Thursday 31 October 2013

AHMAD ZAHID BERJANJI AKAN AMBIL TINDAKAN TEGAS PADA MANA-MANA PELANGGAN YANG MASIH MENGGUNAKAN KHIDMAT SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN YANG TERLIBAT DALAM KES PEMBUNUHAN SEORANG PEGAWAI BANK MINGGU LALU ... TETAPI TIDAK BERBUNYI UNTUK AMBIL TINDAKAN KEATAS SYARIKAT KAWALAN KESELEMATAN BERKENAAN!!!!



Dengar bunyinya pula syarikat kawalan keselamatan yang terlibat dalam mengajikan seorang pengawal keselamatan pemilik MyKad palsu yang menembak mati seorang pegawai operasi bank AmBank Cawangan Subang Jaya ialah KAWALAN PRIMA bukan SECURIFORCE ..

Lesen dan permitnya termasuk lah permit dan lesen membawa dan menggunakan senjata api telah di tarik balik dengan serta merta sebaik saja di ketahui pada hari sama kejadian.

Heboh kata Syarikat Kawalan Keselamatan ini masih lagi memberikan khidmat yang sama kepada para pelanggannya.

Yang menjalankan perniagaan haram .. sepatah haram tidak dikeluarkan tetapi akan ambil tindakan tegas kepada para pelanggan yang mengambil perkhidmatan kawalan keselamatan yang haram ini.

KUALA LUMPUR 31 Okt - Tindakan undang-undang bakal diambil terhadap mana-mana pelanggan yang masih menggunakan khidmat syarikat kawalan keselamatan yang disenaraihitamkan terlibat dalam kes-kes jenayah termasuk insiden rompakan dan pembunuhan seorang pegawai bank di Subang Jaya, minggu lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak yang disyaki terlibat akan di heret ke mahkamah kerana syarikat yang terlibat telah ditarik semula lesen perniagaan berkuatkuasa serta merta.

"Kita sudah mengklasifikasikan sebarang operasi kawalan keselamatan oleh syarikat berkenaan adalah secara haram berikutan pembatalan lesen perniagaan dan lesen perniagaannya.

"Pagi tadi, KDN sudah pergi ke ibu pejabat syarikat kawalan keselamatan terbabit bagi memastikan ia tidak beroperasi dan mendapatkan senarai pelanggan mereka," katanya pada sidang media selepas mlancarkan Jaringan Pemidato 1Malaysia di Lobi Parlimen di sini, hari ini.

Ahmad Zahid juga menambah, pihaknya akan memaklumkan kepada pelanggan terbabit agar tidak lagi menggunakan perkhidmatan daripada syarikat kawalan keselamatan berkenaan.

Pada 23 September lalu, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan yang menggaji seorang pengawal keselamatan kerana disyaki terlibat dalam insiden rompakan dan menembak mati pegawai operasi Ambank di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya, Selangor.

INI DINAMAKAN UNDANG-UNDANG RIMBA LANGSUNG TAK MASUK AKAL ... YANG LANGGAN KENA HERET KE MAHKAMAH .. YANG MEMBERI LANGGANAN TIADA SEPATAH PERKATAAN PUN NAK DI HERET.

REALITI DAN LOGIKNYA SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN ITULAH YANG PATUT DI BERIKAN KEUTAMAAN UNTUK DI HERET KEMAHKAMAH KERANA MENJALANKAN PERNIAGAAN KAWALAN KESELAMATAN DENGAN BERSENJATA API TANPA PERMIT, LESEN DAN KEBENARAN.

8 comments:

  1. omakkau kan ka hang dah fitnah dato mazlan haritu? tanggunglah nanti di akhirat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak syarikat guard tumpang lesen dari syarikat yang dah establish yang munkin operandi sama.Dengan menumpang dapat lah guna nama yang establish itu.. Bila dah jadi angkara ini semua terlibat..Saya pernah kendali syarikat guard tumpang lesin ini, berangkali betul semua kena jawab.

      Delete
  2. Sekarang awak dah tahu bahawa bukan dari syarikat Securiforce yang terlibat.Semenjak dari hari kejadian hingga semalam,awak asyik mengatakan Securiforce.Yang terbaru semalam,habis gambar keluarga Datuk Maznah awak siarkan. Adakah awak berani memohon maaf dari Datuk Maznah dan keluarganya atas kesilapan yang awak telah lakukan ? Awak kutuk dari segenap sudut, bila dah terbukti, awak pusing buat cerita lain pulak. Dasar anak dara tua tak sedar diri !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak tahu cerita jangan cepat melenting, depa sama sama depa cover nak tutup story.Kalau nak unkit , syarikat syarikat guard tak habis,Kebanyakkan bos kaya raya pekerja dilayan terok, kerja 12 jam dapat lebih kurang /lebih Rm1100/- dudok KL, kalau you tertekan tak.?

      Delete
  3. Cerita kat atas dah nampak.syarikat lepas pelanggan yg kena amaran.najib akan buat apa sahaja untuk melindungi syarikat besanya.lembu umno boleh la nak kelentong.mereka memang tak ada otak pun..

    ReplyDelete
  4. Sebelum ini pengawal keselamatan bunuh pegawai bank dan bawa lari duit ..... sehingga kini pengawal keselamatan yang membunuh itu tidak dapat dikesan kini timbul pula kejadian pengawal keselamatan yang merompak majikannya saudagar penjual emas.

    Persoalannya mengapa kejadian ini boleh berlaku.... ? Jawapannya mudah saja, penguatkuasa dan penjawat awam yang kita amanahkan makan rasuah kerana gaji mereka yang diberi oleh kerajaan BN tidak setimpal dengan perbelanjaan mahal yang terpaksa mereka tanggong.....

    ReplyDelete
  5. Jika anda bertutur dlm bahasa tamil boleh terbelit lidah, begitu juga bertutur dalam bahasa jawa. Kemahiran ini memudahkan anda jadi peguam atau menteri. Orang Jawa jangan marah ye....

    ReplyDelete
  6. Sebab rasuah la pendatang asing boleh bekerja sebagai pengawal sedangkan syarat untuk bkerja sebagai pengawal seseorang itu wajib bebas dari rekod jenayah lampau..polis dan jpn dah lama kenyang.tengok je badan besan najib tu sebijik macam kerbau nak beranak..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...