Thursday 24 October 2013

DUA MAUT MANAKALA DUA LAGI CEDERA DITIKAM OLEH SEORANG LELAKI PENGANUT AJARAN SESAT!!!!



KUALA LUMPUR 24 Okt - Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki penuntut ajaran sesat dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman dan maut di lokasi kejadian.

"Suspek larikan diri pula ke Jalan Tumbuhan kira-kira 200 meter dari lokasi itu dan melanggar sebuah kereta jenis Toyota Prius dipandu remaja lelaki.

"Suspek itu kemudian keluar dan menikam pula pemandu kereta terbabit yang turut maut di tempat kejadian," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok.

Selepas kejadian itu, suspek memandu van rokok berkenaan melarikan diri ke LRT Taman Melati lalu melanggar sebuah van membawa mineral.

Khairi berkata, orang ramai yang menyedari kejadian itu berusaha menahan suspek menyebabkan berlaku pergelutan dan merampas pisau rambo yang digunakan suspek.

"Suspek berjaya ditangkap oleh orang ramai dan ketika ditangkap mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu," katanya.

10 comments:

  1. PAS.. penganut ajaran sesat..

    ReplyDelete
  2. UMNO penganut ajaran sesat

    ReplyDelete
  3. Umno parti murtad..

    ReplyDelete
  4. Asal penganut ajaran sesat je mula tuding jari pada parti. Ceteknya pemikiran org sekarang. Laporan sebelum ini menyatakan dia ada masalah tekanan jiwa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpa.. omakkau memang bangang.. semua nak kait dengan parti.. sampai kucing tak boleh berak boleh dijadikan cerita nak kait dengan politik murahan..

      Delete
  5. Anonymous 24 October 2013 16:51 omak kau tak cerita pasal parti, apasal otak kau lebih teruk dari lembu, lembu pun lebih pandai fikir daripada kau.

    ReplyDelete
  6. Mungkin juga masalah tekanan jiwa..myk.gas.tmbng dah byk barang lain naik harga tak lama lagi gst.mana tidaknya tak kena tekanan jiwa..

    ReplyDelete
  7. Ape2 balik semula kepada yang asas.. iaitu ajaran islam

    ReplyDelete
  8. waaw i guess think run amok man watched gangster 2 that's why he did this LMAO well i seen everyday in america those things, i heard everyone that was in tamen melati they run like a chicken yesterday hahahahaha

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...