAGAL DIHUBUNGI, MAHASISWA "TAWAN DATARAN MERDEKA" TERPAKSA MENGHABISKAN HUJUNG MINGGUNYA DIPENJARA KAJANG!!!!!!


Mahasiswa Umar
Mohd Azmi, pelajar DUDUK AMAN DATARAN MERDEKA yang telah dipenjara selama sebulan dan didenda RM1, 000 oleh Mahkamah Majistret kerana  "menghalang" seorang pegawai awam DBKL, akan menghabiskan hujung minggu di Penjara Kajang selepas gagal untuk mendapatkan penangguhan pelaksanaan hukuman.

Rayuan untuk penangguhan hukuman telah difailkan oleh peguambelanya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah bersedia untuk mendengarnya tetapi wakil dari jabatan Peguam Negara gagal untuk dihubungi bagi tujuan pemberitahuan menyebabkan beliau terpaksa bermalam di Penjara sehingga rayuannya selesai didengar.

Siswa, Umar Mohd Azmi didakwa di mahkamah itu pada 23 April mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang Mohd Masran Mamat daripada "menangkap dan mengiringi" aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin.

Insiden itu didakwa berlaku semasa serbuan mengejut DBKL ke atas perkhemahan protes di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada jam 8 pagi 22 April lalu.

Aktivis siswa berkhemah di dataran tersebut sebagai bantahan mereka terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang didakwa mereka tidak adil.

Permohonan penangguhan itu telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas hukuman dijatuhkan dan Hakim Amelia Tee sedia mendengarnya petang ini.

Bagaimanapun peguam Umar gagal menjejaki timbalan pendakwaraya yang bertanggungjawab terhadap kes ini.

Mahasiswa di penjara hanya mahu protes dan tuntut Merdeka kan sistem pendidikan.Yg korup ambil ratusan jutaan ringgit milik negara bebas!!!!!!!!


1 comment:

  1. Mmg CElaka la org yg bertanggungjawab menghuban pelajar ni ke penjara. Esok diakhirat ko jwb la. Org Islam yg minum arak di kedai terbuka tak salah ???? pompun Islam yg pakaian seksi ke tmp keje x salah... bodoh Btul la krajaan Malaysia ni... PM nya lg bangang .. sampai bini nya beli cincin 24 juta dgn duit simpanan sejak lahir pun dia tak sedar . Adusssss lawak btl.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...