Tuesday 29 October 2013

AKHIRNYA MUHYIDDIN YASSIN MOHON MAAF SECARA TERBUKA KERANA KEBIADAPAN BELIAU MENGHINA ALLAHYARHAM TAN SRI AZIZAN RAZAK.



YAN: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf secara terbuka atas ucapan beliau mengenai kematian mantan Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang dikatakan ada 'kaitan' penghapusan subsidi gula.

"Saya mohon maaf. Bukan tujuan saya untuk merendah-rendahkan, atau mencemarkan nama baik Allahyarham kerana beliau adalah pemimpin yang banyak berjasa kerana saya pun banyak menziarahinya ketika beliau masih hidup," kata Muhyiddin kepada pemberita selepas menghadiri majlis sepetang bersama penduduk Bukit Choras disini.

Menurutnya, sebagai manusia, jikalau kenyataan pada ucapan itu disalahtafsirkan atau dirasakan agak menyinggung perasaan keluarga Allahyarham, beliau memohon maaf.

"Tujuan ini adalah untuk kebaikkan dan bukannya ada niat yang jahat atau mengambil kesempatan untuk pilihan raya," katanya lagi.

Sebelum itu, pada sidang media yang berlainan pada pagi tadi, PAS Kedah melahirkan kekesalan dengan dakwaan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir yang menyatakan bahawa PAS cuba mempolitikkan isu ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kematian mantan Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang dikatakan ada 'kaitan' penghapusan subsidi gula.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata pimpinan PAS mengharapkan Mukhriz tidak melakukan perkara yang sama dengan menyokong kenyataan itu "Setidak-tidaknya pun beliau (Mukhriz) mewakili Timbalan Perdana Menteri tampil memohon maaf kepada ahli keluarga Allahyarham dan seluruh penduduk di DUN Sungai Limau," kata Mahfuz kepada pemberita di Markas PAS PRK DUN Sungai Limau di Bukit Besar disini tadi.

Beliau menambah, Mukhriz sebagai Menteri Besar harus menjaga hubungan dengan seluruh rakyat negeri Kedah kerana Mukhriz mewakili orang Kedah.

"Mukhriz adalah Menteri Besar dan sentiasa berada disini manakala TPM pula berada di Putrajaya dan apakah beliau (Mukhriz) sanggup melihat ada orang atau keluarga yang sedih, pedih dan terasa yang amat sangat dari kenyataan yang dibuat oleh TPM dan keengganan beliau untuk memohon maaf," katanya lagi.

KERANA PULUT SANTAN BINASA .. KERANA MULUT MARUAH DIRI BINASA.  NAK BODEK PUN AGAK-AGAKLAH DALAM MENGGUNAKAN BAHASA .. AWAK TU BUKAN RAKYAT BIASA TETAPI PEMIMPIN NOMBOR DUA NEGARA.

9 comments:

  1. Kemenangan kpd pembelit cerita, penghasut

    ReplyDelete
  2. Jauh sangat bezanya dengan TG Nik Aziz..... Jauh sangat......

    Setiap yang hidup pasti akan mati. Jangan bongkak sangat Muhyiddin. Allah nak ambik nikmat yang Dia bagi pinjam kat engkau tu, sekelip mata aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa pun, dari sudut pandangan dan persepsi org kedah, muhyidin dianggap lebih mulia kerana sanggup memohon maaf kerana keterlanjurannya mengaitkan nama allahyarham azizan. Masyarakat juga akan melihat muhyidin sebagai seorang yang rendah diri apabila memuji allahyarham sebagai seorang yang banyak berjasa.

      Taktik muhyidin amat mudah dibaca jika anda seorang yang arif dalam berpolitik....beliau berundur selangkah tetapi selepas itu maju sepuluh langkah apabila masyarakat bawahan/ kampung melihatnya sebagai seorang pemimpin yang sanggup mengakui kesilapannya. Di sini, dari sudut pandang masyarakat kampung, mahfuz/ pas kelihatannya sudah sedikit tewas.....

      Delete
  3. Selalunya amat angkuh.... tapi dah tak tahan kena serang disetiap sudut maka terpaksa tundukkan kepala mohon maaf. Sekarang giliran BN pula buat lawak dengan memaksa PAS memohon maaf kerana guna gambar Superimpose arwah Azizan bersama ahli PAS dalam pejabat.....

    Jika gambar superimpose itu Azizan bersama dengan calon BN, sudah pasti pencacai BN akan mendesak PAS buat kenduri........ kerana arwah Azizan sokong BN,...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan lawak. yang menilainya bukan anda tetapi masyarakat umum di kedah. BN @ muhyidin sanggup undur berlembut memohon maaf tetapi pas tetap dengan pendirian tidak perlu memohon maaf disebabkan allahyarham bekas ahli pas.

      Masyarakat di kedah akan menilainya memalui beberapa persepsi:
      i. orang BN mudah minta maaf jika terlanjur, tetapi tidak kepada orang pas. Andaian mereka ialah orang pas bersikap tegar tak bertempat.
      ii. anggapan negatif orang kedah. Bila pas buat semua OK. Bila BN buat semua tak OK. Bila orang BN buat, Pas marah. Bila orang Pas buat Pas tak marah walaupun kedua-duanya melibatkan orang yang sama dan telah meninggal dunia.
      iii. Orang kedah akan berfikir bahawa kemarahan keluarga arwah adalah atas desakan orang Pas. Bukti yang ada dalam fikiran orang kedah ialah; bila orang BN buat, dia kecil hati dan buat sidang akhbar. Bila orang Pas buat superimpose, dia diam tak berketik. Orang kedah akan fikir bahawa sidang akhbar tersebut dirancang, tidak jujur dan bermotif politik sepenuhnya.

      Jadi kepada penyokong Pas, janganlah terlalu gembira dengan taktik mahyudin yang sanggup merendah diri meminta maaf kepada keluarga arwah SECARA TERBUKA. Sebenarnya tindakan mahyudin sedikit sebanyak mencerahkan lorong kekalahan Pas di sg Limau.......... Ini ditambah pula dengan kenyataan golongan Ulamak Pas terdahulu yang sedikit sebanyak menjejaskan hubungan penyokong PKR dan Dap kepada calon Pas.

      Apa pun saya lebih percaya bahawa BN mampu menambah jumlah kerusi DUNnya di Kedah pada kali ini... Kemungkinan Pas tewas tidak lain tidak bukan adalah disebabkan oleh sikap pemimpin dan penyokongnya sendiri.

      Delete
    2. oooooo.saya percaya dengan kenaikan harga barang dan hal2 semasa yang bn dah khianati janji pada rakyat x mustahil bn akan kalah

      Delete
  4. Masalahnya TPM ni pelupa amat. Dlm bilik mesyuarat telah dibuat satu keputusan, keluar je pintu beri kenyataan berbeza, mau tak keliru ahli mesyuarat yg lain. Kepala semak sangat kot....Peliharalah lidah sentiasa

    ReplyDelete
  5. Saya tabek lah dengan TPM. Dia ini orang yg ada pegangan agama bila silap dia mohon maaf. Itu lah tuntutan islam. Mukhris juga orang beragama tapi sekadar beragama islam sehaja. Susah sangat ke MB Kesah nak keluarkan perkataan mohon maaf kepada keluarga alayarham. Tak perlu tunjuk ego dan sombong kepada rakyat Kedah. Terima kasih TPM atas keikhlasan yg perlu dibagi pujian dan dicontohi oleh penganut UMNO yg lain. Ular menyusuk akar tidak akan hilang bisanya.

    ReplyDelete
  6. Semua orang tak nampak kenapa mangkuk ni minta maaf itu semuanya untuk kepentingan prk sg limau.semua orang dah tau perangai sebenar dia sombong angkuh.dia ingat dia akan terus hidup sampai kiamat.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...